Saturday, December 19, 2015

Umno dan Pas - musuh boleh jadi sahabat?

Assalamualaikum! Perhimpunan Agung Umno dah habis. Hentam menghentam berterusan, walaupun tidak sekuat sebelum dan semasa perhimpunan. Dalam sehari dua ini, masyarakat Melayu dipaparkan satu lagi adegan politik. Adekan ini ada dua pelakon utama, DS Najib Razak selaku PM dan Presiden Umno, dan DS Hadi Awang, boss Pas. Mereka berdua hadir di satu pentas yang kemudian menjadi topik perbualan hangat di kalangan orang politik, pemerhati dan pemain-pemain politik yang lain. Antara soalan yang timbul ialah: apakah Umno dan Pas akan bersatu? Apakah ini titik permulaan penyatuan orang Melayu di persada politik tanahair? Saya tak nampak Umno dan Pas akan bersatu. Malah, ini juga bukan tujuan utama dua parti politik utama ini berada di atas pentas. Saya tidak fikir Umno mahu Pas masuk Umno; dan Pas juga tidak berhajat untuk dibubarkan dan ahli2nya masuk Umno. Yang mereka cari ialah titik permuafakatan yang boleh memberi nafas baru perjuangan politik kedua2 parti. DS Najib sedang diasak dari pelbagai pihak ekoran isu 1MDB dan derma 2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Hadi pula hilang beberapa pemimpin yang keluar parti dan menubuhkan parti baru, Amanah. Dalam keadaan demikian, adalah sesuai kedua-dua pemimpin mencari titik2 pertemuan ideologi jika mereka boleh berpasangan untuk jangka masa yang panjang. Dan bukan hanya sekadar PRU14 kira-kira dua tahun lahi. Jika kedua parti boleh mencari titik perkongsian pengaruh dan saling bantu-membantu, peluang untuk kekal berkuasa itu ada, walaupun ia bukanlah sesuatu yang dijamin. Sejarah menunjukkan Umno dan Pas pernah tidor sebantal. Jodoh mereka tidak berpanjangan dan Pas kemudian membawa diri. DS Najib dan DS Hadi serta rakan-rakan mereka perlu mencari asas permuafakatan yang jujur dan ikhlas dan untuk jengka masa yang panjang. Pakatan baru ini perlu hidup walaupun kedua-dua pemimpin - DS Najib dan DS Hadi - tidak akan memimpin parti masing-masing di masa depan. "The coopertion between the two parties must outlive the two leaders in the years to come." Sama-samalah kita tengok sejauh mana kerjasama ini boleh diwujudkan. Kunci bukan terletak kepada DS Najib dan DS Hadi. Kunci berada di kalangan ahli biasa yang sudah banyak tahun bermusuhan di seluruh pelusuk tanahair. Tetapi inilah politik. Sahabat boleh bertukar menjadi seteru dalam sekelip mata. Musuh juga boleh berbaik2 dan menjadi rakan apabila keadaan memaksa. Kita tunggu dan lihat.

Sunday, December 13, 2015

Sorry DS Najib, KJ, Sarah, Esther!

Good morning everyone! I hope everyone had a good sleep after the Umno general assembly and after watching football last night. We'll talk about Umno later. But I want to share some thoughts on football this morning. I gave away some tickets for the Malaysia Cup final last night and watched the game on TV instead. With my fever and cough, I better stay put and watch the game on TV. As everyone now knows, Selangor is M-Cup champion for the 33rd time. I'm a Selangorian and am happy of course. The team played really well I thought. Kedah played well too but the lacked good finishing. Selangor took their chances well. Better luck next time Kedah. Then again you did beat us before to become champion too right? The future for our football is bright, I think. But the football administrators must get their act together. The coaches too. If coaches fight among themselves (as they did about two weeks ago), then we might as well bury the team and give away the jerseys and socks and boots. We do have talent. It's a question of how to get the talent to gel and play seamless football. It's the same thing with Man Utd (the team that has global appeal with PM DS Najib Razak and Sports Minister Khairi Jamaluddin as fans). TS Johan Jaaffar's wife, Sarah, is another hardcore fan. She watches almost every game. Ex-colleague Esther is another fan who's patience and loyalty are being tested. Tan Man U Manager LVG has good track records; his team of millionaires have abundant talent; training facilities are among the best in the world. But they are stingy where goals are concerned. At least that's what we see this season. It'll take a bit of time for the players to really gel and start showing their worth. Since I couldn't sleep last night, I watched the team played Bournemouth. It was a disastrous showing for the Red Devils. Granted LVG operates a hospital and not just a football club. But fans are baying for blood. Losing is one thing, but the manner in which the team has been playing this season can put die-hard fans to snore fairly quickly. Man U to occupy one of the top four slots end of the season? May not be a good idea to put your money on it.

Friday, December 11, 2015

Hujjah siapa yang lebih dipercayai?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tun Dr M dah bercakap. TS Muhyiddin pun dah bercakap. DS Najib Razak pun dah bercakap. Mereka semua dah beruacap di beberapa lokasi. Dr M berhujjah di pentas dan dalam blognya. TS Muhyiddin menyampaikan hujjahnya melalui facebook dan yang terbaru di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru. DS Najib pula berucap di PAU di PWTC. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Penyokong dan pengkritik boleh meneliti hujjah yang disampaikan dan buat oenilaian sendiri. Pendengar dan penonton akan membawa hujjah2 ini ke tempat masing-masing dan mengupas hujjah ini mengikut keupayaan mereka. Hujjah siapakan agaknya yang akan lebih berpengaruh? Isu-isu yang dibangkitkan tidak mungkin akan lenyap dengan begitu sahaja. Isu-isu ini (integriti pemimpin, perjuangan dan idealisme, hal-hal kehidupan harian, isu besar seperti 1MDB dan derma jutaan ribu ringgit, kesetiaan pada parti dan ketua, imej dan kewibawaan) akan terus menjadi bahan bualan. Besar kemungkinan isu-isu ini akan terus hidup sehinggalah PRU yang akan datang.