Saturday, April 4, 2009

Tun M serah borang Umno pd Najib besok?


Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai akan menyerahkan borang keahlian Umno besok (Sabtu) kepada Presiden baru parti itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Upacara itu dipercayai dibuat di Putrajaya.

Dr Mahathir keluar dari Umno tahun lalu tetapi berjanji akan kembali kepangkuan parti yang diketuainya apabila ada pertukaran pada pucuk pimpinan. Perubahan ini sudahpun berlaku apabila Najib mengambil alih kerusi presiden dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga dijangka menyerahkan borang keahliannya di upacara yang sama besok. Seorang lagi pemimpin Umno yang keluar parti ialah Tan Sri Sanusi Junid, tetapai setakat ini tidak pula kedengaran beliau akan bersama kedua-dua Tun besok.

Berita gembira ini dijangka memberi semangat kepada sebahagian besar ahli Umno. Minggu lalu Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mengejutkan perwakilan apabila muncul di perhimpunan agung tahunan Umno di PWTC.

Sementara itu, rakyat dikejutkan juga dengan pengumuman Najib yang membebaskan 13 orang tahanan ISA dalam ucapan sulongnya melalui televisyen semalam (Jumaat). Ada yang mengalu-alukannya dan tidak kurang juga yang mencemoh, malah memandang sinis pengumuman itu.

Najib juga mengumumkan penarikan semula dua buah akhbar yang digantung baru-baru ini. Beliau tidak menamakan akhbar berkenaan tetapi besar kemungkinan dua terbitan yang dimaksudkan itu ialah Harakah dan Suara Keadilan milik parti pembangkang.

Apa lagi agaknya kejutan yang akan datang dari PM baru kita di masa terdekat?

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir juga membebaskan beberapa orang tahanan ISA sebaik sahaja beliau menerajui kerajaan pada tahun 1981. Antara yang dibebaskannya ialah Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, Tokoh Wartawan Negara.

2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Sekurang2nya Pak Berahim ada gengnya sekarang.Dan kita berharap selepas ini Jambatan Bengkok di Johor akan bermula.Dan Tun tidak akan melatah lagi.

Anonymous said...

Tun M is back to umno......correct,correct,correct.