Friday, April 3, 2009

Saf ampoh PM baru dinanti-nantikan


DALAM BEBERAPA HARI LAGI, senarai barisan Kabinet Perdana Menteri kita yang baru akan diumumkan, InsyaAllah. Selesai sudah majis perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai PM yang ke 6, rakyat kini menunggu saf yang ampoh dan berintegriti yang diharap akan membawa negara ke tahap yang meyakinkan dari sudut politik mahupun ekonomi.

Tidak berapa lama duhulu, kita duduk di hadapan peti televisyen melihat perlantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang hari ini bergelar Tun) sebagai PM yang ke 5. Harapan negara pada ketika itu ialah satu masa depan yang cemerlang dan gemilang, tetapi kita semua tahu bahawa ianya tidak kesampaian.

Kemenangan besar pada pilihanraya umum 2004 memberi mandat yang kukuh kepada Abdullah. Tetapi kegagalan untuk mempertahankan kemenangan besar itu pada 8 Mac 2008 akhirnya menjadi punca Abdullah terpaksa turun dari tampok pentadbiran dan menyerahkan kuasa kepada Najib.

Hari ini, Najib mewarisi beban dan tanggongjawab yang akan menguji kebolehannya sebagai pemimpin politik dan pentadbir negara. Minggu lepas, Najib mengambil alih kerusi presiden Umno dan rata-rata, ahli Umno bersetuju bahawa Najib mempunyai cukup "ilmu" untuk menjadi nakhoda parti yang berkesan.

Ujian yang tidak kurang besar bermula hari ini. Ucapan Najib di perhimpunan Umno minggu lepas berjaya menyuntik semangat baru kepada Umno. Dalam sehari dua ini, kita tunggu pula saf Kabinet yang baru untuk meneruskan kerja-kerja pentadbiran kerajaan.

Perlantikan anggota Kabinet ialah tanggongjawab PM semata-mata. Tidak ada pungutan suara dari rakyat, kecuali dalam pemilihan pada PRU yan lepas. Ini bermakna, PM boleh melantik sesiapa saja yang difikirkan layak untuk membantu beliau dalam jemaah yang paling tinggi dalam negara.

Kita harap Najib memilih individu yang benar-benar berkebolehan. Gandingan baru dan lama biasanya akan memberi kesan yang baik jika menerima bimbingan yang wajar. Maka di sinilah ketokohan Najib akan diuji. Sebagai nakhoda, beliau akan menentukan samada negara akan keluar dari ribut yang melanda dengan selamat atau tenggelam di bawa arus.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Dato'

Ramai orang kata najib akan gagal jika dia memilih biawak hidup menjadi jemaah kabinetnya yang diketahui umum memenangi PAU lepas dengan politik wang.

MAHANOR SALEHA said...

live cam, virtual tour of Bukit Selambau, click below

http://selamba-u.blogspot.com/

Anonymous said...

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak

-azienmat-

Unknown said...

Semoga beliau diiringi doa rakyat utk membuat pilihan yang tepat ...

terubuk jantan said...

tok,
harap2 mukhriz terpilih