Tuesday, April 7, 2009

BN boleh menang Bkt Gantang jika ia ikhlas











JANGAN TERKEJUT jika BN menang di pilihanraya kecil Bukit Gantang di mana bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PR-PAS) menaruh harapan untuk menjadi ahli parlimen kawasan itu. Lawannya ialah Ismail Safian (BN-Umno), anak tempatan yang dipilih untuk bertanding buat pertama kalinya.

Kempen berakhir siang tadi dan besok (Selasa 7 April), pengundi akan menentukan siapa yang akan ke Parlimen selepas ini. Calon ketiga dijangka "bungkus" dan tidak mempunyai apa-apa harapan untuk membolot banyak undi.

Beberapa pemimpin kanan BN telah berada di Bukit Gantang untuk membantu kempen. Umno meletakkan Naib Presiden barunya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sebagai ketua operasi manakala Timbalan President baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai pengarah keseluruhan pilihanraya kecil, termasuk di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

Seperti dalam setiap pilihanraya, kempen bersih dan kotor ada di setiap cerok. Kata mereka yang berkempen:

1 - Calon BN bukan ada apa-apa kedudukan dalam parti (UMNO). Macam mana dia boleh terpilih?

2 - Pengundi Cina tidak akan memangkah calon BN kerana jika BN menang, kerajaan Pakatan Rakyat akan hilang sengat dan masyarakat Cina akan terpinggir. Pengundi Cina kononnya berdiri tegoh di belakang Nizar kerana beliau bersimpati dengan masyarakat Cina dan dipandang elok oleh DAP, sekutu Pas di kerajaan camporan Perak sebelum jatuh;

3 - Jentera Umno lemah dan ramai pemimpin kanan tidak hadir berkempen kerana kecil hati apabila kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini;

4 - MB Perak Datuk Dr Zamri A Kadir merampas kerajaan negeri dengan cara yang tidak sopan - lihat betapa besar egonya melalui poster yang terpampang di setiap selekoh;

5 - PM Datuk Seri Najib Tun Razak akan memulihkan ekonomi negara dan ini akan memberi manfaat kepada semua rakyat - Najib bukan pemimpin cakap tak serupa bikin; dia bukan kaki tidor;

6 - Umno dan BN sudah sampai ke tahap nazak dan hanya menunggu hari sebelum dikuburkan.

Kehadiran mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dimana beliau berucap kepada pengundi di Bkt Gantang mungkin boleh mengembalikan pengundi Melayu kepada BN. Dr Mahathir berucap secara langsung di kaca televisyen dan ini menunjukkan keyakinan pemimpin BN terhadap negarawan itu.

Namun, tidak kurang juga pengundi yang mencemoh usaha membawa Dr Mahathir ke gelanggang tempor. Kata mereka, Dr Mahathir kini sudah "halal" berbanding lima tahun sebelum ini. Inilah sikap talam dua muka ramai pemimpin Umno, menurut pemerhati politik.

Apapun, pegawai-pegawai kempen BN menyuarakan keyakinan baru dalam usaha mereka memulihkan maruah parti itu. Mereka berkata kepimpinan BN berpengalaman dalam mentadbir negara sebagai parti yang terbukti kesepakatannya. Kerjasama PKR sebagai pemerintah pula, kata pemerhati politik, masih rapoh dan dicurigai kebolehannya.

Dalam 24 jam lagi, kita akan tahu siapa yang berjaya menawan hati pengundi di Bukit Gantang.

5 comments:

Anonymous said...

I was waiting, with my wife, for the much announced live telecast of Dr Mahathir's speech yesterday evening at 5.00 pm, but it was not to be - it didn't happen.

How long are we going to be denied access to this genius of a man?

-Praxis

ZHARIF said...

insyallah BN boleh menang.
Faktor Tun M sedikit sebanyak dapat mengembalikan undi tidak percaya rakyat sewaktu pilihanraya di bawah pentadbiran PakLah

Salam

TPJ said...

Dato, I was there for two days,even at Tun's speech at Simpang, missed you there or we could have exchanged views over mee udang. Tun was immaculate reaching out to the mass in his sincere and easy style. Looks good so far there but the 999 deal is hard for the chinese to give up I think.

DNL said...

kalah dah.... isk isk isk..... baru sat trima sms....

mintak mintak tak betul laahhhh

Tengku Din Tengku Zin said...

"BN boleh menang Bkt Gantang jika ia ikhlas"

KAH KAH KAH!!!

"JANGAN TERKEJUT jika BN menang di pilihanraya kecil Bukit Gantang"

Kah KAH kah kah KAH!!

Orang UMNO bukan main bermimpi! Boleh menang konon!

Mana boleh, brader?

Najib turun padang
Muhyiddin turun padang
'Pop star' Mahathir pun turun padang

Apa jadi?

KALAU DI KEDAH DAN PERAK KEPADA PAKATAN DENGAN MAJORITI YANG LAGI BESAR!

Tu lah... rakyat dah meluat dgn Najib dgn UMNO.

Berani tak buat pilihanraya kat Perak?

Ada telur?