Saturday, August 1, 2009

Demo tak mungkin hapus ISA

NASIB baik saya di Kuching hari ini. Kawan-kawan yang di Kuala Lumpur memberitahu mereka terkandas teruk akibat demonstrasi jalanan di bandaraya. Mereka yang mendesak undang-undang ISA dimansuh telah berkumpul di tengah bandar untuk cuba menghantar memo ke Istana Negara untuk menguatkan lagi asakan. Beberapa SMS yang saya terima menunjukkan bahawa pergerakan di KL benar-benar terjejas. Susah nak cari makan jika demonstrasi ini berterusan, kata kawan bawa teksi. Kawan yang mengendalikan blog foto, Jinggo, pula mendapat malang apabila kamera mahalnya diragut. "Ada Mat Rempit ragut kamera aku semasa sedang merakam demo tadi. Patah kakilah dibuatnya," keloh Jinggo dalam SMS. Blogger ada merakamkan demo itu dalam blognya. Memang ada beberapa perkara dalam ISA itu yang perlu diubahsuai tetapi saya ragu jika demonstrasi jalanan ini akan dapat membuat sebarang pindaan.

20 comments:

Unknown said...

Boleh..cnthnye isu PPSMI haha..

Apanama said...

Harap-harap Menteri Dalam Negeri yang baru tak goyah dan gundah gulana akibat sandiwara saudara Anwar Ibrahim yang telah menjangkau lebih dari satu dekad pada waktu ini.
Pihak POLIS HARUS BERTINDAK TEGAS dan bukan LEMBIK seperti di-zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui pimpinan negara.
Jangan berpeluk tubuh dan membiarkan Anwar Ibrahim menghancurkan negara tercinta ini.
Cubaan pertama Anwar pada tahun 1998(ketika menghadapi tuduhan liwat pertama) gagal dan kini Anwar sedang mengulangi sandiawara yang serupa ketika menghadapi satu lagi tuduhan 'melakukan sex umpama binatang'.
Saya pasti 'the silent majority of Malaysians' dan peniaga2 di Kuala Lumpur akan amat menghargai jasa pihak Polis, dan jika perlu pihak Tentera, jika Anwar dan tali barutnya yang lain di-tangkap sebelum tunjuk perasaan di-jalanan di-adakan secara besar-besaran seperti apa ytg berlaku hari ini.

p/s Saudara Anwar Ibrahim, you should be ashamed of yourself.

JJ said...

Salam Datuk,

Kalau kita ada saudara terdekat yang ditahan di bawah ISA 6 atau 7 tahun tanpa diberi peluang membela diri atau membuktikan kesalahan kita, baru kita dapat memahami mengapa mereka berdemonstrasi. Undang2 draconian spt ISA WAJIB dihapuskan. Kalau ia diwujudkan oleh British utk membenteras kegiatan komunis dulu kenapa diperlukan lagi sekarang? Untuk membenterskan kebebasan RAKYAT? Atau senjata kerajaan utk menakut-nakutkan pembangkang? Inilah undang2 yg memastikan kesinambungan sistem feudal yg diamalkan oleh pemerintah negara ini!!!! Ya Allah, selamatkanlah mereka yg tertindas di bawah ISA ini tak kiralah apa bangsa dan agama mereka, Amin....

kita anak melayu said...

Ronnie Liu dilantik jadi mufti selangor baru, bacalah di http://kitaanakmelayu.blogspot.com

kalau oprang PAs tak sedar sedar lagi tak tahulah

wahai orang melayu semua bersatulah


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/ronnie-liu-mufti-baru-selangor.html

Unknown said...

Berjaya atau tidak demo, tak penting, yg penting ada orang brani
menyuarakan pendapat nya. demokrasi
memerlukan pengerbanan,bukan senang
utk mengubah mentaliti kelas pemeri
ntah yg dah bertapak 52th,syabas kpd golongan anti isa. tapi dimana pula gulungan pro isa,di mana ibrah
im ali dgn geng, nampak nya brani
bercakap saja,waktu berjuang lari
lintang pukang, mana ideologi,mana
penyukung,atau berani di bawah belaian polis saja.

