Wednesday, February 10, 2010

Zulkifli: DAP duri dalam daging PKR

YB KULIM BANDAR BARU, Zulkifli Noordin, menyifatkan DAP sebagai duri dalam daging dalam PKR. Katanya, belang sebenar DAP sudah mula nampak. YB muda itu juga berkata keadaan dalam PKR pun nampak kelam kabut, dan beliau terpaksa memikirkan kedudukannya dalam parti itu. Malah, PKR sendiri akan membuat keputusan samada Zulkifli akan kekal dalam parti atau tidak ekoran tindakannya membuat laporan polis terhadap MP Shah Alam, Khalid Samad, dari PAS dalam isu kalimah Allah. Zulkifli nampak bersungguh-sungguh memperjuangkan prinsip agamanya, dan ini akan menjadi obor perjuangannya sekarang dan di masa hadapan. Saya membawanya ke studio di TV3 untuk program Soal Jawab dan beliau berkongsi pengalaman bergerak dalam PKR. Banyak sungguh cerita YB muda yang lantang bersuara ini..

Saturday, January 30, 2010

Rocky cari kasut hitam bertali. Datuk ke?


SALAM! Hari ini ada beberapa orang kawan pergi beli kasut hitam bertali. Ada juga yang pergi beli kain sampin hitam. Semua ini untuk dipakai masa ambil pingat pada hari Wilayah. Rupa-rupanya nak terima pingat dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sempena Hari Wilayah Isnin ini. Yang saya dengar Pak Mus dari Harian Metro, Syah dan Ashraf dari TV3 semua dah mencuba baju Melayu baru masing-masing. Blogger Rockybru pun dah beli kasut hitam bertali. Tahniah beb!

Friday, January 29, 2010

Wild boars got value; trouble makers none

SALAM! I took a short drive to Kg Medan/Kg Sentosa yesterday after hearing that wild boar heads were thrown into the compounds of three mosques. When things appear to be on the mend over recent issues, this incident is totally irresponsible. I just wonder what good this act will do. Kg Medan has a history of some trouble in the past. Some years ago, fights broke out which resulted in the burning of motorcycles and arrests. I took a ride in the area too at that time. It was night and the sight of a burning motorcycle didn't help to calm nerves. The wild boar head incident made me conclude that whoever did this need to have their heads examined, in more ways than one. I bumped into our young MP Khairi (KJ) at the mosque, who was already on the scene doing his part to calm things down. Several young MIC leaders were there too. We all want peace and harmony. No two ways about that. The trouble seekers should be sent to an island and let loose among the wild boars..

Tuesday, January 12, 2010

Dah panas macam ni baru nak berdialog

SALAM! Hari ini kita dengar ramai orang yang buat dialog sana sini. Dialog agama pun ada. Mungkin ini berpunca dari isu penggunanaan Kalimah Allah dalam majalah The Herald. Elok sangat bila ada dialog tu. Orang-orang politik dialog sana sini. Mungkin ada "political milage" atau khasiat politik hasil dialog ini. Masing-masing mahu dilihat sebagai ada main peranan untuk mencari penyelesaian isu panas hari ini. Ada juga yang buat kesimpulan bahawa orang politik juga mungkin ada peranan memulakan kecoh dalam isu ini. Apa pun, kita jangan main api. Apabila berlaku kekecohan, masing-masing tuduh menuduh. Saya bersekolah di St Gabriel's di Kg Pandan dari sekolah rendah hingga ke menengah. Di sekolah itu, kami hari-hari dialog. Setiap hari di perhimpunan sekolah, semua murid Islam berbaris untuk mengamin doa yang dibaca oleh Ustaz Ahmad. Di perhimpunan yang sama, murid-murid Kristian berbaris di sebelah kami mengamin doa yang dibaca oleh Mr Wee atau cikgu yang bertugas. Tak kecoh, tak ribut, tak bakar apa-apa pun. Yang ada, bila kami kongsi rokok yang diseludup masuk oleh Yogibear. Yang terbakar hanya hati cikgu disiplin yang merotan kami di majlis perhimpunan mingguan. Ngah, Yogi dan Kambing (namanya Kam Peng tetapi kita tak pernah sebut dengan betul) ialah antara yang selalu kena sebat. Dulu semua okay. Hari ini, kalau kita tak berhati-hati, semua boleh KO!

Sunday, January 10, 2010

Soalan untuk Datuk Hishammuddin, KDN

MENTERI Dalam Negeri Datuk Hishammddin Hussein adalah antara individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin ketenteraman awan di negara ini. Beliau memberitahu semua yang dia dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha menjamin keamanan negara. Jika ada soalan-soalan yang ingin diajukan kepada beliau, saya harap saudara/i boleh turunkan di sini. InsyaAllah, saya akan sampaikan soalan atau keluhan kita bersama kepadanya. Salam

Saturday, January 9, 2010

Jgn mudah tuduh orang Islam bakar gereja

RUPA-RUPANYA ada juga ahli masyarakat kita yang percaya bahawa percubaan membakar beberapa buah gereja di sekitar KL dibuat oleh orang Islam. Malah, ada antara mereka yang membuat kesimpulan begitu semata-mata berpandukan kepada keadaan semasa, di mana penggunaan kalimah Allah sedang hangat dipertikaian antara umat Islam dan puak yang menyokong penggunaan kalimah itu oleh sebuah majalah Katolik. Tanpa sebarang bukti nyata dan penyiasatan rapi, sebahagian masyarakat menuding jari kepada orang Islam sebagai penjenayah itu. Ini bahaya dan tidak bertanggungjawab. Kesimpulan beginilah yang merosakkan negara kita. Bagaimana pula jika keadaan sebaliknya yang berlaku? Tak semestinya orang Kristian pula yang dipersalahan. Jangan mudah terpedaya dengan sentimen yang cetek dan minda yang sempit. Hati-hati bila membuat kesimpulan. Selidik dahulu kawan-kawan. Jangan mudah melatah.

Thursday, January 7, 2010

Syamsul, Ram, Juana masuk Gaza


SAHABAT seperjuangan dalam dunia kesukarelawanan saya, Syamsul Akmar dari Yayasan Perdana Global, menghantar satu pesanan melalui Blackberry pagi tadi. "Saya dah masuk Gaza. Kira-kira jam 8 pagi waktu Malaysia." Alhamdulillah! Selepas beberapa hari mengharung pelbagai rintangan, mereka berjaya juga. Jika niat kita ikhlas dan baik, kita akan diberi laluan juga akhirnya. Moga-moga objektif NGO Viva Palestine itu berjaya menyampaikan bekalan kepada mereka yang terperangka di Gaza. Saya boleh bayangkan betapa gembira dan rasa syukur dapat masuk ke situ. Saya mengalaminya tahun lepas apabila berada di Gaza selama hampir 10 hari. Al-Arish, Rafah, Gaza...semuanya kenangan yang memberi pengajaran betapa usaha kecil juga boleh memberi manfaat besar kepada yang memerlukan. Syabas Syamsul dan Viva Palestine! Syabas Ram dan Juana!

Gambar: Syamsul dan A Bakar di pameran Gaza Yayasan Salam di London tahun lepas.