SALAM SEJAHTERA SEMUA! Dua pilihanraya kecil serentak - Merlimau dan Kerdau. Ini bermakna penamaan calon akan berlangsung pada 26 Feb dan pengundian pada 6 Mac. Ini sudah tentu membawa cabaran yang pelbagai kepada parti2 yang berhajat bertanding. Segala jentera parti akan digerakkan untuk tujuan ini. Nah, bagaimana agaknya mereka akan mengendalikan PRK ini? Nasib baik Pelabuhan Kelang tidak ada PRK. Kalau ada, ia juga mungkin diadakan pada hari yang sama. Nampaknya, kita berpolitik tak henti-henti. Maka mulai sekarang kita akan lihat perang mulut, poster dan ceramah serta lawatan rumah ke rumah akan bermula dengan kepelbagaian serentak. Kedua-dua kerusi itu milik BN/Umno sebelum penyandangnya meninggal dunia baru-baru ini. PRK di kedua-dua kawasan menjadi kancah percubaan sebelum PRU ke 13. Sudah tentu juga BN dan PKR akan menguji tahap persediaan jentera mereka sebelum PRU 13. PRK di kedua kawasan ini akan menjadi contoh sebersih atau sekotor mana PRU 13 akan diadakan nanti. Lanskap politik hari ini sudah berubah begitu banyak. Maka, tak mungkin parti yang berkempen di Kerdau dan Merlimau akan kembali ke cara2 sebelum PRK 12.
Dalam pada itu, spekulasi mengenai pilihanraya negeri Sarawak semakin menjadi-jadi. Ramai pemerhati politik negeri bumi kenyalang itu meramalkan pengundian ke atas 71 kerusi dewan undangan akan diadakan pada bulan April, atau selewat-lewatnya Mei. Namun, ada juga yang meramalkan ia akan berlangsung pada bulan Mac, apabila ketua menteri TS Taib Mahmud genap 30 tahun sebagai ketua menteri.
Friday, February 18, 2011
Saturday, February 12, 2011
Adnan Tahir meninggal dunia - Al-Fatihah
SALAM! Hari ini mendung sahaja. Dan mendung juga di hati. Awal pagi saya mendapat pesanan ringkas memaklumkan bahawa Datuk Adnan Tahir, sukarelawan dan aktivis yang mengepalai Viva Palestina Malaysia, telah kembali ke rahmatullah. Saya sempat menziarah jenazahnya di rumah di Bangsar. Saya tidak mengenali arwah secara mendalam tetapi kami sering bekerjasama dalam usaha memberi penerangan dan membantu usaha mengembalikan hak rakyat Palestin kepada mereka. Arwah turut serta dalam konvoi besar-besaran memasuki Gaza tahun lalu. Saya difahamkan ini adalah antara kemuncak usahanya dalam membantu rakyat Gaza. Pemergiannya sudah tentu dirasa dengan penuh insaf warga kesukarelawanan di mana sahaja mereka berada. Apapun, itulah ketentuan bagi kita di dunia ini. Moga2 roh arwah dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarganya. Al-Fatihah.
Tuesday, February 8, 2011
Ada wakil rakyat nak undur diri
SALAM! Beberapa ADUN Sarawak menyuarakan mereka tidak mahu dicalonkan untuk pilihanraya negeri yang dijangka berlangsung sebelum pertengahan tahun ini. Nama2 mereka tidak diketahui tetapi spekulasi memang banyak. Rata2, umum berkata mereka adalah antara ADUN yang sudah lama berkhidmat. Kita tidak pula tahu mengapa mereka tidak lagi mahu dicalonkan tetapi tindakan ini adalah satu yang positif. Sebelum bersara, kita juga ingin tahu samada mereka sudah melaksanakan tugas dengan baik. Kita juga tertanya-tanya apakah mereka mahu berundur setelah dinasihat demikian oleh ketua mereka. Bagi Adun yang bertugas dengan baik dan berkesan, mungkin mereka boleh terus dicalonkan. Tetapi jika tidak, berundur lebih baik. Kita mahu lihat siapa lagi di kalangan wakil rakyat seluruh negara yang mahu berundur untuk memberi laluan kepada orang baru.
Monday, February 7, 2011
K'jaan tanggong kos selamatkan penuntut
Salam! Rupa-rupanya ada juga segelintir masyarakat yang cuba menafikan kerja baik yang dibuat orang lain. Dalam hal ini, mereka menyebarkan khabar angin dan pembohongan yang jahat dan tidak bertanggongjawab. Ini berlaku dalam kerja membawa pulang penuntut kita di Mesir. Walaupun PM DS Najib Razak sudah memaklumkan bahawa segala kos membawa penuntut ini ditanggong Kerajaan, ada orang kata Ibu bapa akan diminta membayar tiket penerbangan dan kos yang berkaitan. Ini membuat Ibu Bapa risau dan gelisah. Namun, kerja jahat ini tidak mendapat tempat di hati Ibu Bapa akhirnya. Mereka kini yakin bahawa kos menyelamatkan anak2 mereka sebenarnya ditanggong Kerajaan. Syabas PM dan Kerajaan - itulah kandungan email yang diterima sejak PM memaklumkan bahawa Kerajaan tanggong kos ini!
Thursday, February 3, 2011
Ibubapa risau, talipon tak berjawab
SALAM!Hari ini saya bergegas ke TUDM Subang meninjau kawan2 wartawan yang buat persiapan terbang dengan C130 ke Kaherah. Mereka dibawa ke sana untuk merakamkan kerja-kerja membawa pulang penuntut kita yang terperangkap dalam kemelur politik Mesir. Tunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak melumpuhkan Mesir. Setelah mendapat laporan terpeinci dari Setiausaha Politiknya, PM DS Najib Razak mengarahkan supaya segala usaha dibuat untuk membawa kira2 12,000 penuntut kita pulang ke tanahair. Ibu bapa mana yang tidak risau mendengar dan melihat berita mengenai kekecohan di Mesir? Kedutaan kita di Kaherah pula seolah-olah tidak tahu macam mana mahu bertindak. Atau tidak tahu macam mana nak menghantar berita ke tanahair. Apabila nombor yang dihubungi di Kaherah berdering tanpa sesiapa menjawabnya, maka keresahan ibu bapa menjadi lebih kuat. Alhamdulillah, sekarang semua pihak dikerah untuk membantu. Kita semua sedar bahawa Kementerian Luar dibebani amanat dan tanggongjawab yang berat, tetapi wakil kementerian di Kaherah perlu lebih pro-aktif, setidak-tidaknya dalam kerja mengirim maklumat ke KL. Kita diberitahu sistem komunikasi disekat beberapa ketika. Takda talipon satelit ke? Apapun, kerisauan ibu bapa dan sanak saudara kini reda dengan butiran yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di KL dan semua agensi lain. Kita doakan semua usaha ini berjalan lancar dan anak-anak kita selamat diperantauan.
Gambar: menghantar wartawan bertugas ke Kaherah menaikki Emirates Airline dari KLIA pada 1 Feb.
Subscribe to:
Posts (Atom)