MARI KITA UCAPKAN TAHNIAH kepada Pakatan Rakyat atas kemenangan parti itu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dan jangan lupa juga ucapan syabas kepada BN yang menang di Batang Ai, Sarawak.
Ada beberapa kesimpulan yang boleh kita dapat dari keputusan-keputusan ini. Antaranya:
1 - Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan pengundi dan sukar untuk dikalahkan
2 - BN perlu mencari kaedah baru untuk meyakinkan pengundi bahawa ia masih relevan
3 - Pengundi Perak bersimpati dengan bekas MB Datuk Nizar Jamaluddin dan memihak kepadanya dalam pemilihan semalam
4 - Calon BN di Bukit Gantang meraih banyak undi, membuktikan bahawa anak tempatan boleh diketengahkan
5 - BN gagal menarik undi kaum Cina, yang lebih sedia memihak kepada calon Pas
6 - MCA dan Gerakan ditolak oleh kaum Cina sebagai parti yang boleh menjaga kepentingan mereka
7 - Keputusan menjadi petunjuk besar bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pengundi mahu perubahan, dan BN dalam bentuk hari ini tidak lagi menarik dan meyakinkan
8 - Ramai pembesar Umno tidak turun berkempen, mungkin kerana mereka masih sakit hati setelah kalah dalam pemilihan parti minggu lepas
9 - Membuktikan betapa perlunya Najib diberi cukup masa untuk membina pasukan BN yang baru untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13
10 - Pakatan Rakyat dapat momentum dan keyakinan baru di lanskap politik tanahair
11 - Dari perangkaan awal yang diperolehi, Umno telah mula mendapatkan kembali untuk Melayu, tetapi tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan
12 - MCA dan Gerakan wajib membuat analisa yang jujur terhadap sumbangan mereka dan bukan menuding jari antara satu sama lain
13 - Kekalahan ini adalah 'blessing in disguise' bagi Najib kerana ia memberi hujah yang kuat betapa perlu beliau mengubah persepsi rakyat terhadap BN, terutamanya Umno
14 - Jika Najib mahu mencari bukti mengapa ia wajib merombak kabinetnya dengan drastik, Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah bukti yang amat jelas.
Seperkara lagi, bayangkan apa akan berlaku jika peralihan kuasa dalam Umno dibuat tahun hadapan. Sudah tentu Najib tidak mempunyai cukup masa untuk membentuk pasukannya untuk pilihanraya umum ke 13.
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Pakatan sekadar mengekalkan kerusi yang mereka menangi di PAU12 dan menandakan mereka masih diberi peluang dan kepercayaan.
Menjadi tanggungjawab MCA MIC dan Gerakan untuk menarik kembali penyokong mengundi mereka dan UMNO perlu kembali menyambung era Mahathir selepas membuang era barah vidus paklah - tidak ada perubahan yang perlu dibuat.
MAHATHIR MASUK BALIK DALAM UMNO, MAKNANYA UMNO DAN BN NAK BERUBAH??? APAKAH INI LAWAK BODOH?
Masalahnya Apa yang nak diubah..cakap suruh berubah je senang..senaraikan apa yang hendak di ubah..lebijelas.
satu cadangan saya dilantik juga menteri atau tim. mernteri dari parti pembangkang..insyaalah akan settle.
UMNO mestilah benar-benar pejuankan hak-hak orang melayu melalui tindakan seperti :
i. masalah rezab melayu
ii. buat pendekatan kepada Islam..contoh..setiap Jumaat wajibkan mesjid adakan sembahayang hajat ..supaya negara makmur
iii. Ketu-ketua UMNO banyakan pergi masjid..dekatkan diri dengan rakyat dimasjid tanpa Protokol..
iv. kurangkan rancangan Tv dan pelakon yg. seksi..skrip filem peluk cium..Filem P ramlee hebat tanpa peluk cium..
v. Bijak pandai UMNO berikan kelas-kelas bimbingan pelajaran percuma seperti masa tahun 70an dulu.
vi. Pemimpin seperti PM..dekatkan diri dengan Ulamak-Ulamak..eg. Mufti..ambil sebagai penasihat..insyaalah sokongan akan meningkat.
vi. Penguatkuasaan yang displin..tiada hanky-panky..jangan cakap je..contoh..Kedai yg. menjual rokok, mercun..denda dengan menutup kedai untuk suatu tempoh..sahaja berkaitan penguatkuasaan mesti dilaksanakan tanpa kompromi..insyaalah rakyat berdisplin..
>>Menjadi tanggungjawab MCA MIC dan Gerakan
Yang ini tak setuju.. sepatutnya beban tu dipikul bersama...
