Monday, October 18, 2010

Man U, Liverpool - senasib tapi tak sama

SALAM! Hari ini kita bincang hal ringan sedikit. Kita cerita fasal bola. Bola liga Inggerislah kerana lebih ramai orang Malaysia ysng mengikutinya dari Liga Malaysia. Pada hari Sabtu Man Utd, team yang diminati PM DS Najib Razak, bolos dua gol selepas mendahului 2-0 melawan West Brom! Nak ketawa pun ada! Ramai peminat Man Utd ketawakan Reina, goli Liverpool, yang umum kata selalui melepaskan gol macam penjaga gol pasukan sekolah. Kali ni, goli Man U pulak yang buat silap! Pada hari Ahad, Liverpool dikalahkan musuh ketat dari bandar yang sama - Everton. Kesian peminat Liverpool. Ada yang berkumpul dengan penaja utama team itu - Standard Chartered - untuk menonton. Liverpool ni, pada saya, satu tea yang kuat dan gagah. Cuma pengurus dia yang tak berapa kena. Sebelum Roy Hodgeson (nama macam kowboi), Liverpool diurus oleh Benitez, orang Sepanyol. Dua2 pun sama aje pada saya.

Bagi Malaysia, dengan peruntukan RM20 juta yang diumumkan noleh PM memajukan bolasepak tanahair. Wang sejumlah itu tak besar, tetapi ia satu permulaan. Tak menang takpa, tapi main mesti dengan baik dan penuh semangat. Satu hari nanti, kita boleh belasah Liverpool dan Man U! Tak percaya? hehehe

3 comments:

jauhari said...

walaupun Liverpool kalah, saya tetap sokong Liverpool..You'll Never Walk Alone..

akupedulikhape said...

mm...nak tgk season nih dah mcm haram..MU main mcm ape ntah..nak sokong team lain dah masuk dah...MU dah jadi darah daging...tp hatiku tetap ade RED DEVIL!!!

Anonymous said...

Season ni mmg lain dari yg lepas2. Chelsea n Man City nampak hebat. "Berkat" duit minyak Rusia dan Arab.
MU pun tak menyerlah mcm dulu. Mungkin pasal ramai player muda. Tapi hutang MU banyak. Lagi banyak dari Bajet 2011 kita.
Liverpool pulak sikit lagi nak bankrap dikejekan oleh Hicks n Gillet. Skrg dah ada pemilik baru. Hutang (separuh dari jumlah MU) pun dah langsai. Harap2 dapatla bawak masuk 1-2 lagi player yg betul2 star.
Apapun, belum pun 10 game, perjalanan masih jauh. Mcm2 boleh jadi antara skrg sampai Mei tahun depan.

Mohd. Ramesh
LFC fan sejak darjah 5