SALAM! Ahli Umno yang berkumpul di PWTC masing-masing berdiri bulu roma apabila mendengar ucapan DS Najib Tun Razak. Manakan tidak, presiden Umno itu memberi satu ucapan yang sangat dinanti-nanti oleh mereka dari segi Agenda Melayu. Setelah beberapa kali mendengar DS Najib berucap dan mengajukan konsep 1Malaysia, hari ini mereka dapat mendengar dengan jelas pegangan beliau terhadap Agenda Melayu. Malah, DS Najib, merangkap Perdana Menteri juga memberi amaran kepada sesiapa juga yang menyimpan niat untuk merosakkan agenda Melayu atau yang mahu memesongkan pegangan orang melayu, terutamanya dikalangan ahli-ahli Umno. Ayat-ayat yang beliau guna memberi gambaran bahawa intipati perjuangan memang dekat dihati. Bagi ramai ahli Umno, ucapan itu ibarat jampi serapah yang boleh mengembalikan semangat mereka. Sepanjang ucapannya, DS Najib tidak putus2 menyingkap sejarah tanahair kerana sejarah yang sudah terukir itu wajib menjadi arah tunjuk halatuju parti dan negara. Dalam hal ini, DS Najib memetik beberapa fasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bukan Melayu. Kepada semua ahli parti, DS Najib berkata:
"Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi,
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi
Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.."
Jika ada sesiapa yang ragu akan pendirian DS Najib, ucapannya hari ini jelas membuktikan bahawa Agenda Melayu hidup kekal dan teguh dalam genggaman beliau dan Umno.
Gambar: DS Najib melancar Melaka Maju di PWTC
