Monday, April 27, 2009

PM tak perlu ajak menteri jalan-jalan




SAYA MAHU mencadangkan sedikit perubahan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam siri "jalan-jalan" beliau. Istilah yang digunakan ialah "walkabout" yang bermaksud bersiar-siar dengan tujuan meninjau keadaan di mana beliau melawat.

Saya fikir jalan-jalan ini akan menjadi lebih berkesan jika Perdana Menteri melakukannya dengan senyap dan tanpa pengetahuan menteri lain. Juga ada baik jika siri jalan-jalan ini tidak disertai ramai wakil dari media massa. Sebab-sebabnya mudah dan seperti berikut:

1 - Jika PM turun dengan senyap tanpa diiringi menteri lain, beliau boleh melihat sendiri keadaan dengan lebih teliti sambil membuat penilaian samada ahli jemaah menteri buat kerja atau tidak.

2 - Memadai jika Najib turun dengan kamera dan mengambil sendiri gambar sebagai bahan bukti keadaan yang beliau fikir perlu diberi perhatian atau diperbaikki.

3 - Ada baiknya jika PM mengajak hanya seorang wakil media dengan syarat wakil itu tidak pula memaklumkan kepada rakan yang lain. Dalam istilah persuratkhabaran, wakil media itu akan mendapat liputan ekslusif.

4 - Mungkin memadai PM pergi ke hanya satu tempat dan meluangkan cukup masa dengan beramah mesra dengan pengusaha atau penduduk kawasan yang dilawati.

Saya yakin jika Najib melakukan ini, jemaah Menteri dan pegawai kerajaan akan bekerja dengan lebih keras. Bak kata pepatah Inggeris - keep them on their toes (bikin mereka sentiasa waspada untuk rajin bekerja).

Nota: Gambar-gambar ini dirakam di Natrabu, restoran nasi padang terkenal di Jakarta. Dua jejaka yang mendampingi PM ialah sukarelawan dan ketua pegawai operasi Yayasan Salam.

27 comments:

Anonymous said...

Rasanya u ni dah kehilangan deria melaporkan berita....memang Najib hanya ajak Bernama sahaja...cuma TV adalah TV3 dan RTM...takkan itu pun tidak boleh....dalam kesibukan sebagai PM, beliau luangkan masa turun banyak tempat...bagilah pujian dari segi itu, bukan cari kelemahan dalam benda baik.

Ahmad A Talib said...

Anon,

TK atas komen.

Saya setuju sangat PM pergi jalan-jalan ni. Boleh mendatangkan banyak kebaikan. Tapi tak perlu dijadikan jalan-jalan tu macam satu show. U mungkin tau pemimpin yang terdahulu pun buat gitu. Malah, ada mantan PM yang turun senyap-senyap memandu kereta Perodua Kancil meninjau projek.

Nasionalis said...

Setuju Tok.

Buat surprise lagi bagus. Bila sempat, pergi tempat2 lain sekali. Permatang Pauh pun tak ada hal.

Put the whole country on their toe.

P/S Untuk memudahkan browsing blog2 yang banyak sekali, sila mampir ke blog aggregator saya.

Blog dato pun dah ada.

Unknown said...

salam
DS Najib mengadaptasi cara pentadbiran Sultan Alauddin Riayat Shah.Saya mengerti apa yang saudara cuba sampaikan.
Lebihkan turun padang tanpa perlu liputan media. Biar rakyat sendiri yang tahu, khuatir excessive exposure of media akan memberi reaksi negatif.

sf said...

agreed...

got few tamil film that he can take as example where rajni kant or the 'PM' turun padang and do exactly what u suggested... cant remember the motvie title but so many Lah...

Anonymous said...

Hilang deria? Heheh...rasanya deria media kita yg dlm "overdrive". Dlm berlumba2 nak menonjolkan deria berita masing-masing, mereka lupa kebanyakan rakyat meluat disogokkan membaca/mendengar berita sebegini saban hari. Buktinya? Circulation takde improvement sgt kan?... dan akhirnya, pemimpin jugak menerima padah.
Biasalah, media kita suka sgt mengkritik tapi sgt tak tak suka dikritik.

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

Saudara Ahmad, Assalamualaikum!

Saya setuju dengan saranan saudara itu. Saya berharap agar PM kita meluaskan lagi acara "jalan-jalan"nya ke pejabat-pejabat kerajaan pulak.(saya bertugas di pejabat kerajaan). Tengok suasana kami bekerja. :-)

Pn. Azi

Author said...

Datuk,
Saya fikir ada rasional PM ambil langkah berkenaan.Perlu bawa Menteri untuk memastikan tindakan dapat dilaksana dengan cepat tanpa perlu dibawa ke Mesyuarat kabinet.

Apa yang perlu kita lihat ialah impak yang tindakan yang diambil oleh pihak2 yang menerima teguran dan arahan untuk memperbaiki keadaan dapat dilaksanakan dengan cepat atau lambat.

salam.

Geng Samudera said...

