Hos program Blog@1 semalam ialah Sdra Hamdan Ahamu, yang pernah menjadi hos program Selamat Pagi Malaysia kira-kira lapan tahun dahulu. Orangnya berpengalaman dalam bidang penyiaran dan bergiat dalam industri komunikasi. Selepas program semalam, kami berbual panjang sambil minum teh tarik di PJ. Gambar ini saya rakam di restoran itu.
Posting asal
SAYA KENA BLOG! InsyaAllah, malam ini saya menjadi tetamu dalam rancangan BLOG yang muncul buat pertama kali dalam bentuk dan persembahan baru. Waktu siarannya juga sudah bertukar. Mulai hari ini, dan pada setiap hari Jumaat, BLOG disiarkan pada jam 1030 malam di TV1. Waktu siarannya juga dilanjutkan dari 20 minit kepada setengah jam. Saya difahamkan hosnya juga orang baru. Macam gambar hiasan ini - saya tolong pukul gendang sahaja!
3 comments:
Rancangan BLOG@1 tu sangat bagus. At least rakyat dapat lihat sendiri siapa dia sebenarnya blogger2 yang aktif di Malaysia ni. Tak la rakyat tertipu dengan blogger yang tidak ada latar belakang tentang topik yang ditulisnya.
Salam Datuk
I tried leaving a comment earlier but the broadband was giving me problems. I'm trying again.
I watched Blog@1 on Friday night. I didn't quite like the hosts style of questioning "Setuju atau tidak ..." especially when he didn't have a follow-up question to your "setuju" reply!
Also, questions were not related to you as a blogger and your blog but more on your opinions on issues especially politics.
I wondered if the host did his homework ie going through your blog and understanding your postings.
Sebenarnya RTM mampu menerbitkan rancangan informasi yang berkualiti. Contoh seperti rancangan Blog@1 memang wajar disiarkan kerana masa sekarang blog memang sedang hangat dijadikan sumber informasi kedua. Malah ada yang menjadikannya sumber informasi utama! Jadi dengan adanya rancangan ini diharap ia akan mewarnai lagi dunia informasi kita. Blog@1 format baru ini diharap bertambah menarik dengan isu yang hangat dan menarik...
Post a Comment