Wednesday, January 14, 2009

Jom bersama kami di bawah langit Gaza











MALAM PUISI PALESTINE yang bertemakan Di bawah langit Gaza akan menemui anda sekelian akhir bulan ini atau awal Februari. Saya sudah berpakat dengan beberapa rakan sehaluan untuk pementasan ini yang mempunyai dua tujuan: meningkatkan kesedaran terhadap isu Palestine dan mengutip dana untuk Tabung Yayasan Salam. Butiran mengenai Malam Puisi Palestine ini sedang dibuat dengan kerjasama sebuah stesen televisyen dan sebuah pertubuhan penulis. Beberapa orang pembaca sajak ternama akan dijemput. Penuntut Palestine dari Universiti Islam Antarabangsa hari ini menyatakan kesedian mereka untuk mengambil bahagian. Ahli seni pertama yang menyahut undangan kami ialah Ramli 'Papa Rock' Sarip. Saya berkesempatan minum teh dengan legenda seni suara ini malam tadi di restoran Chawan di Bangsar. Sdra Ahirudin Attan (Rockybru) dan Aina Jln Sudin sempat bersama sekejap. Dua rakan saya yang akan menyertai missi kemanusian Yayasan Salam ke Timur Tengah, Mikaeel dan Hadi, sempat bergambar dengan Sdra Ramli. Mungkin Ramli dan 'adik kembarnya' si Rocky akan membaca sajak pada malam itu...

5 comments:

Noor Hasilah Ismail said...

saya minat papa rock sejak sekolah menengah lagi. pastinya saya tidak mahu ketinggalan. anything i can do to help this project?

Mat Cendana said...

Waa, Che Mat - So this is how you look like. It's been 13 years since I had last seen you in the flesh. But there's not too much difference, except that... well, you look older:-) Maybe one day we'll meet again. BTW I had met with Rocky and Nuraina at Bangsar Village on Nov 19 in my first trip to KL in 10 years. Best of luck to you...

Ahmad A Talib said...

Deat Mat Cendana, I'm not only older, i'm also disgracefully FAT! You take care. Life's what it is - full of surprises, forever challenging. All the very best to you too..

Haris Fadzilah said...

Diharap dengan adanya 'event' ni akan dapat mengumpul dana sumbangan yang banyak untuk disumbangkan kepada warga Palestin di Gaza...Insya Allah...

Moral Policeman said...

Oitt..!!
Apa ni datuk, main himpit2 Nuraina. Tak aci ni. Hehe

Cheers