Saturday, November 18, 2017

Aku letih dengan politik - kata orang politik bawahan


LETIH! Itu kata beberapa kawan yang duduk semeja sambil menjamu selera di satu majlis jamuan makan baru-baru ini. Saya dengar dengan penuh minat perbualan mereka. Kawan2 ini berusia dalam lingkungan 50 tahun, masih bekerja dan berniaga. Mereka bercerita fasal politik tanahair. Ada orang Umno, Bersatu dan bekas ahli parti Pas. Kalau masih boleh duduk semeja tu baguslah. Sebenarnya mereka dah berkawan sangat lama, tapi masing-masimg masuk politik kononnya nak berjuang memajukan negara. Lama juga mereka duduk dalam kancah politik dan aktif dengan lakonan dan sandiwara bersiri kumpulan masing-masing. Tapi kali ini semua mengeluh dan senada berkata: "Aku letih! Banyak sangat permainan yang aku sendiri tak faham asal usul dan tujuannya." Saya cuma sampok sikit aje. Saya kata: "Saya hormat kawan2 semua yang gigih berjuang. Kalau dah masuk politik, perkataan LETIH tu tak sepatutnya dituturkan langsung." Setelah setengah jam borak, saya buat kesimpulan yang mudah. Mereka letih kerana: pemimpin tak jujur; cakap lain bikin lain; landas perjuangan sudah lari dari asal; tak nampak keikhlasan di banyak peringkat; tak larat nak jawab soalan2 dari pengundi; jentera parti takda semangat. Mereka dari parti2 yang bersaing tetapi setiap orang dari mereka sependapat dalam hal ini. Lagipun, pemimpin tidak menunjukkan budi pekerti, sopan santun dan personaliti yang disegani. Mereka sebulat suara buat keputusan untuk tidak mau aktif lagi dlm parti masing2.Cukup-cukuplah tu, kata mereka.

No comments: