Thursday, April 16, 2009

Wayang gelap Umno T'ganu belum tamat

AKHIRNYA KESEMUA WAKIL RAKYAT Trengganu yang menguzurkan diri dan tidak hadir di sidang Dewan Negeri semalam (14 April) kembali ke Dewan. Mereka menerima nasihat (arahan) Big Boss di Putrajaya dan masuk pejabat.

Walaupun mereka hadir di Dewan, beberapa soalan masih bermain di kepala. Soalan pertama: apakah ini wayang gelap Umno Terengganu yang masuk ke babak akhir atau baru bermula episod sambungan.

Saya tidak nampak keakraban di kalangan pemimpin Umno seperti yang dipaparkan di kaca televisyen. Kalau wayang gelap biasa, sudah pasti ada babak dimana pelakon utama berpelukan dan berjabat salam dengan rasa penuh keinsafan.

Mungkin ada, tetapi tidak dapat direkod oleh kamera TV. Dari "body language" dan kata-kata yang keluar dari pembesar Umno di KT, saya tak nampak bibit-bibit kesefahaman seperti yang diharapkan.

Masing-masing membawa diri. Tidak ada dialog yang menunjukkan Umno Terengganu sepakat. Tidak nampak pula persefahaman yang ikhlas. Jika ini satu drama atau sandiwara, pelakon-pelakon utama gagal membawa watak yang berkesan.

Saya yakin isu ini belum selesai. MB Datuk Ahmad Said perlu membuktikan bahawa pentadbirannya diterima oleh semua pihak. Mereka yang menetap di KT dan berurusan terus dengan kerajaan negeri tahu bahawa isu ketidakhadiran 10 wakil rakyat adalah lebih dari SMS yang berbau ugutan.

Sepuluh orang Wakil Rakyat yang tidak hadir itu nyata mengikuti dialog lain dari skrip asal. Sama-sama kita perhatikan.

9 comments:

sf said...

tak nak keje bagi kat orang lain...habis cite!

Anonymous said...

Dato',
Peristiwa di KT oleh 10 ADUN UMNO yang memulau sidang DUN amat memalukan. Apa juga alasan yang diberi tindakan mereka itu tidak boleh diterima. Mereka pula harus sedar bahawa mereka dengan sendiri telah menconteng mereka sendiri dengan arang.
Jika benar SMS itu mengugut hendak bunuh, tidakkah mereka mempunyai akal dan pertimbangan yang sepatutnya boleh menepis sahaja ugutan itu kerana belum pernah berlaku di negara ini pembunuhan orang politik berlaku selepas diberi amaran (diumumkan hasrat).
Jelas apa yang mereka lakukan adalah sebahagian dari satu sandiwara - semuanya kerana kepentingan peribadi, yang sudah jelas.
Malu benar rasanya orang Melayu dan PM baru menerima petanda jelas bahawa ada penyakit yang bahaya dalam badan UMNO sendiri.
Mungkin hasil lantikan anggota Kabinet baru telah menimbulkan berbagai puak yang merasa kecewa.
Harap DS Najib lebih tegas menangani kemelot di Tr.
Dzulman.

Anonymous said...

Ini semua sindrom kaduk naik junjung...

Mohd. Ramesh
Putrajaya

A KADIR JASIN said...

Sdr,

Adalah amat mendukacitan yang Umno dan Kerajaan masih belum menampakkan perubahan ketara walaupun kepemimpinan sudah berubah.

Para pembesar Umno dan Kerajaan masih hidup dalam dunia dan kotak pemikiran lama dengan tindakan yang dangkal, slogan yang tiba-tiba dan mengelirukan.

Jelas mereka masih tidak mempedulikan pengurusan maklumat dan imej yang padat dan sepadu.

Mereka masih terperangkap dengan spin oleh penulis ucapan dan PR operators yang tidak dapat membezakan antara idealisme kosong, slogan dan sound bite dengan realiti.

Tentang 10 Adun Umno Terengganu itu, mereka sebenarnya cuba menguji Perdana Menteri dan Timbalannya tanpa mempedulikan implikasi negatif kepada Umno dan kepada kepemimpinan barunya.

Terima kasih.

Wenger J Khairy said...

Datuk,

Pada hemat saya, Dato' Ahmad Said memang telah menang besar dalam bab ini. G-10 ni telah memainkan tangan mereka (play their hand) tanpa melihat implikasi pada waktu kelak.

Boleh dikatakan selepas wayang gelap ni, para pembesar UMNO seperti TSMY tak akan melayan karenah mereka. Bagi ADUN Kijal, dia hanya perlu membina pengaruhnya di kalangan akar umbi UMNO di Trengganu dan menguatkan lagi pengaruhnya di dalam parti.

Kesimpulan, Dato Ahmad said 2 - G-10 0

Non-partisan said...

Apa jua alasan yg diberikan mereka yg memulaukan sidang DUN termasuk kononnya ada ugutan bunuh melalui SMS tidaklah boleh diterima. Dlm keadaan UMNO hendak membina kekuatannya semula di bawah kepimpinan baru tindakan mereka seolah-olah satu tindakan sabotaj yang tidak boleh dipandang ringan.

Sebagai wakil rakyat mereka seharusnya bertindak lebeh matang dan rasional serta tidak mudah kecut telur dengan ugutan sebegitu rupa. Dulu semasa berkempen merekalah kononnya pembela rakyat dan akan bersama2 rakyat dalam apa jua keadaan serta bersedia berkorban apa saja. Nah! lihat apa saja yang berlaku. Pembangkang tersenyum lebar dari telinga ke telinga.

DSN harus mengambil tindakan tegas agar ia tidak menjadi barah dalam UMNO.

Had!e said...

Salam Dato'..
PAS sekarang tunggu nak teguk di air yang keruh.. kalau kes ni tak selesai dengan baik.. PRU lepas ni confirm akan jadi milik PAS.

ROcky for NSTP said...

http://rockyfornstp.blogspot.com/

TPJ said...

Salam Dato. I like your blog head! Looks Cool!