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Saya berpendapat, ISA ini tidak perlu dipinda apatah lagi dimansuhkan.

Ini kerana, hanya mereka yang benar-benar melakukan salah akan merasa takut.

Saya berpendapat, takutkan ISA ini samalah seperti orang yang memandu tetapi tiada lesen memandu sah. Polis lalu di sebelah, hati sudah gundah gelana.

Pada saya, ISA ini diwujudkan, bagi menjaga ketenteraman awam di negara kita yang tercinta ini.

Kesannya masih dapat dirasai hingga kini. Adakah negara seperti Singapura dan Malaysia merasai tragedi pengeboman di tempat awam seperti di negara-negara jiran yang kononnya 'mengamalkan kebebasan bersuara'?

Kita perlu sedar, gerakan memansuhkan ISA ini didalangi golongan tertentu yang dahagakan kuasa pemerintahan tetapi masih gagal dalam cubaan mereka.

Lalu mereka mengusulkan bermacam-macam benda yang menjengkelkan dan boleh mengakibatkan negara kita ini punah. Selepas tiada lagi kestabilan, maka dengan senanglah mereka merampas kuasa.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, setakat ini walaupun ada ISA, bukan ratusan ribu yang dipenjarakan mengikut akta yang didakwa 'Draconian' itu. Masih ramai yang boleh menjana pendapatan, masih ramai yang bebas bergerak ke sana-sini dengan bebasnya. Mungkin ramai yang tidak sedar sumbangan ISA itu kepada kita selama ini.

Berdemonstrasi tidak akan menyelesaikan apa-apa. Sebaliknya ia akan memparahkan lagi masyarakat. Contohnya, dengan demonstrasi, perniagaan ditutup, jalan sesak, pelancong takut datang, hinggalah kepada pembaziran masa dan minyak akibat kesesakan lalulintas.

Lebih baik kiranya, kita sebagai warga Malaysia, memikirkan bagaimana hendak memajukan negara kita ini. Lebih baik gunakan masa yang ada untuk bagaimana merekacipta sesuatu yang baru, pembelajaran yang lebih melonjakkan anak-anak kita menjadi bangsa yang maju, serta bagaimana untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk memperkasakan ekonomi keluarga. Bukankah itu yang lebih baik?

Orang lain hanya bertepuk tangan jika negara kita porak peranda. Tidak ada sesiapapun akan membantu kita dengan ikhlas, jika negara kita mundur dan kacau bilau. Janganlah kubur kita nanti diludah anak cucu kita, kerana kita tidak pernah memikirkan nasib mereka dan masa depan mereka.

Sekian.

Yang cintakan keamanan

KAMARUL BAHRI BIN ABDUL KADIR
Bukit Subang,
Shah Alam.

tok parit said...

Datuk,

Satu kajian mesti di buat olih pihak NGO yang bebas dari pengaruh mana mana parti politik bahawa ISA di gunakan hanya untuk meyelamat kan Negara. Cuba bukikan dengan fakta tomahan yang mengatakan ISA digunakan untuk menekan pembangkang adalah dahyah politik semata mata.

Terangkan secara teperinci bila akta ini gunapakai , kepada siapa dan mengapa (mana mana yang tidak mengugat keselamatan Negara). Pembangkang seharus nya lebih telus dengan memberi misalan bila mengatakan ISA menekan mereka.Pihak Kerajaan pula mesti memberi jawaban yang tindakan di ambil tidak dapat di elakkan untuk mengelamat kan Negara.Sesungguh kita semua mestilah akur keselamatn Negara tidak bolih di kompromi.

Kalau Pakatan Pembangkang memerintah pun mereka tidak akan berkompromi dengan keselamatan Negara.Saya rasa dalam hal ini niat adalah yang paling mustahak.Raayat mesti diberi informasi yang sebenar supaya mereka dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

search said...

