Thursday, October 14, 2010

Blackberry okay - kata Menteri DSU Rais


SALAM! Satu berita baik pagi ni - Blackberry okay! Kerajaan buat keputusan bahawa ia tidak akan menyekat penggunaan Blackberry. Keputusan itu diumumkan oleh DSU Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Akhbar hari ini memuatkan berita baik yang pasti disambut lega oleh pengguna Blackberry. Beberapa bulan dulu, saya dihujani SMS dan ditalipon setiap hari oleh kawan2 yang menggunakan Blackberry. Khabar ketika itu Kerajaan sedang memikirkan samada untuk menyekat dan mengharamkan penggunaan Blackberry. Berita yang tersebar ketika itu membuat pengguna Blackberry resah. Manakan tidak, mereka yang menggunakan Blackberry bukan sedikit. Saya tidak lagi dihujani SMS. Saya pasti berita baik ini akan disambut dengan meriah. Apakah ini akan menyebabkan Blackberry lebih mahal? Mungkin tidak. Tetapi yang pasti - bil talipon bimbit akan terus meningkat.

Ada sesiapa yang nak jual Blackberry second hand?

Pic by AAT

1 comment:

Anonymous said...

Bulan Mei Ratu Dangdut Gerudi, Inul Daratista tidak dibenarkan membuat dua konsert di Sabah.

Begitu juga penyanyi sensasi dan seksi Amerika Beyonce Knowles turut di ban dari membuat persembahan.

Macam mana pula artis gay Adam Lambert boleh dibenarkan? Ini dah luar tabie.

Ini akan memberi satu tamparan malu kepada kerajaan Najib Tun Razak. Semasa Anwar sedang dibicara di mahkamah atas tuduhan sodomi, kerajaan mempromosi gaya hidup luar tabie gay .