Monday, April 13, 2009

Wayang gelap MIC dalam Kabinet

DALAM SEHARI DUA YANG LEPAS, kedengaran pula suara dari MIC yang kononnya merasa kecil hati kerana tidak dapat menambah jawatan dalam Kabinet.

Tetapi tidak pula ada mana-mana pemimpin kanan yang berani tampil mengesahkannya. Berita itu terpapar dalam beberapa laman blog dan dipetik juga oleh akhbar tempatan. Sumber berita cuma seorang pegawai kanan parti.

Dalam politik, pegawai kanan yang dimaksudkan itu boleh jadi presiden parti atau pegawai eksekutif yng dibayar gaji. Salah seorang dari pegawai majlis tertinggi juga boleh diiktiraf sebagai pegawai kanan.

Cuma, apabila sumber berita itu tidak dinamakan, kesimpulannya ialah laungan atau cadangan itu berupa satu lontaran pandangan yang mempunyai motif tersendiri. Ada beberapa andaian yang boleh dibuat:

1 - memang parti itu berpendirian demikian dan mahu meminta lebih jawatan menteri berbanding satu jawatan menteri penuh dan dua timbalan menteri;

2 - ada pihak dalam parti yang mahu pucuk pimpinan parti mendesak PM Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menambah kerusi untuk MIC;

3 - pucuk pimpinan mahukan tambahan kerusi tetapi tidak mahu nampak seolah-olah mereka mahu menekan PM, dan minta "pegawai kanan" yang dimaksudkan itu membuat "lontaran;"

4 - ada pihak dalam parti main buang batu sembunyi tangan;

5 - mungkin ada juga yang nak "test power" PM baru kita.

6 - atau lontaran cadangan ini datang dari kesemua andaian di atas.

Dalam hal ini, PM tak perlu jawab. Memadai dengan seorang "pegawai kanannya" yang menjawab. Buat apa PM perlu jawab satu lontaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Lagipun, cemerlang sangat ke prestasi MIC untuk buat "demand" sedemikian rupa?

Friday, April 10, 2009

Shrewed and inclusive - a OneMsia Cabinet

HAS DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK, as our sixth Prime Minister, done the right thing with the Cabinet appointments he announced yesterday?

Najib's list offers an interesting combination of experience and youth, with enough steady hands and minds to guide the nation through the difficult period we are now in. Let's take a quick look at who's doing what and where.

As expected, Muhyiddin Yassin is now DPM, with the Education Ministry as his Cabinet base. I'm still getting calls and text messages as to why the Pagoh MP, who won a straight-fight for the deputy Umno president, is made Education Minister.

My guess is that Najib wants a fresh look at education, and a cool, capable head to steer educational issues away from unproductive polemics and come up with a stronger foundation for our childen's education.

There was speculation that Muhyiddin would be made Finance Minister, but Najib has kept that for himself for now. Muhyiddin will be assisted by a new face at the ministry, a Johor MP, Ahmad Puad Zarkashi, from Batu Pahat.

That these two Johoreans were among the most vocal of critics that eventually led to last week's transfer of power is not lost on many people. Would they remain vocal in the years ahead? We'll see.

Giving the likes of Azalina Othman Said, Syed Hamid Albar, Muhammad Muhd Taib, Zulhasnan Rafique and Ong Ka Chuan "free transfers" release Najib from considerable negative perception if these individuals remain in the Cabinet.

Their exclusion wasn't totally unexpected. Azalina, for instance, have had a nightmare of a life in the past couple of months with her "battle" with enforcement authorities. Muhammad, meanwhile, have not been able to erase some bad memories from his days as a Menteri Besar on a holiday in Australia.

And giving the likes of Koh Tsu Koon, Anifah Aman and Kong Chong Ha a place in the line-up suggests that Najib places sufficient importance to having enough representation of BN component members in the ruling coalition.