Cubala wat demo di kawasan yg jauh dr shopping complex.. or tumpuan org ramai.
Kesian pada budak2 kecik yg terkena tear gas...

kita anak melayu said...

saya sedang mulakan kempen: Saya dikhianati Anwar

tujuanny abagi menangkis saman yang ditujukan kepada Utusan Melayu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

kalau kita semua kata kita dikhianati sudah tentu saman beliau akan dibuang kes kerana ianya bukan fitnah lagi, ianya adalah sentimen rakyat

untuk lebih lanjut dan untuk mengambil logo sila ke

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/aku-dikhianati-anwar.html

bakmaipungkoq said...

Saya amat sedih melihat bagaimana orang melayu begitu mudah dipermain2kan pemikiran mereka dgn isu2 remeh yg tidak membina berbanding penyatuan bangsa dan memertabatkan agama yg kita junjung ini. Mereka hanya mematuhi gaya berpakaian muslim tetapi cara berfikir mereka belum lagi saperti yg dituntut islam. Mereka mudah diperdaya oleh orang2 politik yg berkepentingan yg hanya mempergunakan mereka untuk mencapai matlamat mereka. Mana pemimpin2 politik yg jafi mahaguru mereka. Mereka hanya bersama2 buat seketika (takut ditangkap) kemudian menghilangkan diri dan membiarkan "bahalul2" tu merusuh. Jika nak ikut cara nabi, kenapa tak ikut bersama2 biar bersama2 "menikmati" water canon dan asap gas pemedih mata. Jika nabi, baginda bersama2 berjuang dengan pengikut2 baginda -bermandi darah bersama2. Mana pemimpin anda? Sedang anda "tersiksa tidur duduk tanpa baju dan makan nasi berluakkan ikan masin didalam lokap", pemimpin2 anda enak2 sahaja tidur ditilam empuk dan bilik berhawa dingin dirumah. Jika kita panggil mereka ini "bodoh dan dipergunakan" mereka marah dan memberi pelbagai "hadith" yg diputarbelitkan bagi menyokong tindakan mereka. Memang biarkan pak pandir terjun dengan labu2nya.

Satu lagi, mana kaum2 lain yg hanya berpeluk tubuh dan mentertawakan kebodohan "orang2 melayu ini", solat ditengah jalan berpura2 menunjukkan konon2 "alim" tanpa menyedari sebenarnya tingkah laku mereka itu hanya memburukkan lagi pandangan agama lain terhadap islam yg syumul ini. Kesyumulan islam "dirosakkan" manusia2 yang gagal berfikir saperti "manusia" ini. Kamu lain hanya mempergunakan mereka. Mereka hanya bising jika kamum mereka ditahan. Setelah dibebaskan, mereka senyap. Mereka sebenarnya sukakan ISA ini kerana akta ini lebih memberi perlindungan kpd mereka. Lihatlah sekarang, bangsa apakah yg ramai berada disana? Kaum mereka hanya menginap seketika sahaja disitu. Mereka yang bising2, anda yg bersikap bodoh piai "mengorbankan diri" bagi pihak mereka.

Anda fikirlah secara logik, mudahkah akta itu dihapuskan begitu sahaja? Guna akai lah sikit. Hanya segelintir yg ditahan tetapi membahagiakan berjuta2 penduduk. Namun kita minta kerajaan perlu jujur dalam melaksanakan akta ini dengan penuh kewibawaan. Jangan sekali2 menyalahgunakannya, kerana mahkamah Allah tidak pernah lalai menghukum manusia2 yang mendatangkan kerosakan dimuka bumi ini.

Azry Hisham said...

Datuk,

By organizing the demo in the city clearly indicates that the organisers are looking for greater mileage. They do not care about public safety nor are they bothered with what happens to the business community and shoppers who patronise the shops in the vicinity. What is important to the demonstrators is that they achieve their goal of causing public disorder!!

From the outset it is evident the said demonstration is politically motivated. They want the government to ban ISA and yet they are the same people who wants Chin Peng to be allowed to return to Malaysia! If the excuse is there are people who family members who had been detained under ISA for several years then what about the feelings of those whose family members were either brutally murdered or maimed caused by Chin Peng and gang??