Salam Pak Talib,

Mmg ada benarnya kata Pak Talib tuh.
Najib kena jadi ala-ala zorro skit.

Baru boleh tau menterinya keje atau idak....masuk pejabat kul berapa..
Pergh..dah mcm budak skolah dah,guru besar pusing keliling sekolah buat inspection.
Patutnya,takyah buat camtuh sendiri mau ingat lar...

Aper daaa...

Sang Pangeran

Anonymous said...

Syabas kepada DS Nahib kerana mempunyai inisiatif bagi memastikan semua menteri buat kerja.

Saya setuju dengan Encik Ahmad Talib.Kalau boleh publisiti janganlah over2 sangat.takut matlamat sebenar tak dapat dikecapi.

kepada Geng Samudera,

nak buat macam mana.Terpaksalah DS Najib jadi ala2 guru besar sikit.Semoga inisiatif ini bukan hangat2 tahi ayam..

nasidagang said...

Saya setuju dengan pendapat Datuk. Untuk mengelakkan lawatan PM menjadi seperti satu 'show'. Rakyat lebih suka dengan pendekatan low-profile dan senyap-senyap.

http://www.nasidagang.com

budak-kom said...

salam.setuju dengan cadangan datuk tu.dulu kalau ada yang pergi pun tak payah bawa menteri.kalau bawa menteri memang ada yang dah buat kerja ad hoc kat depan..sbb menteri tahu pm nak pergi mana

budak-kom said...

mungkin juga dsn boleh contohi tun dr mahathir dalam hal ini..dia pergi jalan tak bawa menteri.meeting cabinet siap ar bila tun bawa kuar buku kecik dia.jadi dia tahu n sampaikan benda ni.jangan ingat tun tak cek balik.dulu samy vellu pernah tun bagitau ada tiang senget kat kuala lumpur.meeting cabinet lepas tu, tun bagitau lagi yang tiang tu tak betulkan lagi.jadi nampak tak tun ada check n re-check.sbb tu ramai menteri kabinet zaman tun segan kat tun.bukan tun lah ar...

Eljay said...

Tak salah kalau menteri atau pegawai tinggi kerajaan ikut serta tapi jangan berlebihan.Sepekara lagi janganlah nampak PM dikepong oleh menteri dan pegawai2 tinggi yang mengekorinya.Bagi peluang rakyat boleh lebih menghampiri PM. Macam lawatan beliau ke Puduraya tempoh hari.Bagilah peluang peniaga2 disitu duduk semeja dengan PM supaya mereka dapat berinteraksi terus dengan PM. Menteri dan pegawai2 berdirilah dibelakang. Ini tidak, menteri dan pegawai2 yang nampak tak boleh berenggang langsung dengan PM.Macam mana peniaga2 tu nak bercerita dengan PM dan macam mana PM nak tahu masalah peniaga2 tu on the spot. Adakah menteri dan pegawai2 tu yang bercerita masalah peniaga2 disitu dan peniaga2 hanya mendengar saja.

TPJ said...

Spot on Dato'!

DIa nak tengok2, sementara menteri dengan kakitangan kerjaan yang ikut menyebok sambil bercakap2 menghampu sehinggakan beliau tak dapat nak berbual2 dengan usahawan dengan sempurna.

Lagipun, UTK pakai bush jacket aje dah kira berbelas2 orang berjalan dikelilingnya itu. Kalau nak naik LRT umpamanya, dengan berpuluh2 orang ikut mengeremuni beliau, ianya bukannya hendak menyenangkan rakyat, ia menyusahkan lagi pengguna2 LRT itu yang terpaksa menunggu the next train.

PM patut ikut macam Tun buat dulu semasa beliau PM...hari Ahad naik 4wheel drive, pergi ke tempat2 utk tengok tanpa menghantar signal. Org akan perceive this as menunjuk2kalau ramai2 yang pergi.

Tun took pictures and travelled alone. Lepas tu masuk office on Monday panggil Dato Bandar and gave him a grilling.

Ada satu masa tu, Guard tidak benarkan dia masuk dalam kawasan semasa pembangunan airport di jalankan kerana tidak mengenali siapakah Tun di waktu itu sebagai PM. Beliau tak masuk dan tidak pun memarahi guard yang menjaga kerana orang itu menjalankan tugasnya.

Itulah yang menyebabkan orang sayang kepada BN waktu itu.

Goh Wei Liang said...

Betul juga cadangan ini. Saya percaya DS Najib akan bersama rakyat lagi dan melihat sendiri masalah di negara.

Semoga DS Najib dapat membawa Malaysia ke zaman/era yang dinamik dan cemerlang sekali lagi.

Anonymous said...

Itu bukan namanya lawatan tapi cari publisiti namanya.

Biasala org baru jadi nak tunjuk baik la cuba tengok sikit lagi.

Lakonan mesti mantap supaya audien akan terkesima.

Walhasil balik asal juga akhirnya. Masalah tak selesai juga. Pi mai pi mai tang tu juga.

Susah bila dah tercalar...org payah nak percaya lakonan tu.

Setakat spin akhbar sampai bila nak harap.

add

Mahmud Yussop said...

