Saturday, October 16, 2010

Kita tunggu "mega hits" dari Tiara !

SALAM! Pada malam Khamis lepas, saya berbincang dengan tiga personaliti mengenai belanjawan 2011. Wakil NGO Datuk Halim meminta PM/Menteri Kewangan beberapa pertimbangan yang memboleh NGO bergerak dengan lebih cergas. Boss Proton Datuk Syed Zainal menyebut tentang perlunya ada insentif inovasi. Dan Datin Seri Tiara Jacquelina meminta industri kreatif diberi dorongan untuk menghasilkan karya besar untuk persada dunia. Semalam, DS Najib Tun Razak menyahut semua permintaan mereka dalam ucapan belanjawannya. DS Najib sebut fasal peranan sektor korporat dalam tanggungjawab sosial; peruntukan untuk karyawan seni menghasilkan karya besar; dan insentif yang bertujuan menggalakkan inovasi dalam industri! Soalannya sekarang - sejauh mana NGO, sektor korporat dan penggerak seni akan memanfaatkan kemudahan ini? Dalam pada itu, ada juga pihak yang membuat andaian bahawa belanjawan yang DS Najib bentang itu bertujuan memancing undi! Dalam hal ini, pengkritiknya sudah diduga. Seorang pakar ekonomi dalam temubual berita akhir tv3 (Nightline), secara kebetulan ada dua pilihanraya kecil di Galas (Kelantan) dan Batu Sapi (Sabah). Pakar ekonomi itu berkata belanjawan negara melebihi itu semua dan bertujuan membina negara, tak kira samada pilihanraya atau tidak. Tetapi itulah dia - dalam dunia politik, sesiapapun akan mencari ruang untuk memenuhi hasrat dan citarasa mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Apa salahnya memancing undi? Takpe lah, asalkan janji tu logik dan boleh dikota.

Mohd. Ramesh