Saturday, February 12, 2011

Adnan Tahir meninggal dunia - Al-Fatihah

SALAM! Hari ini mendung sahaja. Dan mendung juga di hati. Awal pagi saya mendapat pesanan ringkas memaklumkan bahawa Datuk Adnan Tahir, sukarelawan dan aktivis yang mengepalai Viva Palestina Malaysia, telah kembali ke rahmatullah. Saya sempat menziarah jenazahnya di rumah di Bangsar. Saya tidak mengenali arwah secara mendalam tetapi kami sering bekerjasama dalam usaha memberi penerangan dan membantu usaha mengembalikan hak rakyat Palestin kepada mereka. Arwah turut serta dalam konvoi besar-besaran memasuki Gaza tahun lalu. Saya difahamkan ini adalah antara kemuncak usahanya dalam membantu rakyat Gaza. Pemergiannya sudah tentu dirasa dengan penuh insaf warga kesukarelawanan di mana sahaja mereka berada. Apapun, itulah ketentuan bagi kita di dunia ini. Moga2 roh arwah dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarganya. Al-Fatihah.

4 comments:

Hamba Allah SWT said...

Inna lillahi wainna illahirajiiun semoga Allah swt menempatkan roh nya bersama sama para orang yang beriman dan syuhada. Al fatihah. Amin.

al-Deen said...

Al-Fatihah kapada seorang yang berjihad membantu Gaza. Tentu Viva Palestina memberi makna besar sebelum Rafah lebih bebas diharapkan akan berlaku setelah regime Mubarak jatuh.

Njah said...

Inna lillahi wainna illahirajiiun semoga Allah swt menempatkan roh nya bersama sama para orang yang beriman dan syuhada. Amin.

bosir said...

He was a great boss of mine, Al-fatihah