Saturday, April 4, 2009
PM Najib sambut hari pertama dgn Dr M
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK memang mahir berpolitik. Pagi tadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang dilantik semalam (Jumaat) menerima kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga di Sri Satria, Putrajaya.
Rombongan Dr Mahathir tiba jam 10 pagi. Turut serta dalam rombongan itu ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan anak-anak mereka, Datuk Mirzan, Datuk Mokhzani dan Datuk Mukhriz. Anak-anak bekas PM itu ditemani isteri masing-masing, kecuali Mirzan.
Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah dan Mokhzani kemudian menyerah borang keahlian untuk kembali ke pangkuan Umno kepada Najib di satu sidang akhbar dihadiri hampir semua media tempatan dan beberapa wakil media asing.
"Lama betul Datuk bersarapan dengan Tun," saya berkata kepada Najib. "Mesti banyak cerita tu," saya mencelah lagi.
"Memang banyak nak bincang. Lagipun, Tun nak lawat bilik perpustakaan sambil meninjau kolam ikan," jawab Najib sambil ketawa riang.
Kembalinya Dr Mahathir ke Umno memberi Najib kekuatan yang besar ertinya. Dalam politik tanahair, nama Dr Mahathir masih laku. Malah, mantan presiden Umno dan PM itu masih menjadi tarikan di mana sahaja beliau pergi. Dalam politik, Dr Mahathir sebagai rakan atau sekutu adalah lebih baik dan berguna dari beliau menjadi saingan atau seteru.
Pemerhati politik percaya lawatan Dr Mahathir dan upacara penyerahan borang di kediaman Najib bukan sesuatu yang berlaku dengan tidak sengaja. Ada permainan politik disebaliknya.
Malah sidang akhbar pertama Najib yang diadakan selepas upacara itu bersama Dr Mahathir juga menandakan betapa cekap percaturan politik Ahli Parlimen Pakan ini. Dan ciri berpolitik beginilah antara yang disebut oleh Dr Mahathir satu masa dahulu apabila beliau menghuraikan kriteria yang perlu ada pada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin politik yang berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setakat ini, mainan politik Najib cukup menarik, bola masih dikakinya.
Tidak perlu 'warm-up' sampai setengah tahun dan tidak perlu menunggu lama menjaringkan gol.
'Which is which' satu ungkapan menarik Najib kepada pembangkang dan satu ingatan kepada musuh dalam selimut.
Kita tunggu dan lihat, siapa yang akan ditunjukkan 'jalan keluar' secara selamat.
dtk,
gbr dtk dan kengkawan ada kat blog saya. kalau nak gbr hi-res, give me your email
cheers!
well...i just hope what Najib meant what he said in the star couple of days ago...
"WE WANT PEOPLE TO KNOW THAT WE CARE..."
as i got a 2 page letter why tourism malaysia did not support my balloon fiesta!
worst ... letter say no support was given 2 days before the fiesta... 'nonsense'!!!
anyway... an apeal letter was sent immidiately!
i hope for the sake of the Rakyat and Malaysia as a whole... the new administration will listen more than talk and will act more than re act!
Salam Dato,
semoga penyertaan Tun Dr M ke dalam UMNO dapat mengembalikan kekuatan agama, bangsa dan negara kita.dato, teruskan menulis dalam bahasa melayu tok.
Post a Comment