Thursday, November 6, 2008

Kuda Kepang bersuara lantang di MKT

RAKAN blogger, Sdra Ruhanie Ahmad 'Kuda Kepang' memerlukan beberapa pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Saya kira tidak salah kalau Sdra Ron diberi peluang untuk mencuba nasibnya.

Beliau pernah menjadi MP Parit Sulong dan kini mengendalikan blognya secara aktif. Sdra Ron, bekas wartawan kanan di Berita Harian/NSTP, sering menyuarakan pandangan dengan lantang. Anda tak perlu setuju dengan setiap pandangannya, tetapi elok diteliti dengan halus.

Umno memerlukan suara yang lantang hari ini, bukan setakat 'Yes Men' yang hanya tahu akur dengan arahan Boss mereka walaupun kadang-kadang arahan itu merosakan parti dan perjuangan.

Sdra Ron boleh menjadi suara lantang dalam MKT. Tak perlu jadi menteri...

5 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk,

Setuju sangat dengan pandangan datuk tentang sauadara Ron. Beliau bukan saja lantang tetapi tegas. Malah keberaniannya bersuara di atas dasar kebenaran, sukar didapati di kalangan orang-orang politik hari ini. Semangat kemelayuanya tinggi. Mungkin latar belakang dan pengalaman beliau sebagai wartawan membentuk perwatakan dan keperibadiannya seperti itu. Saya juga bersetuju jika diberi peluang kepada saudara Ron bertanding untuk MKT.

Anak Selampit

. said...

Dato,

Untuk mendapat pencalonan tak susah sangat kot. Harap2 dia mendapat pencalonan yang cukup pada hujung minggu ni. Elok Dato Ron menelefon beberapa orang ketua bahagian dan meminta pencalonan. Sekiranya tidak, telefon AJK bahagian pun OK, minta mereka calonkan nama dari floor. Saya fikir Dato Ron mempunyai kelayakan untuk berada di MT UMNO. TQ

Unknown said...

Saya amat bersetuju bahawa proses penjenamaan semula UMNO memerlukan ahli yang mampu memberi pengisian yang bermakna.

Penjenamaan semula bukan bermaksud peremajaan; walhal peremajaan sendiri bukannya sentiasa berpaksi kepada usia pemikirnya.

Yang kita dambakan adalah pemimpin-pemimpin yang jelas kematangan fikirannya serta adil didalam menilai situasi.

Mereka juga perlu berfikiran kreatif dan kritis, serta menyedari bahawa UMNO hanyalah satu platform dan rakyat adalah tumpuan yang terutama.

Atas dasar itu, saya amat bersetuju bahawa Ruhanie Ahmad perlu diberi pentas, walaupun saya terkadang amat tidak bersetuju dengan beliau; tetapi itulah lumrah dunia.

Selamat berjaya RON.

Anonymous said...

Ada kalanya orang yang bersuara lantang digeruni. Ada kalanya, ditakuti dan ada kalanya, dihormati... Apapun terpulang pada situasi. Jika kelantangannya kena pada tempat, takpelah. Tapi asyik nak lantang je sampai melawan taukeh, tak boleh juga. Apapun semoga Datuk Ron berjaya...

Anonymous said...

Dato,

Kita perlu orang yang lantang . Kita juga perlu pengikut yang setia. Mesti ada perseimbangan. Kalau semuanya lantang tentu Ketua tak boleh buat kerja. Dan begitu juga sebaliknya.

Lantang semasa mesyuarat boleh. Beri idea bernas. Tapi janganlah lantang pula diluar mesyuarat. Nanti rakyat tidak tahu siapa boss siapa pengikut.

Memang tertib mana-mana organisasi mesti ada hirakinya. Ini untuk menjaga keutuhan organisasi tersebut.