Monday, April 27, 2009

PM tak perlu ajak menteri jalan-jalan




SAYA MAHU mencadangkan sedikit perubahan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam siri "jalan-jalan" beliau. Istilah yang digunakan ialah "walkabout" yang bermaksud bersiar-siar dengan tujuan meninjau keadaan di mana beliau melawat.

Saya fikir jalan-jalan ini akan menjadi lebih berkesan jika Perdana Menteri melakukannya dengan senyap dan tanpa pengetahuan menteri lain. Juga ada baik jika siri jalan-jalan ini tidak disertai ramai wakil dari media massa. Sebab-sebabnya mudah dan seperti berikut:

1 - Jika PM turun dengan senyap tanpa diiringi menteri lain, beliau boleh melihat sendiri keadaan dengan lebih teliti sambil membuat penilaian samada ahli jemaah menteri buat kerja atau tidak.

2 - Memadai jika Najib turun dengan kamera dan mengambil sendiri gambar sebagai bahan bukti keadaan yang beliau fikir perlu diberi perhatian atau diperbaikki.

3 - Ada baiknya jika PM mengajak hanya seorang wakil media dengan syarat wakil itu tidak pula memaklumkan kepada rakan yang lain. Dalam istilah persuratkhabaran, wakil media itu akan mendapat liputan ekslusif.

4 - Mungkin memadai PM pergi ke hanya satu tempat dan meluangkan cukup masa dengan beramah mesra dengan pengusaha atau penduduk kawasan yang dilawati.

Saya yakin jika Najib melakukan ini, jemaah Menteri dan pegawai kerajaan akan bekerja dengan lebih keras. Bak kata pepatah Inggeris - keep them on their toes (bikin mereka sentiasa waspada untuk rajin bekerja).

Nota: Gambar-gambar ini dirakam di Natrabu, restoran nasi padang terkenal di Jakarta. Dua jejaka yang mendampingi PM ialah sukarelawan dan ketua pegawai operasi Yayasan Salam.

It's good to be back in Kuala Lumpur!

SALAM EVERYONE! I came back to KL on Saturday greeted by the demise of a former colleague, Razman Abdullah aka Rattan Singh, who served the New Straits Times group of newspapers in several capacities in the 80s and 90s. My condolence to his wife, Salmiah, and their children. May he rest in peace.I received many text messages from ex-colleagues informing of the death. If I was in KL earlier, I'd have paid my last respects to yet another loyal servant of journalism. Al-Fatihah.

There were other news that were interesting. Hopefully, I can blog about them in the next few days. The food in Jakarta was simply amazing, especially the nasi padang from several outlets. But there's nothing like some home-cooked asam pedas and sambal ikan bilis garing.

Monday, April 20, 2009

In Jakarta for a week

SALAM everyone! I'm in Jakarta for a few days attending a course for non-governmental organisations. The course offers various perspectives on international humanitarian law and policy. Very interesting! I get to learn about international conflicts and how individuals dealing with such issues are trained.

Thursday, April 16, 2009

Wayang gelap Umno T'ganu belum tamat

AKHIRNYA KESEMUA WAKIL RAKYAT Trengganu yang menguzurkan diri dan tidak hadir di sidang Dewan Negeri semalam (14 April) kembali ke Dewan. Mereka menerima nasihat (arahan) Big Boss di Putrajaya dan masuk pejabat.

Walaupun mereka hadir di Dewan, beberapa soalan masih bermain di kepala. Soalan pertama: apakah ini wayang gelap Umno Terengganu yang masuk ke babak akhir atau baru bermula episod sambungan.

Saya tidak nampak keakraban di kalangan pemimpin Umno seperti yang dipaparkan di kaca televisyen. Kalau wayang gelap biasa, sudah pasti ada babak dimana pelakon utama berpelukan dan berjabat salam dengan rasa penuh keinsafan.

Mungkin ada, tetapi tidak dapat direkod oleh kamera TV. Dari "body language" dan kata-kata yang keluar dari pembesar Umno di KT, saya tak nampak bibit-bibit kesefahaman seperti yang diharapkan.

Masing-masing membawa diri. Tidak ada dialog yang menunjukkan Umno Terengganu sepakat. Tidak nampak pula persefahaman yang ikhlas. Jika ini satu drama atau sandiwara, pelakon-pelakon utama gagal membawa watak yang berkesan.

Saya yakin isu ini belum selesai. MB Datuk Ahmad Said perlu membuktikan bahawa pentadbirannya diterima oleh semua pihak. Mereka yang menetap di KT dan berurusan terus dengan kerajaan negeri tahu bahawa isu ketidakhadiran 10 wakil rakyat adalah lebih dari SMS yang berbau ugutan.

Sepuluh orang Wakil Rakyat yang tidak hadir itu nyata mengikuti dialog lain dari skrip asal. Sama-sama kita perhatikan.

Wednesday, April 15, 2009

Terengganu kite bergolak pulak dah!

