Wednesday, August 19, 2015

Ada komplot? Takda komplot?

ASSALAMUALAIKUM! SEMENJAK dua menjak ni heboh pula cerita tentang ada komplot di kalangan orang politik untuk menjatuhkan kerajaan. TPM merangkap menteri dala negeri DS Zahid Hamidi kata dia ada maklumat bahawa ini sedang diusahakan.Katanya ada satu "orang tua" yang mengetuai usaha ini. Beberapa hari selepas itu ketua Kelab Backbencher BN TS Shahrir Samad kata ini nak betul. Mana ada orang BN yang berkomplot nak jatuhkan kerajaan, katanya. Saya fikir DS Zahid perlu bagi pencerahan seberapa segera sebelum beliau dijadikan bahan jenaka. Apabila TS Shahrir menyanggah DSZahid, udah ada kata2 yang sinis. Siapa antara mereka yang bercakao benar dan betul. Atau mungkinkan DS Zahid tahu apa yang TS Shahrir tidak tahu. Jangan lupa - DS Zahid ialah menteri dalam negeri. Dia ada banyak info. Cakap2 di kedai kopi dan di alam maya menunjukkan ramai orang tidak mahu percaya apa yang disebutkan oleh TPM baru ini. Ada juga yang mendakwa ini ialah taktik penyokong PM Najib Razak untuk mengalih pandangan khalayak ramai dari isu 1MDB dan derma RM2.6 billion..Anda ada fening? Ramai yang fening...!

3 comments:

Unknown said...

Klu perdana menteri sudah tidak blh dipercayai dan gagal menampung amanah yg telah diberikan adalah wajib semua wakil rakyat untuk menukarnya....perlu diingat wakil rakyat dipileh oleh rakyat..jdi kesetian perlu pd rakyat

Anonymous said...

If you cry wolf once too often people wont believe you. You can glamourise the name by calling it spin, disinformation campaign, red herring etc. but if its a lie, its a lie. And lying is a characteristic of a munafiquun. And in Islam, a munafiquun is someone you dont want to be..

Fendi Ahmad said...

Saya pening dan makin x percaya sama PM dan konco2 nya