Wednesday, May 28, 2008

Pakatan Rakyat haramkan Islam Hadhari

DUA kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat membuat kenyataan yang menggemparkan awal minggu ini. Kerajaan Selangor membuat pengumuman mengharamkan apa jua bentuk aktiviti Islam Hadhari di negeri itu. Ini diikuti pula oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Pengumuman Selangor dibuat oleh EXCO agamanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali manakala pengumuman Pulau Pinang dibuat oleh timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin. Kedua mereka memberi alasan yang sama, iaitu Islam ialah sebuah agama yang sudah lengkap dan tidak perlu diberi label atau 'branding' (penjenamaan) yang lain.

Pengumuman baru ini sudah tentu akan menjadi tajuk debat yang hangat dikalangan pihak yang menganjurkan Islam Hadhari dan yang menentangnya. Pertembongan ini pasti juga akan mengundang debat dan pandangan dikalangan ulama Islam. Malah, sejak ia mula dianjurkan, Islam Hadhari sering dibahas di pelbagai peringkat.

Susulan pengumuman ini, soalan seterusnya ialah - apakah negeri lain yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat iaitu Perak dan Kedah akan mengikuti jejak rakan mereka? Malah, apakah Kelantan akan membuat deklarasi yang sama?

Ramai yang menduga Perak, Kedah dan Kelantan akan berbuat demikian.

Apa pula kata penganjur Islam Hadhari? Apa pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Mungkinkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akan membidas negeri-negeri yang membuat kenyataan demikian? Apa pula kata mufti?

2 comments:

mn said...

Salam Datuk,

1. Sekadar nak haram yang 'teori' semua orang boleh buat.

2. Itu cuma politik murahan.

3. Kenapa tak haramkan kedai Magnum, Toto dan Kuda ?

http://sukj.blogspot.com

Anonymous said...

Saya setuju yang kerajaan baru Selangor tengah serba salah sekarang ni, ia lah namanya Pakatan Rakyat melibatkan 3 parti, nak-nak ada pulak gandingan antara PAS dengan DAP. Memang sah "multi-racial" party. Jadi bagaimana cara untuk mengendalikan isu ini supaya tidak menghina atau terkena sensitiviti masyarakat berbilang kaum?

Ini menjadi satu isu, bukan saja dalam Selangor, tetapi sebenarnya untuk satu Malaysia, kerana apa saja keputusan yang kerajaan buat perlulah untuk kepentingan semua kaum, dan tidak menjadi pertikaian oleh kaum2 tertentu. Dan kerana itulah saya rasa Pak Lah mewujudkan "Islam Hadhari" ini (yang betul, apa bezanya dengan Islam yang biasa?), untuk memberi pemahaman kepada non-malays dan lain2 negara bahawa Islam itu bukan ekstremis, tertutup, teroris, dll. Niat itu, pada saya boleh dikatakan murni, tapi kalau difikirkan semula, wajar dipertikaikan juga.

Jadi benarnya, memang bukan senang mentadbir negara yang berbilang kaum seperti malaysia, dan kerajaan baru PR telah mula merasa bahangnya.

Tetapi untuk orang Melayu sendiri mempolitikkan agama Islam? Apa nak jadi? Mesti seronok orang2 bukan Islam tengok gelagat kita sekarang.