>>Pakatan sekadar mengekalkan kerusi
Setelah PAU UMNO berlaku dan peralihan kuasa kerajaan.. rakyat masih belum yakin pada Barisan..
What are we to congratulate them for? What integrity is there in allowing oneself to be used to promote the demogoguery of a Anwar or Lim Kit siang? However well meaning and pious the cadres of PAS, the gullibility of their leaders to the rhetoric of Anwar is without excuse.
If we follow the wisdom of our hearts , it should clear that no one is more pious than Dr Mahathir and instead of following the wisdom and piety of this man, we - I mean those who elected the opposition -chose to follow the logic of Anwar and the Bar Council, helped by the timidity of Badawi.
Dr Mahathir's co-option into UMNO comes too late to have any impact on the elections.
PAS is capable of forging a degree of cohesion (asabiya) within the oppposition that the BN hasn't matched, not the kind of cohesion there was during Dr Mahathir's tenure.
What cohesion among the BN when thiefs and wicked mean are still at the helm of some of the component parties?
As you say, we have to face the truth first, before we change. Only one man is capable of telling us the truth, and that's Dr Mahathir, becasue he has no other loyalty.
-Praxis
Tahniah BN sebab menang besar di Batang Ai. Bagi saya BN dan umno masih lagi berjaya dan tidak gagal secara total terutamanya di sebelah malaysia timur. PR tidak boleh terlalu bangga/riak dgn kejayaan ini kerana mereka perlu bekerja keras utk menawan pengundi sabah dan sarawak yang masih berada 10 tahun di belakang.
Penyokong PR tak perlulah menghina UMNO/BN dengan cara yang tak sepatutnya. mereka dalam kesedihan, harap mereka akan cepat tersedar dan bangkit semula dgn cara yg betul. kalu masih tak sedar, maka panggillah nasir bilal khan untuk menyiapkan pusara. (cinta si penggali kubur) diharap penyokong PR gunakan perkataan yg lebih sopan, jgn terikut2 dgn cara pihak lawan. ingatlah, hari ini BN ditolak, mungkin esok PR pulak dihumban rakyat. semua boleh jadi.
BN juga wajib bekerja keras untuk menarik sokongan golongan muda yang akan menjadi penentu dlm PRU 13 akan datang.Bermuhasabahlah secara jujur dan telus. saya bersetuju dgn kenyataan bakal TPM, TSMY malam tadi yg BN perlu menubuhkan pasukan siasatan bebas yg tak berpihak spt mengambil penganalasis politik spt Dr. Agus, Dr. Abu Hassan Hasbullah dll untuk mencari dan menilai kelemahan BN. makanlah ubat walaupun sangat pahit utk ditelan. Ubat pahit penawar, gula manis berpenyakit.
Tapi kalau sekiranya BN mahu tewas dlm PRU13 nanti, mereka tak perlulah buat post mortem. BN cuma perlu beri alasan yg pengundi tidak bijak dan telah tertipu dgn fitnah pembangkang. BN tamat. noktah.
Najib perlu mencari identiti baru dan hari pertama hingga sekarang ia nya menampakkan beliau sama seperti datuk Mukhriz duduk dibawah ketiak Tun, tidak mustahil najib akan ditarik telinga oleh Muhyiddin kelak. segalanya di Walk the talk
Saya fikir tak perlu untuk mencari salah siapa didalam kekalahan ini. Hakikatnya..BN kalah, dan untuk survival, kena mencari jalan keluar.
Saya yakin DSN tahu apa punca-nya dan beliau hanya mempunyai masa yang singkat untuk memulihkan keadaan. Kejujuran untuk menerima hakikat ini boleh membawa kejayaan dan jangan khayal dengan penafian.
Sebenarnya kekalahan yg diterima adalah satu rahmat dan membuka peluang dan ruang untuk kebangkitan semula. Saya yakin DSN sudah mula merangka kebangkitan itu dan dia akan berpijak dibumi nyata.
Setuju deengan komen saudara.
Najib perlu diberi masa. Ubah UMNO, Ubah BN dan perlu ubah diri.
Apa2 yang dibuat perlu ikhlas.
Perlu buat analisa. Salah satu cara mudah ialah guna analisa SWOT ( Strength, Weakness, Opportunities and Threat) Apa kita punya kekuatan.Kelemahan, peluang dan ancaman.Secara Off-hand, UMNO strength ialah tempat orang Melayu bersatu, sudah menjadi pentadbir, sudah ujudkan cerdik pandai dan peniaga berjaya, Kelemahannya yang ketara kini, ramai ahli2 yang sudah kurang ikhlas dan menjadi tamak . Peluang yang ada ialah mengembalikan kepaercayaan dengan mencari jalan yang ikhlas, apa jua projek mensejahterakan rakyat. Dari sedi ancaman pula, ramai parti lain akan dahulu UMNO dalam usaha mentadbir negara.