Tsu Koon, defeated in last year's general election but made a Senator yesterday to enable him to join Najib's Cabinet, is now "head prefect" with the specific task of monitoring his colleagues performance once every six months.

For a former chief minister rejected by the electorate, Tsu Koon ought to be thankful that the PM has decided to give him a political lifeline. The Gerakan chief knows that he has only three years max to prove his worth.

The exclusion of Amirsham Aziz wasn't a surprise either. In fact, his appointment to the previous Cabinet was! Amirsham, a good banker no doubt, is probably best deployed as a technocrat elsewhere.

Remember Anifah Aman, who turned down a deputy minister post when offered last year? Well, this quiet Chinese-speaking MP from Sabah is now our new Foreign Minister. Articulate and thoughtful, Anifah should be able to dispense his duties well. He needs to work on his profile though, but this shouldn't be too much of a problem.

The dismantling of two ministries and regrouping them offers an interesting situation too. Peter Chin is now the Minister of Energy, Green Technology and Water responsible to look deeply into environmental-friendly technical know-how to power the nation.

I'm not sure if Peter Chin has the right credentials to do a decent job, but maybe it's still early days to pass any judgement.

Rais Yatim is the other minister given a far bigger ministry - that of Information, Communication, Culture and the Arts. Rais was Information Minister once and is no stranger to Angkasapuri operations. (Catch Rais' appearance on the BBC's Hardtalk on Monday and see how he gives as much as he takes on the half-hour talk show).

While on a radio talk show yesterday, I was asked for my opinion as to why Khairy Jamaluddin, the Ketua Pemuda, wasn't given a role in the new administration, while the man whom he defeated in the contest, Mukriz Mahathir, was made deputy minister.

I wouldn't really know but my guess is that Najib would rather have his Cabinet not be distracted by additional negative perception. As his detractors were quick to point out, the retention of Nazri Aziz, Noh Omar and Nor Mohamed Yakcop wouldn't add too good an image of the new line-up.

I must mention the appointments of Ahmad Zahid Hamidi as Defence Minister and Hishammuddin Hussein as Home Minister. These are key appointments and they offer Najib the comfort of knowing that two of his closest colleagues are also probably his most trusted allies in the Cabinet.

Mind you, Zahid was once his political secretary while Hishammuddin is his cousion. I'm not suggesting that Najib needs to have his flanks covered the way it is, but these two ex-Ketua Pemuda (in the same way that Najib once was) came out tops in last week's contest for vice presidential posts in Umno.

A few names were relieved that they are still Cabinet members. One person who need not worry at all was Mustapha Mohamed, the Jeli MP, who is now Minister for International Trade and Industry. A chorus of appoval greeted his appointment, a due recognition to the man who secured the highest vote for a supreme council post in Umno recently.

After the dust has settled in a few days time, I expect the new Cabinet to get down to some really serious work. I suggest some one should go back to Bukit Gantang and engage the voters who sided with Pakatan Rakyat in Tueday's by-election.

Get down to work YBs, or else...

Wednesday, April 8, 2009

Nizar, Manikumar bukti BN mesti berubah

MARI KITA UCAPKAN TAHNIAH kepada Pakatan Rakyat atas kemenangan parti itu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dan jangan lupa juga ucapan syabas kepada BN yang menang di Batang Ai, Sarawak.

Ada beberapa kesimpulan yang boleh kita dapat dari keputusan-keputusan ini. Antaranya:

1 - Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan pengundi dan sukar untuk dikalahkan

2 - BN perlu mencari kaedah baru untuk meyakinkan pengundi bahawa ia masih relevan

3 - Pengundi Perak bersimpati dengan bekas MB Datuk Nizar Jamaluddin dan memihak kepadanya dalam pemilihan semalam

4 - Calon BN di Bukit Gantang meraih banyak undi, membuktikan bahawa anak tempatan boleh diketengahkan

5 - BN gagal menarik undi kaum Cina, yang lebih sedia memihak kepada calon Pas

6 - MCA dan Gerakan ditolak oleh kaum Cina sebagai parti yang boleh menjaga kepentingan mereka

7 - Keputusan menjadi petunjuk besar bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pengundi mahu perubahan, dan BN dalam bentuk hari ini tidak lagi menarik dan meyakinkan

8 - Ramai pembesar Umno tidak turun berkempen, mungkin kerana mereka masih sakit hati setelah kalah dalam pemilihan parti minggu lepas

9 - Membuktikan betapa perlunya Najib diberi cukup masa untuk membina pasukan BN yang baru untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13

10 - Pakatan Rakyat dapat momentum dan keyakinan baru di lanskap politik tanahair

11 - Dari perangkaan awal yang diperolehi, Umno telah mula mendapatkan kembali untuk Melayu, tetapi tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan

12 - MCA dan Gerakan wajib membuat analisa yang jujur terhadap sumbangan mereka dan bukan menuding jari antara satu sama lain

13 - Kekalahan ini adalah 'blessing in disguise' bagi Najib kerana ia memberi hujah yang kuat betapa perlu beliau mengubah persepsi rakyat terhadap BN, terutamanya Umno

14 - Jika Najib mahu mencari bukti mengapa ia wajib merombak kabinetnya dengan drastik, Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah bukti yang amat jelas.

Seperkara lagi, bayangkan apa akan berlaku jika peralihan kuasa dalam Umno dibuat tahun hadapan. Sudah tentu Najib tidak mempunyai cukup masa untuk membentuk pasukannya untuk pilihanraya umum ke 13.

Tuesday, April 7, 2009

BN boleh menang Bkt Gantang jika ia ikhlas











JANGAN TERKEJUT jika BN menang di pilihanraya kecil Bukit Gantang di mana bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PR-PAS) menaruh harapan untuk menjadi ahli parlimen kawasan itu. Lawannya ialah Ismail Safian (BN-Umno), anak tempatan yang dipilih untuk bertanding buat pertama kalinya.

Kempen berakhir siang tadi dan besok (Selasa 7 April), pengundi akan menentukan siapa yang akan ke Parlimen selepas ini. Calon ketiga dijangka "bungkus" dan tidak mempunyai apa-apa harapan untuk membolot banyak undi.

Beberapa pemimpin kanan BN telah berada di Bukit Gantang untuk membantu kempen. Umno meletakkan Naib Presiden barunya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sebagai ketua operasi manakala Timbalan President baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai pengarah keseluruhan pilihanraya kecil, termasuk di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak.

Seperti dalam setiap pilihanraya, kempen bersih dan kotor ada di setiap cerok. Kata mereka yang berkempen:

1 - Calon BN bukan ada apa-apa kedudukan dalam parti (UMNO). Macam mana dia boleh terpilih?

2 - Pengundi Cina tidak akan memangkah calon BN kerana jika BN menang, kerajaan Pakatan Rakyat akan hilang sengat dan masyarakat Cina akan terpinggir. Pengundi Cina kononnya berdiri tegoh di belakang Nizar kerana beliau bersimpati dengan masyarakat Cina dan dipandang elok oleh DAP, sekutu Pas di kerajaan camporan Perak sebelum jatuh;

3 - Jentera Umno lemah dan ramai pemimpin kanan tidak hadir berkempen kerana kecil hati apabila kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini;

4 - MB Perak Datuk Dr Zamri A Kadir merampas kerajaan negeri dengan cara yang tidak sopan - lihat betapa besar egonya melalui poster yang terpampang di setiap selekoh;

5 - PM Datuk Seri Najib Tun Razak akan memulihkan ekonomi negara dan ini akan memberi manfaat kepada semua rakyat - Najib bukan pemimpin cakap tak serupa bikin; dia bukan kaki tidor;

6 - Umno dan BN sudah sampai ke tahap nazak dan hanya menunggu hari sebelum dikuburkan.