The government already announced the changes that were to be made with regards to ISA so why the need to demonstrate if not for personal and political gains. Worse of all it creates unnecessary tension and fright especially among the tourists. Mind you this is the tourist season....in other words what the demonstrators are trying to potray is that Malaysia is not a safe country to visit!! Thus the demonstration is well timed to create havoc so that words gets around that Malaysia should be missed and not a safe tourist destination. These are effects which some people either are ignorant of or refuse to accept the facts.

My fervent hope that Malaysians becomes more rationale in their thinking and not succumbing to the herd mentality!!

Anonymous said...

Tak terfikirkah mereka-mereka yang melakukan demonstrasi jalanan ini sebenarnya membuang masa, menyusahkan dan dikutuk oleh orang ramai khususnya mereka-mereka yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Adalah lebih baik sekiranya memorandum tersebut diserahkan melalui saluran yang betul dengan kerjasama pihak berwajib.

CSWK

zainal mohd jais said...

BUDAYA BARBARIAN INI PERLU DISEKAT

Apa saja alasan yang diberikan oleh Anwar dan sahabat-sahabatnya, tindakan membawa penyokong ke jalanan, dan membakar semangat pengikut supaya berperangai seperti orang tidak bertamadun, berarak, memekik, memaki hamun, merosakkan harta benda awam, adalah satu perlakuan barbarian, terkeluar dari ciri norma Melayu, malah manusia yang waras dan berpendidikan.

Ia suatu cermin kepada tingkah laku manusia yang gelap hatinya, dan buntu akal fikirnya, tiada kredibiliti dan kreativiti untuk merungkai persoalan. Lalu kerana kedangkalannya itu, dia memilih jalan pemberontakan fizikal.

Bahawasanya berasa puas, bangga dan rasa berjaya setelah melakukan keganasan dan berperangai rebel dan barbaric; adalah salah satu ciri manusia psiko yang sedang cuba disebarluaskan. Dan ini sangat merbahaya bagi masa depan bangsa dan negara.

Lihat saja pengalaman di India, Pakistan, Filipina, Indonesia, atau Thailand. Mungkin ada kes di mana sama ada secara kebetulan atau benar, matlamat yang diperjuangkan tercapai dengan pendekatan barbarian itu. Namun kebanyakannya menemui kegagalan.

Pengikut yang dibakar semangatnya tidak sedar yang bagi pemimpin mereka, gagal atau jaya tujuan yang dilaungkan itu langsung tidak penting. Yang sangat dipentingkan ialah ia berjaya menyusahkan barisan yang ditentang, dan berjaya meyakinkan lebih ramai calon pengikut, bahawa ia berada di pihak yang benar dan di pihak yang kuat.

Yang sangat merbahaya ialah, bila segolongan rakyat, walaupun kecil, berjaya ditanam dengan pemikiran barbaric ini, seluruh negara kita akan terperangkap dalam krisis berpanjangan, yang bakal menghancurkan kita semua. Mereka akan menukar tingkahlaku sesat dan buruk itu sebagai naluri, sehingga satu ketika nanti, mereka sanggup turun MEMBERONTAK DI JALANAN HANYA KERANA HARGA BELACAN NAIK 10 SEN.

Kita akan menjadi seperti beberapa negara lain yang sentiasa bertukar pemimpim, bertukar pemerintah, tidak stabil, menakutkan pelabur dalam atau luar. Kita akan terus terperangkap dalam SENGKETA DAN PUSINGAN POLITIK PARIAH YANG BERPANJANGAN.

Anonymous said...

Whether one is free or has a right to demonstrate in such a fashion has to be determined by the effects of one's actions.

If the effects are detrimenal to public order and life, then those rights cannot be rational. Such concepts of freedom of action are formal, negative and devoid of any sense of history.

Further, isn't the course of winning sufficient seats in the next parliament to be able to carry out whatever their agenda is on the ISA not available to them?

History is replete with undemocracy in the name of democracy!