APA PULAK CERITA TERENGGANU KITE NI? Saya ketawa berdekah-dekah bila menengok beberapa Wakil Rakyat Terengganu duduk dalam bilik hotel. Saya tak tahu bilek hotel mana mereka berkumpul tapi masing-masing main dengan talipon bimbit seolah-olah mengikuti perkembangan dunia melaluinya.

Sekarang semua orang dah tahu kisah Terengganu ni. Kononnya beberapa orang Wakil Rakyat menerima SMS yang mereka kata berunsur ugutan. Oleh yang demikian mereka menguzurkan diri dan tidak hadir di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Gambaran yang saya dapat ialah Wakil Rakyat ini mungkin merasa mereka terselamat dari sebarang ugutan terhadap nyawa mereka jika mereka "menyorok" dalam bilik hotel. Dalam hati kecil saya, mesti ada antara mereka atau kawan-kawan yang memakluman kepada stesen TV untuk membuat liputan.

Dan bermulalah tuduh menuduh; cabar mencabar; kata mengata. Lumrah politik Pak, kata Mat Indon kepada saya di kedai kopi. "Kalu di tempat saya, ini cuma mainan aja..." katanya tanpa diminta pandangan.

Ketidakhadiran mereka di Dewan Undangan menyebabkan kerisauan yang amat besar di kalangan pemimpin Umno, menyebabkan PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menasihatkan mereka hadir di dewan kerana itu tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam politik, nasihat dari PM sebenarnya ialah arahan. Jangan pula ada Wakil Rakyat tak faham atau sengaja buat tak faham. Jika Wakil Rakyat yang duduk di bilik hotel yang mencari ketenangan atau keselamatan tidak juga hadir di Dewan Undangan, ini bermakna mereka tak dengar cakap Big Boss mereka.

Isu ini pun ada andaian juga:

1 - mereka rasa mereka benar-benar diugut dan nyawa diancam;

2 - mereka percaya mereka selamat berada dalam bilik hotel bersama rakan-rakan lain;

3 - mereka cuba menakutkan MB Datuk Ahmad Said yang mana beliau menjadi MB atas permintaan Istana;

4 - mereka ingin MB melutut dengan mereka dan tunjuk kekuatan yang ada dengan mereka;

5 - sepanjang Ahmad menjadi MB beliau belum dapat mengemblingkan tenaga Wakil Rakyat BN-Umno sebagai satu pasukan yang padu dan seia sekata;

6 - ada permainan politik yang berniat jahat;

7 - mereka "over confident" dan salah congak.

Apapun yang berlaku, Terengganu bukanlah satu negeri jajahan BN-Umno yang kukuh dan padu. PM Najib dan timbalannya TS Muhyiddin Yassin perlu mententeramkan keadaan secepat mungkin dan dengan tegas. Isu ini bukan bermotif "acah aje."

Monday, April 13, 2009

Bank Rakyat, SME Bank - siapa penjaganya?

JIKA JEMAAH MENTERI tidak memberi keterangan penuh dan segera mengenai beberapa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ia akan menimbulkan pelbagai soalan dan andaian.

Setelah PM Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan saf jemaah menterinya dan pembubaran dua kementerian Khamis lalu, sebahagian ahli perniagaan Melayu masih tertanya-tanya kemanakah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu usahawan Melayu.

Antara agensi yang dimaksudkan ialah UDA, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat dan SME Bank. Jika penjelasan segera tidak dibuat, ia berpotensi untuk menjadi isu yang lebih besar dan mungkin dijadikan isu politik.

Pengurusan agensi berkenaan juga tertanya-tanya kementerian mana yang akan mengawas operasi mereka. Ada pihak tertentu yang berpendapat bahawa ketiadaan penjelasan yang memuaskan mungkin disebabkan oleh "terlepas pandang" semasa pembubaran dua kementerian berkenaan.

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini bahawa satu penjelasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Pemerhati politik pula berpendapat bahawa jawapan ini menunjukkan bahawa Kerajaan belum dapat memberi jawapan yang memuaskan perkembangan ini. Seelok-eloknya, jawapan hendaklah diberi sebelum akhir minggu ini, setidak-tidaknya selepas mesyuarat jemaah menteri yang pertama dibawah pentadbiran Najib.

Pak Samad - Zam Wartawan Terbilang MPI


TERBILANG - inilah tajuk buku yang dikeluarkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang mengumpulkan kisah tujuh Tokoh Wartawan Negara. Buku ini wajar dibaca dan dihayati oleh setiap wartawan - media lama dan media baru. Buku setebal 200 muka surat ini boleh dibeli dengan harga RM89 dari kebanyakan kedai buku. Tujuh tokoh yang terbilang ini ialah - A Samad Ismail, Lee Siew Yee, Ishak Haji Muhammad aka Pak Sako, Mohd Fuad Stephens, Melan Abdullah, Mazlan Nordin dan Zainuddin Maidin. Institut Akhbar Malaysia memilih wartawan yang berbakti dengan cemerlang untuk diiktiraf sebagai Tokoh Wartawan Negara. Pengiktirafan ini diberi apabila ada penerima yang layak. Universiti yang menawarkan kursus kewartawanan juga wajib membekalkan buku ini sebagai salah satu bahan bacaan mandatori.