Monday, July 21, 2008

Tok Sidang Baru lwn Tok Sidang Lama

SAYA melawat dua kampong berasingan hujung minggu lalu. Kedua-duanya di Perak, salah sebuah negeri yang dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Setiap kampong ini mempunyai dua Tok Sidang, atau ketua kampong. Satu Tok Sidang negeri dan satu lagi Tok Sidang persekutuan.

Tok Sidang negeri dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Tok Sidang Persekutuan dilantik kerajaan persekutuan. Dan di sinilah bermulanya masalah orang kampong. Kebanyakan Tok Sidang persekutuan ialah mereka yang memegang jawatan berkenaan sebelum pilihanraya 8 Mac.

Selepas PKR menakluki Perak, Tok Sidang baru pula dilantik. Ada yang dari parti komponen PKR dan ada juga yang tidak menganggotai mana-mana parti politik. Untuk mempastikan orang kampong boleh terus mengadu hal dengan kerajaan BN, Tok Sidang lama dilantik menjadi Tok Sidang persekutuan.

Jika mengikut logik, penduduk-penduduk kampong berkenaan wajib mendapat layanan baik dan memuaskan dari kedua-dua Tok Sidang. Best of both worlds, bak kata pepatah Inggeris. Jika tidak mendapat layanan dari Tok Sidang negeri, mereka boleh mengadu kepada Tok Sidang persekutuan!

Tetapi realitinya bagai pepatah jauh panggang dari api. Di sebuah kampong, Tok Sidang baru terkial-kial mencari saluran untuk bertemu dengan orang kampong. Senerai nama-nama penduduk ada di tangan Tok Sidang lama, dan beliau mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kerjasama kepada Tok Sidang baru.

Apa juga usaha yang hendak dibuat oleh Tok Sidang baru tidak kesampaian. Tok Sidang baru juga tidak mempunyai apa-apa pengalaman mentadbir, dan tidak juga diberi sebarang latihan untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Kini, dia mula menampakkan ketidakupayaannya untuk mentadbir kampong.

Tok Sidang lama pula sudah merajuk dan malu apabila ADUN BN kalah di PRU12. Dia menyepikan diri. Malah, penduduk kampong sudahpun mempersoalkan pendiriannya sebagai Tok Sidang.

Di sebuah kampong lain, Tok Sidang baru (yang namanya sudah diumum tetapi surat perlantikan belum dikeluarkan) juga menunjukkan sifat ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan kedudukan barunya.

Sabtu lepas, di satu majlis projek sosial yang dirasmikan oleh MP dan Ahli Jemaah Menteri Persekutuan, Tok Sidang baru telah hadir dan duduk bersama-sama para jemputan khas. Saya lihat ini adalah satu petanda baik bagi orang kampong.

Secara tiba-tiba, Tok Sidang berkenaan bangun dan menjawab talipon bimbitnya. Semua yang hadir melihat gelagatnya sambil setengah perhatian ditumpu ke pentas dimana Pak menteri sedang berucap. Tok Sidang baru terus berbual dengan suara yang 'bersaing' dengan suara Pak Menteri.

Tok Sidang baru menghampiri pentas, menyapa Pak Menteri dan meminta diri untuk beredar dari majlis berkenaan. "Maaf Datuk Seri, saya dipanggil Menteri Besar untuk satu mensyuarat sekarang. Saya terpaksa meninggalkan majlis."

Pak Menteri menjawab dengan tenang: :"Baiklah. Kirim salam saya pada Datuk MB."

Saya terpinga-pinga melihat gelagat itu. Banyak soalan bermain di kepala. Apakah betul bahawa Tok Sidang dipanggil mesyuarat oleh MB? Atau dia merasa tidak selesa di majlis berkenaan dan mencari helah untuk beredar? Atau kehadiran Tok Sidang lama menyebabkan Tok Sidang baru merasa geram dan tidak diumpamakan?

15 comments:

Anonymous said...

Tak apelah...apalah nak dikesah sangat dengan ragam dan nakal orang tua tua kampong.

Yang di Persekutuan, yang di Wisma Negeri, lagi bijak, lagi pandai pun tak satu kepala.. kluangman

Anonymous said...

En Ahmad,

Bagi saya yg berasal dari Kelantan perkara spt ini tak jadi hal lagi (no big deal). Penduduk Kelantan telah masak dgn kerenah macam ni. Kerenah org yg tak dapat terima kekalahan dan sekali gus tak hormati keputusan rakyat. Apa guna demokrasi jika BN hanya boleh terima kemenangan tapi tidak kekalahan. Masalah tok sidang lama tak bagi list kpd tok sidang baru pun bukan mengejutkan. Itulah budaya UMNO di mana Ketua Cawangan yg kalah akn musnahkan semua fail dan Ketua baru kena buka fail baru dan begitulah seterusnya.

Dari Bekas UMNO

Anonymous said...

happy birthday datuk,semoga panjang umur dgn kesihatan yang bagus.....

Conspiracy Theorist said...

Salam,

Biasa la tu bro Dato, dats d mentaliti of most of us Malays, heheh..dat's what make Tun Dr.Daddy M say he fail to change d mindset of d Malays... wat can I say..heheh..(,") melayu ni macam Arab la bro Dato, asyik brgaduh sesama sendiri..tst..tst..tst.. sedih tapi realiti..

SAY NO TO NWO!!

Anonymous said...

Biasalah yob...sikap orang kita..btw Happy Birthday...

Anonymous said...

