Monday, April 13, 2009

Bank Rakyat, SME Bank - siapa penjaganya?

JIKA JEMAAH MENTERI tidak memberi keterangan penuh dan segera mengenai beberapa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ia akan menimbulkan pelbagai soalan dan andaian.

Setelah PM Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan saf jemaah menterinya dan pembubaran dua kementerian Khamis lalu, sebahagian ahli perniagaan Melayu masih tertanya-tanya kemanakah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu usahawan Melayu.

Antara agensi yang dimaksudkan ialah UDA, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat dan SME Bank. Jika penjelasan segera tidak dibuat, ia berpotensi untuk menjadi isu yang lebih besar dan mungkin dijadikan isu politik.

Pengurusan agensi berkenaan juga tertanya-tanya kementerian mana yang akan mengawas operasi mereka. Ada pihak tertentu yang berpendapat bahawa ketiadaan penjelasan yang memuaskan mungkin disebabkan oleh "terlepas pandang" semasa pembubaran dua kementerian berkenaan.

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini bahawa satu penjelasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Pemerhati politik pula berpendapat bahawa jawapan ini menunjukkan bahawa Kerajaan belum dapat memberi jawapan yang memuaskan perkembangan ini. Seelok-eloknya, jawapan hendaklah diberi sebelum akhir minggu ini, setidak-tidaknya selepas mesyuarat jemaah menteri yang pertama dibawah pentadbiran Najib.

5 comments:

Anonymous said...

Lagi2 perniaga melayu.dah bosan dengan melayu lah.sekarang dah 1malaysia dan agensi melayu patut ditutupkan dan convert jadi agensi untuk semua.
najib dah nak jadi anwar,buat untuk rakyat dan bukan hanya melayu

Anonymous said...

Pembubaran Kem Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)pada hemat saya merupakan satu kesilapan serius. Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang sebaiknya.

Jika dilihat dari sejarah,MECD dahulunya ialah Kem Perbadanan Awam (Min of Public Enterprises)yang wujud sejak tahun 1970an lagi. Agensi-agensi yang diletak dibawah Kementerian ini termasuk UDA, MARA, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri seperti PKNS, PKNEJ dan kemudiannya agensi seperti Bank Kerjasama, Biro Angkasa, PNB, Tekun dsbnya. Satu ketika ITM juga dibawah Kementerian ini. Fokus Kementerian tersebut ialah untuk membantu membangunkan komuniti niaga bumiputra. MECD (hanya pertukaran nama) adalah kesinambungan kepada tanggungjawab tersebut.

Jadi apabila MECD dibubarkan menjadi tanda tanya besar Kementerian manakah yang akan meneruskan tanggungjawab ini. Tidak mungkin Kem Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana fokus dan objektifnya bukan mengenai pembangunan komuniti niaga bumiputra dan pembangunan koperasi. Juga tidak mungkin MITI, EPU, ICU,Jab Perdana Menteri atau pun lain-lain Kementerian kerana objektif dan bidang tugas mereka berlainan. Maka pembangunan komuniti usahawan bumiputra yang sejak berdekad-dekad lalu diterajui oleh satu Kementerian khusus kini terumbang ambing.

Di akhbar-akhbar tempatan diberitakan MECD itu seolah-lah ia Kementerian baru yang diwujudkan pada tahun 2004 oleh Pak Lah. Ia sebenarnya perubahan nama dari Kementerian asal yang dahulunya dikenali dengan nama Kem Perbadanan Awam.

Merupakan kesilapan besar yang pertama untuk Najib jika MECD ini terus berkubur.

Jojo51

Parpu Kari said...

KISAH BENAR, BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/suratkhabar-cina-lapor-berita-palsu.html

Anonymous said...

Pada hemah saya bank rakyat, bank pembangunan ataupun bank sme sudah ada penjaganya - pemegang saham dan Bank Negara.

MECD hanya berfungsi sebagai satu kementerian untuk memantau fungsi bank2 ini kepada usahawan2 dan tidak lebih daripada itu.

Mungkin kerana terlalu ghairah untuk "membantu usahawan melayu" MECD melampaui batas dalam menjalankan fungsinya sebagai "supervising ministry".

Yang terbaru sebelum saya meninggalkan perkhidmatan perbankan pembangunan (development banking), MECD telah membentuk satu badan rayuan di mana ia boleh menyoal bank mengapa sesuatu pinjaman ditolak sehingga adakalanya mengarahkan kelulusan ke atas pembiayaan yang telah ditolak oleh bank tersebut.

Sepatutnya bank2 ini adalah dibawah DFIA. Ia adalah sebuah bank dan bukan agensi spt MARA atau TEKUN. Badan yang boleh menyoal bank2 ini adalah Bank Negara dan pemegang saham.

Perkara ini sepatutnya ditangani sejak awal lagi kerana ia menyalahi Akta DFIA dan memberi kesan kepada isu ketelusan.

Persoalan :

Adakah patut sebuah bank diarah berkali2 oleh pegawai kerajaan (yang tiada pengalaman dalam penilaian projek)untuk menilai semula projek yang tidak berdaya maju sehingga kertas projek itu diolah menjadi daya maju?

Adakah patut "orang yang paling berkuasa di sesuatu kementerian" itu "memanggil" pegawai bank atas perkara seperti kelulusan atau isu2dalaman dan pengurusan bank? Terutama oleh kementerian yang bukan pemegang saham atau sebuah badan yang bukan Bank Negara?

Bukankah arahan "wahyu" atau "arahan melalui telefon" atau melalui nota pihak tertentu" utk pihak bank meluluskan pembiayaan yang sepatutnya tidak layak diterima satu penyalahgunaan kuasa?

Ini adalah hanya segelintir daripada sebab mengapa bank2 kerajaan di Malaysia masih lagi jauh kebelakang jika dibanding dengan bank kerajaan di Indonesia atau Singapura.

Kekecewaan dengan cara pihak kerajaan (terdahulu), ahli politik mencampuri pengurusan bank2 DFI serta cara pihak pengurusan atasan bank2 ini yang menjadi "Yes Men" atau "Pak Turut" menyebabkan ramai di antara kami (yang masih muda dan berpotensi) dan berpengalaman yang sememangnya ingin menyumbang jasa kepada bangsa dan negara beralih kepada bank2 komersial dan perdagangan di dalam dan luar negara.

Sekiranya perkara ini tidak ditangani, maka lebih ramai pegawai bank yang muda dan berpotensi akan beralih pandangan dan menyebabkan bank2 kerajaan kehausan dengan pegawai yang amat berkelayakan untuk kepentingan dan masa depan negara ini.

Oleh itu, adalah "timely" YAB PM menyedari perkara ini. Kami yang telah meninggalkan bank2 ini mengalu-alukan keputusan ini demi rakan2 kami yang masih harapkan perubahan ke atas bank2 DFI, pengurusan dan tindakan ke atas campurtangan oleh pihak2 yang tidak berkenaan.

Syabas! Dato Seri Najib!! Harap perubahan ini menjadikan bank2 DFI lebih transparent, berdaya saing dan diterajui oleh ketua2 yang muda dan innovatif (kami rasa masih ada di dalam bank2 tersebut)dan bukan diberi kpd pengurusan atasan yang kaki ampu, CEO yang ada hubungan politik tetapi tak boleh buat kerja dan menjawat jawatan ketua utk menghabiskan masa pesaraan.

TUN PERAK

Anonymous said...

Totally agree with the decision of YAB PM on this issue.

Also, ineffiency of the management of these banks (SME and Bank Pembangunan)is another matter that should be looked into by the present government.

Good, young and dynamic staff have left. Dissapointed, most of us are now working overseas - Dubai, Riyad etc and with local merchant banks.

It is not so much for the money, but the way the banks are being run by people who are clueless makes us wonder why they are appointed in the first place. Why they are entrusted to run these banks that could bring good mileage to the government.

Also agree with Tun Perak. Due to their peculiarities, the people that can bring them to excellence should come from within the banks. It is just a matter of finding them. It has been proven that appointing those from commercial banks (and outside) etc to lead have caused the banks to go backwards and not forward.

Such was the disaster made by the last administraton on these banks.

The potential ones (leaders) are still there..intelligent, smart, young but yet experienced (one must know well the DFI business).

Although most of us have left but we know these banks have success potentials and there is still hope for change.

The present administration ought to take a similar step like what they are doing to UMNO. Make a major revamp on these banks. It would do good to Najib's government.


HARRY PORTER