Tuesday, September 30, 2008

Selamat hari raya, maaf zahir batin

KURANG satu selendang tahun ini. Apabila Mak Tam meninggal dunia awal Ramadhan ini, secara automatik senerai membeli-belah kurang sehelai dua. Kalau dulu, aku belikan dia selendang atau kain baju kurung sepersalinan, kini, Al-Fatihah dan bunga rampai pengganti selendang dan baju raya.

Kira-kira enam bulan lalu, anaknya Mamat meninggal dunia, akibat serangan sakit jantung dan komplikasi lain. Maka itulah sebabnya Syawal tahun ini disambut serba sederhana. Keluarga Mak Tam kini diwarisi oleh anak sulongnya, Hamdan dan lima orang cucu.

Banyak kenangan manis dengan Mak Tam dan keluarganya. Aku berdoa agar rohnya disemadikan di tempat orang-orang yang soleh.

Malam ini aku akan mengepalai adik-beradik dan sanak saudara untuk bertakbir raya dari rumah ke rumah. Oleh kerana rumah-rumah ini berjauhan, kami terpaksa berkereta untuk menziarahi Taman Tun Dr Ismail, Putrajaya, Sg Long dan PJ Old Town.

Mungkin ada yang sebak sedikit malam ini, tetapi inilah dugaan yang Tuhan beri kepada kita dari masa ke masa. Dalam perjalanan hidup ini, kita tidak sunyi dari ujian dari Tuhan dan godaan dari syaitan.

Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelayar blog ini. Jika terkasar bahasa, ampunkan saya; jika keterlaluan bicara, kemaafan jua yang dipinta.

PS: Ashraf, saya dah cabut kebel TV tu!

6 comments:

Arnaz M. Khairul said...

Datuk, wishing you and your family Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin...

NURAINA A SAMAD said...

salam aidilfitri, dear Ahmad and family!

maaf zahir & batin!

kalau senang. sila lah ke runah di seksyen 16...first day!

maria a samad (kak ton) said...

Dear bro,

Salaam Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Beb.

Witnessed the PWTC Hindraf circus tadi.

Hot off the press.

mananbuyong said...

Assalamu'alaikum Yop.

Just wishing you the usual Selamat Hari raya, Ma'af Zahir dan bathin seems inadequte, Ahmad. Although that is the gist of what I want to say.

More than that I would like to wish you and your family good health, happy days and may Allah bless you all.

They say that if you want to please your parents after they left you for the hereafter, one of the ways is to show kindness to their friends who are still living.

Both our fathers, who were friends, has passed away. But your mother is still here.

When my mother was lonely after my father passed away, she used to go to that dusun near where your mother sometimes would come down from KL. Many a time they meet and they would talk... and they were friends.

I am happy to show respect to your mother. And I am very happy to see that you look after your mother well.

Living in one of these villages that dotted the foothills of the mighty Titiwangsa, I am less in touch with city friends as I used to. I go and meet them from time to time, of course, but at their domain. With you coming by ever so often, and with the little projects that have started with your initiatives - both for your own and for the community - I found life to be not so 'left behind'. And we met in my 'domain' so to speak. And we talk a lot when we meet!

Therefore, I would like more than just wish you the usual SHRMZnBathin rhetoric. I really would like to say thank you for your friendship. Mohon izin halalkan yang termakan dan terminum. Ma'af kalau ada gerak geri dan tindak tanduk, segala umpat keji, yang tidak menyenangkan..Then SHRMZnBathin..

See you around. Wassalam.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin from both of us in Big Apple


nani