Buat analisa yang serupa untuk BN. Matlamat asal ialah untuk memakmurkan Malaysia.
SWOT analysis untuk DS Najib sendiri ialah dia banyak punyai kelebihan,kekacakan beliau mudah mencuri perhatian,latar belakang keluaga,kebijaksanaan dll. Kelemahan yang sering diperkatakan ialah isterinya yang jarang menerima reaksi positive. Peluang untuk DS Najib melantik mereka yang dianggap bersih dan cekap sebagai pembantunya bagi mmembaiki situasi yang ada. Ancaman untuknya ramai pulak yang akan mengambil peluang untuk menjatuhkan dia berdasarkan cerita peribadinya.
Salah satu hal yang remenh tapi penting DS najib untuk ambik perhatian ialah kerampilan ahli keluarganya. Cara berpakaian seperti Alexis Carrington kurang digemari oleh rakyat. Mereka ini berjaya meraih dan membeli hati rakyat tanpa mengadakan konsert amal dsbnya. Hanya senyuman manis dan ikhlas mereka sudah cukup menawan hati Para pemimpin UMNO dan keluarga mereka tidak mudah didekati. Mereka dianggap sebagai elites hanya berdasarkan penonjolan diri. Tun Jean lebih nampak mesra rakyat dengan cara pemaikaian yang sederhana. Sayangnya beliau timbul hanya di saat2 akhir Pak Lah dah mula tenggelam/. pendekatan ini sangat simple tapi, hasilnya dapt sampai jauh.Contohnya penampilan Nurul Izzah vs DS Shahrizat. Yang penting Najib, UMNO dan BN mesti nampak IKHLAS. Walapon hanya Allah sahaja yang tau iapa yang tau mereka IKHLAS atau tidak, rakyat merasakan mereka tau berdasarkan pemerhatian . Rakyat sudah tidak mudah mendengar ucapan/kempen yang berapi2. Mereka buat kesimpulan sendiri dari pemerhatian dari aksi2 yang konsisten. Gambar di internet jugak banyk memainkan peranan. Kita perlu ikhlas. Gambar2 yang diambil tanpa pengtahuan, melalui hp sangat berbahaya .. Jadi setiap mereka yang ingin jadi pemimpin dan ahli keluarga mereka perlu ikhlas supaya insiden gambar2 yang diambil waktu mereka " tak ikhlas" tak terjadi
Memang kita perlu bagi peluang kepada DS Najib. Tapi DS Najib perlu benar2 ikhlas jugak mengotakan janjinya.
yakin dengan PKR. Tetapi BN mesti berubah demi masa depan negara
Saya masih kurang
Tepat Dato'!
Dato Sri Najib wajib gugurkan wakil MIC dan kurangkan kerusi MCA dalam Kabinet. Kalau pun terpaksa kekalkan mereka jadikan mereka menteri tak berportfolio macam Tun Razak buat dulu sehingga mereka meyakinkan kita bahawa undi Cina dan India sudah kembali kepada BN.
Datuk,
Bukan UMNO/BN saja perlu berubah tapi media UMNO/BN juga perlu berubah. RTM, TV3, Utusan Malaysia dan akhbar Kumpulan NST. Laporan mereka dalam pilihan raya sangat memualkan dan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan UMNO/BN.
Rosli dhoby
Saya setuju dengan analisa anda yang jujur.Ramai pembesar UMNO masih dalam sindrom penapian yang dibawah sedar mereka mengatakan pengundi bodoh. Ini tentulah tidak tepat sama sekali.Dalam perniagaan ada slogan yang berbunyi pelanggan sentiasa betul maka dalam politik pun kita harus berkata pengundi sentiasa betul. Hanya dengan demikian yang kalah akan membetulkan dirinya dan yang menang tidak akan lupa diri.
Awang rasa jengkel bila mendapat berita bahawa parti MCA meminta bilangan peruntukan menteri dan timbalan menteri sedia ada untuk parti tersebut perlu dikekalkan tatkala DS Najib sedang merangka untuk mengecilkan saiz struktur kementerian sedia ada. Malah lebih memualkan kerana ada ura-ura parti tersebut cuba momohon diperuntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Komen pertama Awang ialah - BANYAK CANTIK? ......baca seterusnya di http://awangmaya.blogspot.com/
Cina bukan memihak kpd Pas, tapi memihak DAP yang memperkudakan Nizar.
Undi melayu meningkat utk BN tapi masih x cukup
Post a Comment