Saturday, December 19, 2015

Umno dan Pas - musuh boleh jadi sahabat?

Assalamualaikum! Perhimpunan Agung Umno dah habis. Hentam menghentam berterusan, walaupun tidak sekuat sebelum dan semasa perhimpunan. Dalam sehari dua ini, masyarakat Melayu dipaparkan satu lagi adegan politik. Adekan ini ada dua pelakon utama, DS Najib Razak selaku PM dan Presiden Umno, dan DS Hadi Awang, boss Pas. Mereka berdua hadir di satu pentas yang kemudian menjadi topik perbualan hangat di kalangan orang politik, pemerhati dan pemain-pemain politik yang lain. Antara soalan yang timbul ialah: apakah Umno dan Pas akan bersatu? Apakah ini titik permulaan penyatuan orang Melayu di persada politik tanahair? Saya tak nampak Umno dan Pas akan bersatu. Malah, ini juga bukan tujuan utama dua parti politik utama ini berada di atas pentas. Saya tidak fikir Umno mahu Pas masuk Umno; dan Pas juga tidak berhajat untuk dibubarkan dan ahli2nya masuk Umno. Yang mereka cari ialah titik permuafakatan yang boleh memberi nafas baru perjuangan politik kedua2 parti. DS Najib sedang diasak dari pelbagai pihak ekoran isu 1MDB dan derma 2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Hadi pula hilang beberapa pemimpin yang keluar parti dan menubuhkan parti baru, Amanah. Dalam keadaan demikian, adalah sesuai kedua-dua pemimpin mencari titik2 pertemuan ideologi jika mereka boleh berpasangan untuk jangka masa yang panjang. Dan bukan hanya sekadar PRU14 kira-kira dua tahun lahi. Jika kedua parti boleh mencari titik perkongsian pengaruh dan saling bantu-membantu, peluang untuk kekal berkuasa itu ada, walaupun ia bukanlah sesuatu yang dijamin. Sejarah menunjukkan Umno dan Pas pernah tidor sebantal. Jodoh mereka tidak berpanjangan dan Pas kemudian membawa diri. DS Najib dan DS Hadi serta rakan-rakan mereka perlu mencari asas permuafakatan yang jujur dan ikhlas dan untuk jengka masa yang panjang. Pakatan baru ini perlu hidup walaupun kedua-dua pemimpin - DS Najib dan DS Hadi - tidak akan memimpin parti masing-masing di masa depan. "The coopertion between the two parties must outlive the two leaders in the years to come." Sama-samalah kita tengok sejauh mana kerjasama ini boleh diwujudkan. Kunci bukan terletak kepada DS Najib dan DS Hadi. Kunci berada di kalangan ahli biasa yang sudah banyak tahun bermusuhan di seluruh pelusuk tanahair. Tetapi inilah politik. Sahabat boleh bertukar menjadi seteru dalam sekelip mata. Musuh juga boleh berbaik2 dan menjadi rakan apabila keadaan memaksa. Kita tunggu dan lihat.

No comments: