Monday, January 19, 2009

Tiada maaf bagi mu BN-Umno!

TIADA SIMPATI untuk Umno dan BN - inilah yang jelas dilihat setelah parti terbesar itu kalah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu akhir minggu lepas. Kekalahan calon yang menyandang jawatan Timbalan Menteri itu amat memalukan, dan sekaligus mengekalkan persepsi bahawa BN dan Umno semakin kurang mendapat tempat di hati pengundi.

Persepsi ini memerlukan Presiden Umno yang baru nanti, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengambil langkah drastik jika beliau mahu memulihkan BN dan Umno. Setelah kalah di pilihanraya kecil Permatang Pauh, dan sekarang di Kuala Terengganu, Najib tiada pilihan lain kecuali menunjukkan taringnya jika parti yang bakal dipimpin mahu kekal berkuasa.

Bagi Najib secara peribadi, mungkin kekalahan ini ada hikmahnya. Setelah begitu lama "dilindungi" bayang-bayang tiga Perdana Menteri dan PresidenUmno, iaitu arwah ayahandanya Tun Razak, dan seterusnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, masa sudah sampai bagi MP Pekan ini menunjukkaan belangnya sebenar.

Sebenarnya, sudah tidak ada cara lain bagi Najib. Jika beliau ingin terus relevan dalam politik tanahair, dan jika mahu menentukan halatuju agenda nasional dan perjuangan parti yang didokongnya, Najib wajib bertindak tegas. Malah, dia juga wajib dilihat supaya bertindak, dan bukan hanya sekadar membuat janji akan merubah keadaan.

Di KT, segala bala tentera BN/Umno tidak dapat menahan PAS dan sekutunya. Himpunan pembesar-pembesar Umno khasnya tidak terdaya mempertahan kerusi yang dimenangi pada Mac tahun lalu. Penolakan calon BN Datuk Wan Farid menjadi satu tamparan kuat kepada kerjaya anak muda kelahiran KT ini. Kehadiran bosnya sendiri tidak dapat membantu, dan ada pihak yang mendakwa kehadiran bosnya itulah antara punca kekalahan.

Pelbagai tanda bahawa Umno berhadapan dengan tugas berat di KT mula nampak sebelum penamaan calon lagi. Pada hari penamaan calon, kemewahan yang ditayang oleh bala tentera Umno menjolok mata pengundi tempatan. Maka tidak hairanlah jika mereka menolah tawaran demi tawaran, janji demi janji yang ditabur oleh pembesar Umno sepanjang berkempen.

Pemerhati politik membuat kesimpulan bahawa kekalahan kali ini membuktikan penolahan terhadap calon dan parti. Pengundi menolak calon yang dijanjikan akan terus dilantik sebagai timbalan menteri jika menang. Apabila begitu ramai pembesar Umno turun padang ke KT, maka isu nasional menjadi besar dan sekaligus mengalih perhatian pengundi.

Kemarahan dan kebencian kepada Umno di peringkat nasional akhirnya "singgah" kepada Calon di KT. Maka berkecailah cita-cita Wan Farid dan Umno untuk terus menawan KT. Kebencian dan kemarahan ini juga dizahirkan oleh ahli Umno sendiri, yang berkumpul di sana sini membuat analisa "kedai kopi" mereka sendiri.

Dalam satu rancangan televisyen disiarkan pada malam keputusan diumumkan, pemanggil semuanya mengecam BN-Umno. Mereka membuat kesimpulan bahawa Umno tidak belajar dari kesilapan Mac 8, 2007 dan Permatang Pauh. Mereka sudahpun membuat telahan bahawa Umno akan berkubur jika tidak mengambil langkah drastik sebelum pilihanraya yang akan datang.

Kekalahan di KT boleh menjadi azimat kepada Wan Farid dan penyokongnya. Perubahan diri dan pendirian parti itu sendiri akan diperhatikan dalam bulan-bulan mendatang. Masih ada masa untuk menebus kekalahan itu, tetapi ia bukan mudah dan memerlukan suntikan "ubat yang pahit" sebagai penawar.

5 comments:

NGINAP SRENGENGE said...

Rata2 orang dah meluat dengan kesombongan UMNO.

Orang juga meluat dengan TV1,TV3,Prima dan lain2nya.Seolah2 penonton tak pandai menilai apa yang sebenarnya berlaku.

Surat khabar menambahkan lagi kemeluatan rakyat.

Pemimpin Umno di peringkat bawah seperti JKKK juga banyak merosakan UMNO.Kerana depa juga mengisi tembolok masing2.

Kerana kokok berderai2 dan ekor bergelumang tahi , tunggulah masa untuk UMNO angkat bungkus.

Gelagat orang Melayu ni macam kadok menaiki junjung.

Mentorini said...

Well done Datuk. Your well articulated article leaves me with only a simple comment on what had happened - not just last weekend but the weeks leading up to the D-Day ... in this case, disaster day.

In one word, overdo. I should really spell that bold, big and all caps.

Having left the country for a few years, I thought I'd come back to see something different in the political scene here. Same old. And it is these same old techniques and tactics that has probably caused the disaster of March 08 and recently in KT. Permatang Pauh in my opinion was a given to PKR ... although the BN-UMNO strategies were the same old tired ways.

I'm a branding man. And so I see an over-branding. A very dangerous way of displacing your product/service/organisation off the market. I agree with you that YAB Datuk Sri Najib has to make changes. After all he is going to be President & PM. These changes must be felt down to the BN-UMNO grassroots. I'm talking about mindset. The mindset of we are government and therefore we govern is not relevant anymore. We are government and therefore we listen to you may be the better way.

Branding is a holistic exercise.

Here are what I saw:

1. same old one-sided media reporting that really, I mean really, looked like as if they were orchestrated by BN_UMNO.
2. too much politics in Malaysian main media (albeit that one-sided news) that look like there's nothing else happening in the country.
3. young are probably not particularly bothered with what they may call "nonsense" about the bickering and slanders from the ruling party reported in the media.
4. these young people now qualify to vote. And they probably did. Change has been the buzz word of their generation. And change they did ... for the sake of just doing something different.
5. branding is not just about the flags and posters that were put up. Functions (as in charitable jamuan, etc) should been done honestly and not seemingly politically orchestrated. Speeches should be well-written. Candidates, sponsors and supporters must appear less condescending.
6. branding cannot just happen quickly but well nurtured strategies must be planned and implemented constantly and consistently.

Branding is all about developing the right perception. Perception is crucial in any form of marketing ... including political marketing.

Do I feel like training these guys in branding? Yes.

Cheers,
Izme Che Ismail

A KADIR JASIN said...

Soalnya Sdr Pahit Manis, dengan barisan calon MT yang menawarkan diri untuk bertanding Mac ini, bolehkah Umno diharap untuk membuat perubahan?

Dengan orang ini sebagai peneraju, bolehkah Umno kembali kepada zaman gemilang dan zaman unggulnya?

Bolehkah "restorasi" dilakukan dengan watak-watak dalam senarai calon itu?

Kalau perwakilan membelakangkan pilihan cawangan dan bahagian, Umno akan semakin jauh terpisah daripada akar umbi dan orang Melayu.

Pada ketika itu, Umno akan menjadi seperti parti-parti pejuang kemerdekaan yang lain seperti Parti Kongres India, Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun dan Koumintang (Taiwan)yang hilang taringnya?

Umno dan BN mungkin tidak pupus seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, tetapi tidak mustahil ia menjadi melukut di tepi gantang.

Aneh tetapi benar, ramai pembesar Umno sendiri tidak yakin boleh mempertahankan KT malah ada yang seolah-olah mahu Umno/Bn kalah.

Beberapa hari sebelum pengundian, seorang bekas menteri Umno nampak "gembira" apabila dia menunjukkan kepada saya SMS yang diterimanya yang mendakwa laporan rasmi perisikan di KT memihak kepada Pas dengan jurang yang luas.

Apapun maklumat dalam SMS itu ternyata tepat -- BN kalah dengan agak teruk.

Terima kasih.

joe jambol said...

"Pada hari penamaan calon, kemewahan yang ditayang oleh bala tentera Umno menjolok mata pengundi tempatan."

hehe, depa betui2 buat politik ni jadi skim cepat kaya, macam MLM dah.. datang tayang keta besaq2 noo..kira nak bagitau kat rakyat, sapa sokong amno, pasti buleh berjaya macam tu la yaaa..haha..

tahniah amno, setiap tindakan hangpa dah macam tembak kaki seniri..kami gelak aja, kami bukan orang melayu bodoh macam dulu dah..

hangpa ingat hangpa pandai, jangan lupa..ada lagi pandai.. :D

Mahyudin said...

Walau apapun pandangan mereka, yang pastinya kemenangan tetap milik PAS/PR. Mereka sekarang mungkin masih berpesta sempena kemenangan mereka.

Rakyat Terengganu nampaknya tidak melihat bahawa jika mereka memilih Wan Farid, mereka akan mempunyai timbalan menteri kabinet. Tapi ternyata itu bukan penting bagi mereka. Yang pastinya sekarang UMNO/BN harus berusaha keras untuk memenangi hati rakyat. Bukan mudah tapi ia harus diterima. Kekalahan bukan beerti pengakhiran. Kadang kala kekalahan beerti kemenangan pada akhirnya...