Tuesday, August 25, 2015

Ringgit bukan jalan ke syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata2 sejak kebelakangan ini cerita fasal duit kita menjadi tajuk bualan hangat. Mereka yang bukan pakar kewangan pun bercakap fasal ringgit. Kalau kita tengok dalam media sosial, kejatuhan nilai ringgi menjadi satu topic popular. Tulis fasal ringgit, mesti ramai yang komen. Pagi2 lagi saya dikejutkan dengan satu mesej SMS dari kawan yang berada di utara tanahair. Katanya, kalau ke Danok untuk makan tomyam dan urut kaki, duit kita sudah tidak diterima lagi. Peniaga2 Thai nasihat pelanggan pergi tukar ringgit kepada Baht dulu. Mereka takut ringgit yang mereka simpan akan terus jatuh. Oleh yang demikian, buat apa simpan ringgit, kata mereka. Nah, ini satu contoh. Kita boleh kata kalau nak makan tomyan yang sedap, tak perlu pergi ke Danok. Itu memang betul. Tetapi itu tidak mengubah keadaan bahawa ringgit Malaysia sudah tidak lagi dihormati atau sudah tidak lagi menjadi duit yang disukai. Apa pula kesannya kepada ekonomi negara? Kalau nak beli barangan atau perkhidmatan luar negara, kita kena bayar dengan sejumlah wang yang banyak.Bagi peniaga yang berniaga dengan mengimpot barangan luar, sudah tentu ini mejadi satu masalah besar. Apabila pemimpin negara ke luar negara atau misi perdagangan kita ke luar negara, sudah tentu perbelanjaan juga akan meningkat. Aoa kesudahannya? Saya tak tahu. Saya bukan pakar kewangan. Tetapi penjelasan yang diberi oleh kerajaan belum lagi meyakinkan orang ramai..

Wednesday, August 19, 2015

Ada komplot? Takda komplot?

ASSALAMUALAIKUM! SEMENJAK dua menjak ni heboh pula cerita tentang ada komplot di kalangan orang politik untuk menjatuhkan kerajaan. TPM merangkap menteri dala negeri DS Zahid Hamidi kata dia ada maklumat bahawa ini sedang diusahakan.Katanya ada satu "orang tua" yang mengetuai usaha ini. Beberapa hari selepas itu ketua Kelab Backbencher BN TS Shahrir Samad kata ini nak betul. Mana ada orang BN yang berkomplot nak jatuhkan kerajaan, katanya. Saya fikir DS Zahid perlu bagi pencerahan seberapa segera sebelum beliau dijadikan bahan jenaka. Apabila TS Shahrir menyanggah DSZahid, udah ada kata2 yang sinis. Siapa antara mereka yang bercakao benar dan betul. Atau mungkinkan DS Zahid tahu apa yang TS Shahrir tidak tahu. Jangan lupa - DS Zahid ialah menteri dalam negeri. Dia ada banyak info. Cakap2 di kedai kopi dan di alam maya menunjukkan ramai orang tidak mahu percaya apa yang disebutkan oleh TPM baru ini. Ada juga yang mendakwa ini ialah taktik penyokong PM Najib Razak untuk mengalih pandangan khalayak ramai dari isu 1MDB dan derma RM2.6 billion..Anda ada fening? Ramai yang fening...!

Friday, August 7, 2015

Antara kepentingan rakyat dan tembolok menteri

ASSALAMUALAIKUM! Kita ketepikan cerita politik kejap. Kita cerita fasal rombakan Kabinet. Dua tiga hari yang lepas ni kita tengok upacara serah tugas dari satu menteri ke satu menteri yang lain. Ia dibuat dengan serba serbi aturcara, lengkap dengan temuramah oleh media massa. Dan seperti biasa, menteri2 bagi kata semangat kepada kakitangan mereka dengan nasihat supaya kerja kuat dan rajin. Setiap kali ada perubahan macam ni, akan ada ucap semangat dan kata2 nasihat. Sikit masa lagi, kita mungkin akan dengar beberapa pindaan atau semak semula projek2 yang dibuat oleh menteri lama. Ini dah berlaku terlalu banyak kali. Dah jadi perkara biasa. Dalam keaadan politik yang sedang hangat hari ini, siapa antara menteri2 yang ada yang akan fokus kepada tugas dan tanggongjawab mereka habis-habisan? Tokpa? AWO (Wahid)? Saya pernah menghadiri satu mesyuarat di mana ahli jemaah menteri juga hadir. Ada seorang menteri ni tak mengeluarkan sepatah perkataan pun sepanjang mesyuarat satu jam itu. Dah dua kali mesyuarat saya tengok dia membisu. Soalan pokoknya - siapa antara jemaah menteri hari ini yang bersuara untuk kepentingan rakyat dan siapa menteri yang membisu untuk menjaga kepentingan dia sendiri?

Monday, August 3, 2015

BN Selangor bagi gambaran tak tepat dlm PRU13

ASSALAMUALAIKUM semua. Betulkah PM DS Najib Razak termakan dengan cakap2 dari pemimpin UMNO negeri Selangor bahawa parti mereka, Barisan Nasional, boleh menawan semula negeri itu dari PKR dalam PRU yang lepas? Kalau apa yang saya baca dan dengar itu betul, PM kata dia dapat gambaran yang positif terhadap peluang di negeri kaya itu dalam PRU13. Namun, kita semua tahu bahawa keadaan di akar umbi jauh berbeza. Ketika berhadapan dengan musuh politik mereka, Selangor dipimpin oleh dua nakhoda. Dan PM sendiri menjadi ketua perhubungan negeri. Jika PM menaruk harapan bahawa beliau boleh menawan semula Selangor, nyata sangkaan ini jauh meleset. Kita semua tahu keadaan di Selangor sangat bercelaru. Jika dua nakhoda tidak sehaluan, macam mana nak tawan Selangor? Dan hari ini, BN/Umno Selangor sunyi sepi. Mungkin dah takda semangat. Atau dah tak kisah? Dalam telekan saya, BN/Umno akan berhadapan dengan masalah besar jika mahu merampas semula negeri itu dari PKR. Dengan kemelut yang kita semua nampak hari ini, PM lebih menumpukan usaha kepada kelangsungan kerjaya politiknya dari politik negeri Selangor. Tapi, itulah politik. Dan orang2 besar BN/Umno di negeri Selangor tidak pula kedengaran atau kelihatan mahu menebus kekalahan mereka di tangan PKR. Bukan sekali, tetapi dua kali. Kita tengok apa lagi akan berlaku di Selangor...