Kehadiran mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dimana beliau berucap kepada pengundi di Bkt Gantang mungkin boleh mengembalikan pengundi Melayu kepada BN. Dr Mahathir berucap secara langsung di kaca televisyen dan ini menunjukkan keyakinan pemimpin BN terhadap negarawan itu.

Namun, tidak kurang juga pengundi yang mencemoh usaha membawa Dr Mahathir ke gelanggang tempor. Kata mereka, Dr Mahathir kini sudah "halal" berbanding lima tahun sebelum ini. Inilah sikap talam dua muka ramai pemimpin Umno, menurut pemerhati politik.

Apapun, pegawai-pegawai kempen BN menyuarakan keyakinan baru dalam usaha mereka memulihkan maruah parti itu. Mereka berkata kepimpinan BN berpengalaman dalam mentadbir negara sebagai parti yang terbukti kesepakatannya. Kerjasama PKR sebagai pemerintah pula, kata pemerhati politik, masih rapoh dan dicurigai kebolehannya.

Dalam 24 jam lagi, kita akan tahu siapa yang berjaya menawan hati pengundi di Bukit Gantang.

Saturday, April 4, 2009

PM Najib sambut hari pertama dgn Dr M




DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK memang mahir berpolitik. Pagi tadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang dilantik semalam (Jumaat) menerima kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga di Sri Satria, Putrajaya.

Rombongan Dr Mahathir tiba jam 10 pagi. Turut serta dalam rombongan itu ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan anak-anak mereka, Datuk Mirzan, Datuk Mokhzani dan Datuk Mukhriz. Anak-anak bekas PM itu ditemani isteri masing-masing, kecuali Mirzan.

Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah dan Mokhzani kemudian menyerah borang keahlian untuk kembali ke pangkuan Umno kepada Najib di satu sidang akhbar dihadiri hampir semua media tempatan dan beberapa wakil media asing.

"Lama betul Datuk bersarapan dengan Tun," saya berkata kepada Najib. "Mesti banyak cerita tu," saya mencelah lagi.

"Memang banyak nak bincang. Lagipun, Tun nak lawat bilik perpustakaan sambil meninjau kolam ikan," jawab Najib sambil ketawa riang.

Kembalinya Dr Mahathir ke Umno memberi Najib kekuatan yang besar ertinya. Dalam politik tanahair, nama Dr Mahathir masih laku. Malah, mantan presiden Umno dan PM itu masih menjadi tarikan di mana sahaja beliau pergi. Dalam politik, Dr Mahathir sebagai rakan atau sekutu adalah lebih baik dan berguna dari beliau menjadi saingan atau seteru.

Pemerhati politik percaya lawatan Dr Mahathir dan upacara penyerahan borang di kediaman Najib bukan sesuatu yang berlaku dengan tidak sengaja. Ada permainan politik disebaliknya.

Malah sidang akhbar pertama Najib yang diadakan selepas upacara itu bersama Dr Mahathir juga menandakan betapa cekap percaturan politik Ahli Parlimen Pakan ini. Dan ciri berpolitik beginilah antara yang disebut oleh Dr Mahathir satu masa dahulu apabila beliau menghuraikan kriteria yang perlu ada pada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin politik yang berjaya.

Tun M serah borang Umno pd Najib besok?


Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai akan menyerahkan borang keahlian Umno besok (Sabtu) kepada Presiden baru parti itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Upacara itu dipercayai dibuat di Putrajaya.

Dr Mahathir keluar dari Umno tahun lalu tetapi berjanji akan kembali kepangkuan parti yang diketuainya apabila ada pertukaran pada pucuk pimpinan. Perubahan ini sudahpun berlaku apabila Najib mengambil alih kerusi presiden dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga dijangka menyerahkan borang keahliannya di upacara yang sama besok. Seorang lagi pemimpin Umno yang keluar parti ialah Tan Sri Sanusi Junid, tetapai setakat ini tidak pula kedengaran beliau akan bersama kedua-dua Tun besok.

