Saturday, June 26, 2010

Tiada lesen bagi mu Ascot!

TIADA lesen judi akan dikeluarkan kepada Ascot. Itu kata PM DS Najib Razak dalam sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat Umno Jumaat. Berita ini membawa implikasi yang besar di kalangan masyarakat negara ini. Bagi TS Vincent Tan, peniaga yang mempunyai pelbagai bidang perniagaan dalam dan luar negara, berita ini pasti mengeciwakan. Beliau disebut sebagai sudah menerima surat memaklumkan bahawa lesen berkenaan akan diberi kepadanya untuk memulakan perniagaan judi, termasuk tarohan bola dan apa juga bentuk perjudian yang lain. Isu lesen judi ini menjadi topik hangat di masyarakat, terutama di masyarakat Islam. Menurut mereka yang rapat dengan Vincent, lesen yang seharusnya diberi kepada beliau bukanlah lesen baru. Ia adalah pembaharuan lesen yang digantung. Pengumuman Najib disambut baik dikalangan masyarakat keseluruhannya. Namun, sudah tentu seteru politik beliau akan mengkritiknya dengan kuat. Malah, ada juga yang akan mendabik dada bahawa merekalah yang sebenarnya mempengaruhi keputusan yang diambil. Selain beberapa pemimpin bukan BN, beberapa pemimpin kanan Umno juga menyuarakan pendapat bahawa mereka tidak setuju dengan apa juga usaha untuk menghidupkan semula atau memberi lesen perjudian baru kepada sesiapa sahaja di Malaysia.

4 comments:

masuk PAS masuk syurga (Dunia) said...

Kamilah ahli2 PAS yang berjaya mendesak agar Najib membatalkan lesen itu.. kamilah yang berjuang bermati-matian untuk menentang judi ini.. kamilah heronya... kami akan tentang segala-gala yang dibuat oleh Najib...

Pasal lesen arak tuh... errr sekejap yer nak tanya tuk guru kami...

Anonymous said...

ketepikan politik, asal benda baik di buat, tak kira by whom, wajib kita puji.

rakyat tidak buta, jangan mimpi nak buat benda benda pelik macam nak bagi lesen judi ni lagi.

cukup. buat lah kerja yang baik dan betul, kejayaan akan menyusuli..

-hmm-

Anonymous said...

Syabas kepada ahli-ahli PAS yang mendakwa mereka adalah hero dalam usaha mendesak PM membatalkan lesen perjudian. Walau bagaimanapun mereka akan dimartabatkan lebih HERO seandainya turut berjuang dalam misi kemanusiaan di negara-negara Islam serata dunia.

c@rt00n said...

perlu ke nak bangga diri..haha..itu dah mmg kewajipan "berpesan-pesan akan kebenaran, dan menentang akan kemungkaran"..itu adalah tugas rasmi seluruh umat Islam..:-)