SALAM SEJAHTERA SEMUA! Dua pilihanraya kecil serentak - Merlimau dan Kerdau. Ini bermakna penamaan calon akan berlangsung pada 26 Feb dan pengundian pada 6 Mac. Ini sudah tentu membawa cabaran yang pelbagai kepada parti2 yang berhajat bertanding. Segala jentera parti akan digerakkan untuk tujuan ini. Nah, bagaimana agaknya mereka akan mengendalikan PRK ini? Nasib baik Pelabuhan Kelang tidak ada PRK. Kalau ada, ia juga mungkin diadakan pada hari yang sama. Nampaknya, kita berpolitik tak henti-henti. Maka mulai sekarang kita akan lihat perang mulut, poster dan ceramah serta lawatan rumah ke rumah akan bermula dengan kepelbagaian serentak. Kedua-dua kerusi itu milik BN/Umno sebelum penyandangnya meninggal dunia baru-baru ini. PRK di kedua-dua kawasan menjadi kancah percubaan sebelum PRU ke 13. Sudah tentu juga BN dan PKR akan menguji tahap persediaan jentera mereka sebelum PRU 13. PRK di kedua kawasan ini akan menjadi contoh sebersih atau sekotor mana PRU 13 akan diadakan nanti. Lanskap politik hari ini sudah berubah begitu banyak. Maka, tak mungkin parti yang berkempen di Kerdau dan Merlimau akan kembali ke cara2 sebelum PRK 12.
Dalam pada itu, spekulasi mengenai pilihanraya negeri Sarawak semakin menjadi-jadi. Ramai pemerhati politik negeri bumi kenyalang itu meramalkan pengundian ke atas 71 kerusi dewan undangan akan diadakan pada bulan April, atau selewat-lewatnya Mei. Namun, ada juga yang meramalkan ia akan berlangsung pada bulan Mac, apabila ketua menteri TS Taib Mahmud genap 30 tahun sebagai ketua menteri.
Friday, February 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pada pandangan saya mengganggap pilihanraya kecil sebagai 'litmus test' untuk menguji kekuatan satu parti politik agak kurang tepat kerana setiap kali ada pilihanraya kecil BN patut menang kerana BN ada 'ramuan khas' untuk penggundi2 tempatan! Anggapan tersebut tepat jika BN dan Pakatan bertanding atas 'level dan platform' yang sama. Jadi setiap kali ada pilihanraya kecil BN agsk gentar dan tertekan kerana perlu menang untuk menunjukkan pada rakyat BN parti politik yang hebat. Hanya pada pilihanraya umum maka peluasng ada untuk parti pembangkang memberi cabaran kerana 'ramuan khas' BN agak terbatas dan perlu ditumpu kepada kawasan2 yang agak 'panas'! Mungkin pandangan saya ini kurang tepat tapi ini hanya pandangan pemerhati politik biasa!
Post a Comment