Wednesday, April 15, 2009

Terengganu kite bergolak pulak dah!

APA PULAK CERITA TERENGGANU KITE NI? Saya ketawa berdekah-dekah bila menengok beberapa Wakil Rakyat Terengganu duduk dalam bilik hotel. Saya tak tahu bilek hotel mana mereka berkumpul tapi masing-masing main dengan talipon bimbit seolah-olah mengikuti perkembangan dunia melaluinya.

Sekarang semua orang dah tahu kisah Terengganu ni. Kononnya beberapa orang Wakil Rakyat menerima SMS yang mereka kata berunsur ugutan. Oleh yang demikian mereka menguzurkan diri dan tidak hadir di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Gambaran yang saya dapat ialah Wakil Rakyat ini mungkin merasa mereka terselamat dari sebarang ugutan terhadap nyawa mereka jika mereka "menyorok" dalam bilik hotel. Dalam hati kecil saya, mesti ada antara mereka atau kawan-kawan yang memakluman kepada stesen TV untuk membuat liputan.

Dan bermulalah tuduh menuduh; cabar mencabar; kata mengata. Lumrah politik Pak, kata Mat Indon kepada saya di kedai kopi. "Kalu di tempat saya, ini cuma mainan aja..." katanya tanpa diminta pandangan.

Ketidakhadiran mereka di Dewan Undangan menyebabkan kerisauan yang amat besar di kalangan pemimpin Umno, menyebabkan PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menasihatkan mereka hadir di dewan kerana itu tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam politik, nasihat dari PM sebenarnya ialah arahan. Jangan pula ada Wakil Rakyat tak faham atau sengaja buat tak faham. Jika Wakil Rakyat yang duduk di bilik hotel yang mencari ketenangan atau keselamatan tidak juga hadir di Dewan Undangan, ini bermakna mereka tak dengar cakap Big Boss mereka.

Isu ini pun ada andaian juga:

1 - mereka rasa mereka benar-benar diugut dan nyawa diancam;

2 - mereka percaya mereka selamat berada dalam bilik hotel bersama rakan-rakan lain;

3 - mereka cuba menakutkan MB Datuk Ahmad Said yang mana beliau menjadi MB atas permintaan Istana;

4 - mereka ingin MB melutut dengan mereka dan tunjuk kekuatan yang ada dengan mereka;

5 - sepanjang Ahmad menjadi MB beliau belum dapat mengemblingkan tenaga Wakil Rakyat BN-Umno sebagai satu pasukan yang padu dan seia sekata;

6 - ada permainan politik yang berniat jahat;

7 - mereka "over confident" dan salah congak.

Apapun yang berlaku, Terengganu bukanlah satu negeri jajahan BN-Umno yang kukuh dan padu. PM Najib dan timbalannya TS Muhyiddin Yassin perlu mententeramkan keadaan secepat mungkin dan dengan tegas. Isu ini bukan bermotif "acah aje."

2 comments:

Anonymous said...

Sdra,

Orang umno Terengganu ni tak reti bahasa ke? Umno baru aje buat perubahan pucuk pimpinan. Dah ada boss baru. Ngape terus bagi dia problem? Ha sekarang baru tau! Boss dia bagitau suruh hadir sidang Dewan! Kalau tak engar cakap memang nahas lah..

Syabas Dato Najib!

Ali Bkt Jalil

Da Real Deal said...

Sekarang,kumpul fail2 orang2 ini dan gunakannya untuk menentukan mereka tidak sabotaj parti lagi dengan tingkah laku mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Cari dalang diantara mereka dan ambil tindakan disiplin dalaman seperti potongan setengah bulan gaji selama 6 bulan atau lain asalkan dalang ini dihukum. Jika beliau memberontak atau hendak cuba sabotaj lagi, dakwa sahaja menggunakan bukti2 yang ada dalam fail mereka ini. Wakil2 rakyat sudah mula naik kepala dan tidak mengutamakan parti lagi. Itulah yang bangsa2 lain dan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kita.