Berita gembira ini dijangka memberi semangat kepada sebahagian besar ahli Umno. Minggu lalu Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mengejutkan perwakilan apabila muncul di perhimpunan agung tahunan Umno di PWTC.

Sementara itu, rakyat dikejutkan juga dengan pengumuman Najib yang membebaskan 13 orang tahanan ISA dalam ucapan sulongnya melalui televisyen semalam (Jumaat). Ada yang mengalu-alukannya dan tidak kurang juga yang mencemoh, malah memandang sinis pengumuman itu.

Najib juga mengumumkan penarikan semula dua buah akhbar yang digantung baru-baru ini. Beliau tidak menamakan akhbar berkenaan tetapi besar kemungkinan dua terbitan yang dimaksudkan itu ialah Harakah dan Suara Keadilan milik parti pembangkang.

Apa lagi agaknya kejutan yang akan datang dari PM baru kita di masa terdekat?

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir juga membebaskan beberapa orang tahanan ISA sebaik sahaja beliau menerajui kerajaan pada tahun 1981. Antara yang dibebaskannya ialah Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, Tokoh Wartawan Negara.

Friday, April 3, 2009

Saf ampoh PM baru dinanti-nantikan


DALAM BEBERAPA HARI LAGI, senarai barisan Kabinet Perdana Menteri kita yang baru akan diumumkan, InsyaAllah. Selesai sudah majis perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai PM yang ke 6, rakyat kini menunggu saf yang ampoh dan berintegriti yang diharap akan membawa negara ke tahap yang meyakinkan dari sudut politik mahupun ekonomi.

Tidak berapa lama duhulu, kita duduk di hadapan peti televisyen melihat perlantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang hari ini bergelar Tun) sebagai PM yang ke 5. Harapan negara pada ketika itu ialah satu masa depan yang cemerlang dan gemilang, tetapi kita semua tahu bahawa ianya tidak kesampaian.

Kemenangan besar pada pilihanraya umum 2004 memberi mandat yang kukuh kepada Abdullah. Tetapi kegagalan untuk mempertahankan kemenangan besar itu pada 8 Mac 2008 akhirnya menjadi punca Abdullah terpaksa turun dari tampok pentadbiran dan menyerahkan kuasa kepada Najib.

Hari ini, Najib mewarisi beban dan tanggongjawab yang akan menguji kebolehannya sebagai pemimpin politik dan pentadbir negara. Minggu lepas, Najib mengambil alih kerusi presiden Umno dan rata-rata, ahli Umno bersetuju bahawa Najib mempunyai cukup "ilmu" untuk menjadi nakhoda parti yang berkesan.

Ujian yang tidak kurang besar bermula hari ini. Ucapan Najib di perhimpunan Umno minggu lepas berjaya menyuntik semangat baru kepada Umno. Dalam sehari dua ini, kita tunggu pula saf Kabinet yang baru untuk meneruskan kerja-kerja pentadbiran kerajaan.

Perlantikan anggota Kabinet ialah tanggongjawab PM semata-mata. Tidak ada pungutan suara dari rakyat, kecuali dalam pemilihan pada PRU yan lepas. Ini bermakna, PM boleh melantik sesiapa saja yang difikirkan layak untuk membantu beliau dalam jemaah yang paling tinggi dalam negara.

Kita harap Najib memilih individu yang benar-benar berkebolehan. Gandingan baru dan lama biasanya akan memberi kesan yang baik jika menerima bimbingan yang wajar. Maka di sinilah ketokohan Najib akan diuji. Sebagai nakhoda, beliau akan menentukan samada negara akan keluar dari ribut yang melanda dengan selamat atau tenggelam di bawa arus.