Friday, May 16, 2008

Alkisah - 3 isteri rela suami kahwin lagi

SEKALI sekala kita disaji berita sensasi yang menjadi bualan masyarakat. Ini kisah Mohamed Nor, 57, yang mahu bernikah isteri ke empat. Ketiga-tiga isterinya menyokong hasrat beliau. Namun hajatnya tak kesampaian.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memerintahkan Mohamed Nor untuk memberi alasan kukuh untuk berbuat demikian. Hakim Shaikh Ahmad Ismail berkata: "Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan ini kerana Mohamed Nor tidak berkemampuan dari segi kewangan dan usia juga sudah lanjut."

Akhbar melaporkan tiga isteri berkenaan - Wan Rukiah Mat Yusoff, 52; Kalthum Dollah, 39; dan Noraini Daud, 40 - menemani Mohamed Nor yang bertugas sebagai pemandu lori ke mahkamah untuk perbicaraan kebenaran berpoligami.

Isteri ketiga, Noraini, menegaskan beliau dan madunya rela akan niat Mohamed Nor. Katanya, mereka hidup bahgia walaupun dengan jumlah keluarga yang besar - 18 anak. Mahkamah meminta Mohamed Nor tampil lagi ke mahkamah dan membawa buku bank, calon isteri keempat, Suzi Sulong, 34, dan wali.

Saya percaya mahkamah akan penuh sesak jika Mohamed Nor pergi ke mahkamah dan membawa calon isteri keempat dan semua yang diminta oleh hakim. Ramai yang akan menunggu dan ingin tahu bagaimana babak ini akan berakhir.

3 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Kesudian isteri isteri untuk memberi kebenaran menambah isteri, bukan isu nya. Kemahuan diri juga buka isu.

Yang harus difikirkan ialah kemampuan dari segala aspek. Jangan jadikan keluhuran dan kesucian hukum sebagai dalil.

Secara ikhlas saya merasakan bahawa cerita sebegini tidak memberikan petunjuk dan ikhtibar yang baik kepada penganut agama Islam.

Kehidupan berlandaskan hukum mesti juga disaluti dengan realiti kehidupan itu sendiri.

Ramli Mohd Yunus
Alor Star.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya setuju dengan pandangan saudara Ramli kita. Kalau lelaki berkahwin empat dijadikan idola nampaknya fikiran masyarakat kita dah celaru.Kenapa tak ditimbulkan kisah bagaimana poligami memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan kita. Anak anak yang terbiar, memberontak dan sebagainya banyak lahir dari keluarga yang porak peranda.kalau pun ada keluarga berpoligami yang berjaya saya anggap hanya kes terpencil

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Whao ! aku dok tunggu bidadari di surga . Kena tingkatkan iman dan amal.