Sunday, March 15, 2009

Calon jawatan tinggi Umno kena tindakan?

BERITA YANG DIBAWA dari mulut ke mulut sejak beberapa hari lepas amat menggemparkan. Setakat ini belum ada sesiapan yang mahu mengesahkan berita berkenaa. Mungkin ada sesiapa di luar sana yang tahu dan boleh memberi maklumat yang tepat lagi sahih?

Khabarnya, beberapa orang calon dan pemimpin Umno yang akan merebut beberapa jawatan atasan dalam parti itu telah disiasat oleh Lembaga Disiplin Parti. Lembaga juga dikatakan tekah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka. Malah, ada juga yang dikenakan tindakan sehingga mungkin tidak layak bertanding dalam pemilihan parti bulan ini.

Ramai ahli biasa Umno dan mereka yang memegang jawatan di pelbagai peringkat berbisik sesama mereka untuk mendapat kepastian tentang berita hangat itu. Malah, mereka tidak tahu samada berita itu sahih atau semata-mata permainan politik. Almaklum, musim pemilihan dalam Umno sering disertai dengan berita hangat dan sensasi, sehingga sukar bagi kita tahu yang mana berita dan yang mana cerita.

Calon-calon yang akan bertanding diperkenalkan kepada perwakilan dan ahli parti dalam siri jelajah yang bermula tidak lama dahulu. Hari ini (Ahad) mereka di Johor dan besok mereka akan ke Selangor pula.

Beberapa minggu lalu, lembaga disiplin parti mengumumkan bahawa beberapa bakal calon, termasuk yang mahu bertanding jawatan tinggi, sedang diperhati selepas menerima beberapa aduan dan tuduhan salahlaku seperti salahguna kuasa dan politik wang. Mungkinkah bisik-bisik yang kita dengar ini ekoran dari amaran berkenaan?

Hari ini, akhbar arus perdana memuatkan wawancara khas dengan beberapa calon jawatan tinggi. Semakin dekat dengan pemilihan, semakin rancak bentuk kempen yang diadakan. Sama-sama kita tunggu perkembangan sehari dua ini, jika ada.

2 comments:

mohd ali ismail said...

Mana letaknya perasaan malu dalam kalangan orang UMNO selalu sahaja ditumah dengan berkelakuan yang tidak bermaruah menerima dan memberi rasuah antara sama sendiri sahingga satu Jawatankuasa Tata Tertip terpaksa ditubuhkan untuk mengawal kurap.UMNO yang dahulunya disegani dan mendapat sokongan padu dari rakyat semua kaum hampir musnah masakini kerana rasuah.Wahai orang Melayu UMNO, sedarlah diri dan baliklah kepangkal jalan,supaya kegemilangan yang dikechap olih rakyat jelata masa lampau dapat dinikmati kembali dimasa2 akan datang.Jangan pentingkan diri sendiri kerana ramai lagi rakyat memerlukan keperluan hidup yang talah jauh ketingalan disebabkan rasuah yang meleluasa.Ramai rakyat tidak memihak pada mana2 parti politik,asalkan, KERAJAAN MEMERINTAH adalah ADIL dan SAKSAMA.

PARPUKARI said...

SALAM BRO, BIASA LA BRO, SEMAKIN DEKAT SEMNAKIN SUSPENS LA PULAK, BERBAGAI BAGI CERITA KITA DENGAR...

SAYA HARAP MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MENANG LA...DAN CEPAT2 LA NAJIB JADI PM..