Thursday, October 21, 2010

Najib: Melayu kekal dihati saya, Umno


SALAM! Ahli Umno yang berkumpul di PWTC masing-masing berdiri bulu roma apabila mendengar ucapan DS Najib Tun Razak. Manakan tidak, presiden Umno itu memberi satu ucapan yang sangat dinanti-nanti oleh mereka dari segi Agenda Melayu. Setelah beberapa kali mendengar DS Najib berucap dan mengajukan konsep 1Malaysia, hari ini mereka dapat mendengar dengan jelas pegangan beliau terhadap Agenda Melayu. Malah, DS Najib, merangkap Perdana Menteri juga memberi amaran kepada sesiapa juga yang menyimpan niat untuk merosakkan agenda Melayu atau yang mahu memesongkan pegangan orang melayu, terutamanya dikalangan ahli-ahli Umno. Ayat-ayat yang beliau guna memberi gambaran bahawa intipati perjuangan memang dekat dihati. Bagi ramai ahli Umno, ucapan itu ibarat jampi serapah yang boleh mengembalikan semangat mereka. Sepanjang ucapannya, DS Najib tidak putus2 menyingkap sejarah tanahair kerana sejarah yang sudah terukir itu wajib menjadi arah tunjuk halatuju parti dan negara. Dalam hal ini, DS Najib memetik beberapa fasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bukan Melayu. Kepada semua ahli parti, DS Najib berkata:

"Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi,
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi
Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.."

Jika ada sesiapa yang ragu akan pendirian DS Najib, ucapannya hari ini jelas membuktikan bahawa Agenda Melayu hidup kekal dan teguh dalam genggaman beliau dan Umno.

Gambar: DS Najib melancar Melaka Maju di PWTC

7 comments:

yb said...

Datang hujan, marah pengiring sebab kena tempias.

Anonymous said...

tiap kali lihat di kaca tv...bila DS Najib bercakap pasal perjuangan...tak sah jika tidak diselitkan kenangan perjuangan arwah bapanya Tun Razak...dan tokoh2 pejuang yang lain...bait2 kata semacam tak kena jika tidak dinyatakan tentang sejarah...dan ditegaskan jua tidak boleh bergantung pada sejarah semata-mata...perlu ada kaedah relevan tapi tetap berpaksikan asas perlembagaan...perlu mendahului zaman...supaya sentiasa kekal relevan....

dan benar seperti kata DS Najib.. tiap perjuangan perlu didalam keadaan tersusun... meskipun berada di jalan yang benar....jangan sesekali leka dan amik mudah....selaras dengan pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :


‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah , tetapi diatur dengan tersusun’

Wallahu'alam...

Anonymous said...

Najib sering berbicara dengan nada ynag berbeza apabila di kalangan hadhirin yang berbeza. Ini satu sikap ahli politik yang bijak bertindak untuk kepentingan nyawa politiknya. yang lebih penting ialah apa tindakannya untuk mengotakan kata katanya. Dia perlu diadili dengan perbuatannya, bukan dengan mulutnya (yang berbibir merah lipstick).

sri hartamas

Anonymous said...

Sekali air pasang sekali berubah, tetapi sungai tetap juga tidak banyak berubah. Sekali PAU bersidang sekali lagi laungan wira kemundang di Dewan Merdeka.Habis PAU balik kampong balik asal. Pi mai pi mai tang tu juga.Seingat saya dari PAU di Dewan Bahasa dan Pustaka hinggalah ke PWTC, ucaptama Presiden berapi=api, menaikkan bulu ruma, tetapi NATO (Talk Only No Action). Tahun depan bersua lagi cakap lagi lebih bersemangat bila balik ,serupa tu juga. TDM kata " Melayu Mudah Lupa" tertapi saya kata "Orang Umno Pelupa"

Anonymous said...

Cuma nak tanya: kenapa baju tu hijau? Tak cantik langsung. Rasa2 dlm bendera Melaka takde pun kaler hijau.

Mohd. Ramesh

Ahmad A Talib said...

Melaka going green..sebab tu baju hijau..

Anonymous said...

Greetings Datuk.
Nice to see blog's back. And thanks for 1-minute update on key Malaysian news. Better than Maggi 2-minute noodles. Salam dari Perth.