Salam Datuk,
To me if Najib wants to show his quality of leadership by way of walking around (MBWA)it must be perceived as inspiring the followers not to put fear in them e.g. being bossy.Well, rakyat will KPI him with powerful votes of No or Yes when the time come. Rakyat is watching him ,too.

Anonymous said...

Tahniah Dato di lantik sebagai penasihat NST. baca rocky bru.

manletih said...

Najib tu perdana menteri. Nak turun bukan boleh suka2. Zaman selsema babi ni, ramai yang perangai macam gila babi. OCPD pun kena samun.

Kalau rakyat sendiri asyik komplen dalam kopitiam atau tepi jalan, macamana masalah nak selesai. Belajar ikut saluran yang betul.

Zaman nuar ni, wakil rakyat dalam penjara pun diundinya.

Gunalah fakta dan akal.

Apa, selama ini tiada seorang pun yang dalam kabinet tidak tahu tentang masalah Plaza Rakyat?

*manletih*

Anonymous said...

Biasalah, new broom katakan. Najib jalan ke Brickfields tapi Brickfields macam tu jugak. Sampah, lalulintas teruk, orang parking sampai di tengah jalan, restoren depan nampak cantik, belakang alahai. Balai polis tak sampai satu km, tapi tak pernah saya nampak polis keluarkan saman. Kalau Tok Najib jalan-jalan ikhlas, kita sokong tapi kalau setakat mencari publisiti murahan, tak usahlah. Rakyat sudah banyak rasa tertipu, jangan kecewakan mereka lagi. Silap-silap PRU ke-13 nanti, parah beb.

Kampung Kastam, Brickfield

fariq said...

akum dato,

saya setuju dgn saranan dato... pm patut turun padang senyap senyap... tanpa menteri atau pegawai atasan kementrian... buat mcm tun mahathir dulu.. just the small notebook in his pocket. and blast it off in the cabinet meeting..

Anonymous said...

Dato,

Saya nak komen hal ini selepas tengok DS Najib akhir-akhir ni. Nampaknya dia sirius. Dia tak buat sekali dan berhenti lepas satu atau dua lawatan. Bila dia arah pegawai berkenaan siapkan plaza Rakyat, saya rasa gembira sekali. Menang dia betul-betul pemimpin yang perihatin. Syabas DS Najib! Hidup anak Pahang!

Sg Kuantan

Hadi said...

Salam,
Saya sokong cadangan Tok Mad. Memang sepatutnya PM turun padang tanpa di'highlight' umum.. maka dengan itu ape2 yang cuba 'diselindungkan' akan terbuka insyaAllah.. dengan itu baru tahu dapat rasai apa yang rakyat kena selama ini.
Ia macam tokoh islam iaitu sahabat RasululLah saidina Umar AlKhattab dan Umar Abdul Aziz. jika ia buleh diadaptasikan dan bukan hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga', insyaAllah akan mendapat impak posotif dari rakyat.

Cume masalahnyer sekarang adalah buat atau tidak.

Unknown said...

Memang bagus Najib turun. Boleh tengok sendiri siapa buat kerja atau tak. Tak payah tunggu report dari pihak yang berkenaan.
Pasal liputan pun tak payah. Najib boleh bawa kamera sendiri. Beliau mempunyai blog sendiri. Apa yang dia fikirkan tentang lawatan dia tu dan gambarnya sekali bloeh dimuatkan dalam blog itu. Pegawai kerajaan atau menteri2 lain tak payah ikut.
rasanya lawatan tu adalah untuk menilai kerja yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berwajib. Biar Najib sendiri dengar masalah rakyat, bukannya melalui report pihak berwajib dan report media.

paknikmuring said...

salam
saya sangat bersetuju dgn cadangan/pandangan dato tentang pergerakan @ program jalan jalan yab pm. sesekali hendaklah dikendalikan secara sendirian. ambil saja iktibar dari khalifah umar al khatab yang berjalan malam dan mendapati ada seorang ibu sedang rebus batu untuk menenangkan anaknya yang kelaparan dek kerana bapa budak itu@suaminya yang keluar bertugas menjalankan tugas kerajaan. kiranya dihebahkan, maka pastinya tidak akan dapat menilai sendiri bagaimana angkara dibumi nyata.teingat jua kita sewaktu bersama mengerjakan ibadah umrah pertama bersama sdr@masa tu belum dato lagi...selepas kita sama berada di mesir dan dlm perjalanan selepas itu, kita turut mengerjakan umrah...mungkin dah lupa kot ! tak mungkin.

Ahmad A Talib said...

Ya Mohamed,

Tak mungkin dapat saya lupakan umrah pertama yg kita kerjakan semasa pulang dari Mesir. Kenangan tu manis sekali. Banyak pengajaran bagi diri saya. Perjalanan kita singkat tetapi penuh makna. Moga2 Mohamed sihat dan sejahtera. InsyaAlllah, kita bertemu di masa mendatang. Sama-sama kita doakan kesejahteraan negara tercinta. Salam