Wednesday, January 16, 2013

Mati hidup kembali?

Salam semua! Apa khabar? Moga2 anda semua sihat wal'afiat. Saya bercadang menghidupkan semula blog ini setelah sekian lama membisu seribu bahasa. Pentadbiran blog ini juga sudah melalui banyak perubahan. Dan perubahan ini sudah cukup untuk menyulitkan saya. Ini ialah percubaan saya ke kesekian kali! Kalau ini berjaya, saya akan hidupkan semula blog ini, blog yang original. Bukan blog pahit manis 2.0. Bersama ini saya lampirkan gambar yang dirakam bersama kawan2 dan rakan sepejabat baru2 ini. Ia juga sebagai percubaan untuk menghidupkan semula blog pahit manis yang original ini. Moga2 blog ini dapat dihidupkan kembali...

2 comments:

CT Tanjung Perak said...

Salam.

Selamat kembali menulis Dato.

Bukan mati hidup kembali tapi saya percaya Dato sekadar pengsan seketika :-)

Darah penulis tidak pernah kering. Yang kering cuma dakwat pena. Ilham tidak pernah berhenti mengalir juga cuma jiwa malas yang sering bertandang.

Tony Yew said...

Salam Dato....saya pun baru sahaja menghembus nafas baru kepada blog saya. tetiba, dapat inspirasi baru!

Harap tuan juga dapat menghidupkan blog tuan!

Salam Sejahtera
Tony Yew