Thursday, February 3, 2011
Ibubapa risau, talipon tak berjawab
SALAM!Hari ini saya bergegas ke TUDM Subang meninjau kawan2 wartawan yang buat persiapan terbang dengan C130 ke Kaherah. Mereka dibawa ke sana untuk merakamkan kerja-kerja membawa pulang penuntut kita yang terperangkap dalam kemelur politik Mesir. Tunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak melumpuhkan Mesir. Setelah mendapat laporan terpeinci dari Setiausaha Politiknya, PM DS Najib Razak mengarahkan supaya segala usaha dibuat untuk membawa kira2 12,000 penuntut kita pulang ke tanahair. Ibu bapa mana yang tidak risau mendengar dan melihat berita mengenai kekecohan di Mesir? Kedutaan kita di Kaherah pula seolah-olah tidak tahu macam mana mahu bertindak. Atau tidak tahu macam mana nak menghantar berita ke tanahair. Apabila nombor yang dihubungi di Kaherah berdering tanpa sesiapa menjawabnya, maka keresahan ibu bapa menjadi lebih kuat. Alhamdulillah, sekarang semua pihak dikerah untuk membantu. Kita semua sedar bahawa Kementerian Luar dibebani amanat dan tanggongjawab yang berat, tetapi wakil kementerian di Kaherah perlu lebih pro-aktif, setidak-tidaknya dalam kerja mengirim maklumat ke KL. Kita diberitahu sistem komunikasi disekat beberapa ketika. Takda talipon satelit ke? Apapun, kerisauan ibu bapa dan sanak saudara kini reda dengan butiran yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di KL dan semua agensi lain. Kita doakan semua usaha ini berjalan lancar dan anak-anak kita selamat diperantauan.
Gambar: menghantar wartawan bertugas ke Kaherah menaikki Emirates Airline dari KLIA pada 1 Feb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment