Tuesday, February 8, 2011

Ada wakil rakyat nak undur diri

SALAM! Beberapa ADUN Sarawak menyuarakan mereka tidak mahu dicalonkan untuk pilihanraya negeri yang dijangka berlangsung sebelum pertengahan tahun ini. Nama2 mereka tidak diketahui tetapi spekulasi memang banyak. Rata2, umum berkata mereka adalah antara ADUN yang sudah lama berkhidmat. Kita tidak pula tahu mengapa mereka tidak lagi mahu dicalonkan tetapi tindakan ini adalah satu yang positif. Sebelum bersara, kita juga ingin tahu samada mereka sudah melaksanakan tugas dengan baik. Kita juga tertanya-tanya apakah mereka mahu berundur setelah dinasihat demikian oleh ketua mereka. Bagi Adun yang bertugas dengan baik dan berkesan, mungkin mereka boleh terus dicalonkan. Tetapi jika tidak, berundur lebih baik. Kita mahu lihat siapa lagi di kalangan wakil rakyat seluruh negara yang mahu berundur untuk memberi laluan kepada orang baru.

3 comments:

Anonymous said...

Termasuk KM Sarawak. Patutlah beri laluan orang baru pulak.

Alias Mohd Yusof said...

rakyat Sarawak belum terdedah kepada media baru secara meluas, ini dapat menyelamatkan Ketua Menterinya terus kekal walaupun sudah hampir 30 tahun berkuasa.

tokman said...

Masalahnya yang nak berundur mereka yang berkerja kuat.....yang terus mencari kekayaan dan rasuah pula tak mahu lepas jawatan....nilah yang silap dan kelemahan besar!