-Praxis

kita anak melayu said...

Guys I am tired of hearign PAS people tellign me that Umno is unIslamic, read a very nicely written alternative viewpoint here..

Umno's Islam is closer to the spirit of the Faith


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/islam-cara-umno-lebih-berpandangan-jauh.html


also ada news tentang Blogger Patriot tawan Selangor

Noh Omar gave some pertinent reminders during the launch - got videos one

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/selangor-lancarkan-program-blogger.html

kamalfnd said...

To',

bahkan yang berdemo juga tidak kenal siapa CC Too atau Robert Thompson! Aduhai, bercakap soal negara tapi sejarahnya mereka buta!

apa komen Datuk?

borhan said...

Memanglah kalau pihak yamg berkuasa bersikap "aku yang berkuasa,aku boleh buat apa yang aku suka". tetapi sikap ini menunjukkan sikap keangkuhan yang melampau dan bukanlah pekerti yang terpuj dan disanjung tinggi.
Umumnya diketahui apa itu ISA yang kelihatannya selalu digunakan untuk tujuan keselamatan kerajaan memerinmtah dan bukannya keselamatan negara.Parti manapun yang memerintah selagi ia masih mempertahankan akta ia tetap tidak boleh diterima.
Polis sepatutnya menjadi pemudahcara untuk membolehkan pihak yang tidak bersetuju dengan ISA mengadakan protes secara aman - menguruskan lalulintas, membuka laluan supaya perarakan bejalan dengan aman - bagi membolehkan mereka menghantar memorandum mereka kepada SPB yang Dipertuan Agung. Jadi apa masalahnya, kenapa perlu dihalang rakyat untuk menghantar memorandum kepada YDP Agung. Ada hak untuk 'access" kepada YDP Agung itu ada hak istimewa pihak yang berkuasa sahaja.
Sikap polis lebih mencerminkan amalan dalam yang dilakukan oleh polis dinegara China dan Korea Utara. Tentu sekali ini bukan amalan dinegara Eropah atau Amerika Utara.

Anonymous said...

dato,

Pohon laluan.

Sokong demo diharamkan. tapi kita kena ingat bahawa tiada kerajaan selama-lamanya kekal ditampuk kuasa.

katakan satu hari nanti UBN jadi pembangkang. Jangan kata mustahil, ciri-cirinya telah nampak.

apakata nanti kerajaan pada masa itu guna akta polis tak beri kebenaran UMNO nak buat perhimpunan. tak ke parah.

jangan kata zalim pada masa itu. Sekarang ni program pembangkang yang dibuat dalam bangunan persendirian pun polis kacau.

Itu adalah suatu keadaan yang ekstrem tetapi tidak mustahil. apa tah lagi masa tu, UMNo nak buat sebarang bantahan depa pi hantar FRU untuk halang.

jadi rasionallah sikit kita dalam menilai. jangan masa tu dok sebok bertempik hak dibawah perlembagaan pulak seperti pembangkang dok bertempik sekarang.

sekadar ingatan. satu perangai melayu ni - bila dok diatas, dok perasan tak akan turun kebawah sampai bila-bila.


bat8

sf said...

pitty jinggo...he took good pics during the hot air balloon fiesta

with regards to demo on isa...

DONT WASTE YR TIME & MONEY

ISA will be there... government will not defunct it for 'security' reasons but i guess a commission will be set up to study the detainees profile and to re visit the policy in ISA

if the opposition {or the second gov (since they ve taken 5 states..oopps 4 now)} take control of the country IF they were to demolish the ISA they will just introduce a new version of ISA...

so..

current gov of malaysia... do what best for the country and not for individuals

Anonymous said...

Sdr Borhan mestilah berlaku lebih adil dengan memberikan klu klu di mana Kerajaan telah mengunakan ISA untuk keselamatan nya saja dan bukan keselamatan NEGARA.

Jangan Sdr menulis mengikut emosi dan andaian saja. Kita kena sama sama beringat akan pesanan beringat sebelum kena dan berjimat sebelum abis