Thursday, November 6, 2008

Dato Najib - kemana kami akan dibawa?

KEMANA agaknya Umno dan negara akan dibawa oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setelah menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno? InsyaAllah, MP Pekan ini akan naik setakok lagi pada bulan Mac apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang ke enam.

Karier politik Najib terus bersinar. Namun, suasana politik tanahair hari ini sudah berubah dan jauh berbeza dengan keadaan beberapa tahun lalu, atau beberapa bulan lalu. Anak sulong Tun Razak ini mewarisi tampok pemerintahan negara tanpa majority dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Beliau juga mewarisi teraju negara yang mana lima buah negeri adalah dalam jajahan taklukan parti pembangkang - Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Wilayah Persekutuan juga berada dalam genggaman pembangkang.

Najib mengukir sejarah peribadinya sendiri. Berapa ramaikah seorang anak mengikuti jejak langkah ayahandanya sebagai pemimpin tertinggi sebuah negara? Sejarah akan benar-benar memihak kepada Najib jika dia mengikut semangat dan kerja kuat bapanya dalam usaha membawa negara ke tahap yang lebih tinggi atau cemerlang.

Dalam bahasa Inggeris, soalan saya berbunyi begini - Will Najib be his father's son?

Ramai yang menaruh harapan kepada beliau. Walaupun belum lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Najib sudah merasa bahang jawatan itu.

Adalah menjadi kebiasaan bahawa jawatan dan tanggungjawab akan merubah sikap dan perwatakan seseorang itu - dari keras kepada lembuat, dari baik kepada jahat, dari buruk kepada elok, dari waras kepada angkuh dan sombong.

Najib berada dalam situasi dimana beliau boleh mencorak sejarahnya dan sejarah negara sekaligus. Putih hitam negara ini ada di tangan mu Dato! Corakkanlah mengikut acuan yang terbaik. Rakyat dan golongan marhaen juga menanti mencorakkan sejarah mu!

Najib tahu bahawa cabaran ekoran perubahan lanskap politik tanahair tidak memihak kepadanya. Ini menjadikan tugas dan cabarannya amat tinggi dan sukar. Harapan rakyat hari ini tinggi menggunung - mampukah Najib memuaskan kehendak mereka?

NOTA: Seorang sahabat penulis memberikan pandangannya dalam blog beralamat tpj-one-the patriot.blogspot.com. Ikuti pendapat Ketua Pengarang majalah Milenia dan Forward di situ.

10 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam Dato'

The rakyat doesn't need a father's son but a leader for the rakyat. Thats what the rakyat need. Can we have one in our own homeland?

Yes we can! Yes we can!

Unknown said...

Najib pernah bercerita betapa aruah Tun Razak tidak mahu membina kolam mandi dirumah rasmi Perdana Menteri seperti yang diminta oleh anak-anaknya kerana itu merupakan satu penyalahgunaan wang rakyat.

Jika cerita kecil berjiwa keramat itu dapat menjadi pedoman Najib, negara kita akan makmur dan berjaya semula.

Anonymous said...

Najib kena membuktikan yang dia mampu untuk mengurus negara sebelum secara rasminua naik jadi PM.bagaiman?dengan memastikan tugasnya sebagai Menteri Kewangan dilaksanakan dengan jayanya.

dalam pada itu juga jika Najib andaikata didapati terlibat secara langsung dengan kes Atlantuya maka sukarlah sedikit bagi dia untuk menjadi PM nanti.skandal selalunya dapat meruntuhkan mana-mana empayar pemimpin dalam dunia.

ChengHo said...

UMNO Pekan harus berani menyatakan kebenaran sabtu ini bagi memberi pencalunan Tim President , Naib Presiden dan 25 MKT . UMNO perlu berubah untuk menyatakan meritokrasi kepimpinan yg di perlukan walaupun pahit didengar .

Unknown said...

baru-baru ini mahkamah telah membenarkan RPK untuk beri keterangan dalam kes Atlantuya.hmm...menarik.

adakah segala keterangan/artikel RPK boleh digunapakai dalam perbicaraan nanti atau segala apa yang RPK tuliskan sebelum ini tentang Najib adalah omongan semata-mata?

kalau boleh diguna pakai,memang susahlah Najib nak naik.

Da Real Deal said...

Damansara,

Sememangnya Tun Razak berjiwa rakyat dan tidak mahu membazir. Isterinya pula Tun Hajjah Rahah, saorang yang merendah diri dan tahu tempatnya dikhalayak ramai sebagai hanya seorang isteri kepada pemimpin, bukan pemimpin juga macam suaminya.

Anonymous said...

Dear Datuk,

I think Najib should be better than Abdul Razak. Time has changed and even though his Party UMNO and the Coalition Barisan Nasional is in a bad state, the greatest challenge for Najib is to bring back glory to UMNO and Barisan Nasional. It is not going to be easy, as OBAMA said, a steep hill to climb.

Penawar

Al said...

Hi All ...
My personal take on this is that ... we just had 2-terms of 'Pak Lah - The Father-in-law.' we seriously don't need a repeat ... this time 'Najib the husband.' I agree with our first commenter ... we need a leader to lead us through some testing time ahead. There's so many things to put right ... or at least see some progress improvements ... and most important of all ... we did not elect-nor-select Rosmah to be involved at all with the running of the country. Your job (Rosmah) is to take care of your husband ... at home ... period! At the rate that Malaysia is going ... she will soon get the so cheaply accorded datukship for being PM's wife! What the heck have Jean contributed to Malaysia to deserve a datukship?? ... just because Pak Lah took her to become PM's wife? All the charity works one would say ... hello ... that's part of her duties ... officiating this & that ... become chairperson to charity organizations & what not ... much of it 'no-brainer' stuff!! Some states went above-&-beyond to award datukship ... man ... that's Kiss PM's ass big time!! Note for Najib ... better do right ... if not we (the people) will force you out ... much of how we did to Pak Lah!

Unknown said...

da real deal

My point, exactly.

Najib should learn from the 'on-going' history on how Badawi insulted and betrayed the rakyat by letting his family members have 'a big say' in the administration.

Now there are talks about his wife and her antics.

I really hope Najib will have in his head and heart the will to stand up like a real man rooted as a statesman.

Anonymous said...

Dato Najib has got very many virtues, and when the time comes I hope to pay my tribute to them, but I'm bound to say that political honesty and sagacity have never been among them!


Chiselstone