Askm

UMNO memang tak gentlemen, dan tak menghormati proses demokrasi dinegara ini. Rakyat dah buat pilihan dalam PRU yang lalu dan dengan jelas menolak kerajaan dibawah pimpinan UMNO. Ini termaksuklah kedudukan tok ketua di kampung dari kalangan ahli UMNO. Adalah hak kerajaan baru untuk melantik tok ketua baru. Dengan melantik tok ketua pusat makan UMNO telah khianat kepada sistem demokrasi di negara ini.

Selain itu, UMNO juga tidak menghormati kedaulatan Sultan Melayu yang berhak keatas struktur pentadbiran kampung di satu satu negeri.

Begitulah UMNO, lagi lama lagi angkuh dan terus terpinggir dari orang orang melayu sendiri.

Orang Melayu Lama

Ordinary Superhero said...

Aduh, bukan sahaja tak tahu protokol, budi bahasa pun kurang. Meletakkan orang di tempat yang salah atau tak sepatutnya juga satu kezaliman!.

Anonymous said...

Apa yang tuan nampak dan alami itu sebenarnya adalah matlamat yang hendak di capai oleh kerajaan persekutuan. Sengaja dijadikan kadaan itu untuk memechah belahkan Masyarakat yang dibawah naugan kerajaan negeri yang berbeza fahaman politiknya.
Kerajan Persekutuan, telah bertindak semacam kerajaan perpecah belahan. Negeri Kelantan telah lama mengalami karenah semacam ini apabila kerajan Be End menubohkan jabatan persekutuan!
Apa yang tuan tidak beritahu ialah Tok Sidang yang baru dilantik melalui undian!
-makangaji

bisu said...

Yob,

masalahnya, kerajaan baru belum ada mekanisma untuk melaksanakan sistem melibatkan tok sidang ni. dorang patut tiru jer apa yg BN dah buat.

hantar la tok sidang baru ni utk latihan etc.. supaya dorang tau nak bergerak mcm mana. tak la terkial-kial sendiri.

tapi citer nih leh jadik skrip filem mamat khalid yang baru la yob. baca pon dah senyum, kalau tgk lat big screen mau tak kering gusi. byk potensi for comedy

mannmusa said...

emmm....memang cara orang yang tak mau trerima hakikat yang negeri dah diperintah orang lain.....bagilah peluang orang tu memerintah....

jojo51 said...

Persoalan pokoknya siapa yang patut melantik ketua kampung? Sudah semestinya kerajaan negeri. Ini yang telah diamalkan selama ini. Soal samada ia kerajaan negeri pimpinan BN atau parti alternatif tidak berbangkit. Ketua kampung bertanggungjawab keatas penduduk yang berada dalam sempadan kampungnya tidak kira fahaman politiknya.

Masalah akan timbul apabila ada pihak tidak mematuhi peraturan ini.
Soalnya kenapa dinegeri bukan bawah BN, kerajaan persekutuan melantik ketua kampung alternatif sedangkan ia tidak berkaitan dengan ehwal persekutuan. Maka apabila niatnya tidak baik timbulah banyak masalah, khususnya masalah perpaduan dalam sesebuah kampung. Siapa yang patut dipersalahkan. Pastinya kerajaan persekutuan kerana telah mencampuri urusan kerajaan negeri.

Mak Kecik said...

Salam,

Saya dari Selangor. Di kampung saya, ketua kampung dipanggil Tok Empat. Pemilihan ketua kampung sudah dibuat, tinggal tunggu tauliah. Tok Empat baru, ahli PAS, bekas ASP dan peguam. Setiausaha, ahli PAS juga, orang marketing. Bendahari, ahli PKR, seorang akauntan. Tok Empat Persekutuan pun ada juga, kerja sendiri. Dari segi line-up, ahli JK Pengurusan Kampung kami nampaknya OK. I'Allah tak ada masalah menyesuaikan diri.

Anonymous said...

Salam Pahit Manis

Perkara ini timbul bila kerajaan BN yang sekian lama memerintah kalah. Dengan demikian jawatan-jawatan yang tak sepatutnya berkaitan dengan kepartian menjadi kelam kabut.

Jika amalan itu yang hendak di guna pakai (kepartian), jadi semua jawatan-jawatan itu perlulah di pertandingkan juga (spt jawatan PBT, penghulu dsbnya)

Jika tidak mereka sepatutnya memiliki semangat berbakti an berkerja utk rakyat tanpa memilih bulu

tombak

Anonymous said...

Yg baiknya bila kerajaan bertukar tangan, banyak pengalaman baru yg dapat menyedarkan dari tidur, khususnya org umno di negeri2 yg sebelum ini parti itu tak pernah kalah. Saya nak kongsi pengalaman di terengganu pada 1999 selepas umno kalah. umno tak nak kosongkan dewan org ramai yg mereka duduki berkurun-kurun itu.Mereka sangka itu kepunyaan mereka kerana selama ini itulah markas mereka, itulah pejabat mereka, itulah tempat mereka jalankan aktiviti. Dgn itu mereka tak perlu ada pejabat berasingan. Lama kelamaan mereka keliru dan tak dapat bezakan yg mana harta parti yg mana harta kerajaan. Di satu tempat di Besut hampir berlaku pertumpahan darah kerana kedegilan umno enggan kosongkan dewan. Semasa pemerintahan PAS aktiviti parti dijalankan di di markas parti mereka dan dewan hanya digunakan utk function kerajaan/rakyat. Harap kawan2 di kedah, pp, perak & selangor sudah arif skrg.

tak keliru

Anonymous said...

Sala Dato',
macam kat Tg Malim aje cerita ni

Org Bt 7