Monday, November 15, 2010

Bikin jadi 13 Mei Hari Perpaduan

SALAM! saya terpanggil untuk menulis cadangan yang dibuat oleh beberapa kawan bahawa 13 Mei diiktiraf sebagai Hari Muhibbah. Ya, memang 13 Mei 1969 satu hari yang berdarah. Satu hari yang menjadi titik hitam untuk negara kita. Saya melaluinya. Ketika itu saya dibangku sekolah. Saya melihat sendiri perarakan politik yang bersorak di jalanan. Saya melihat sendiri kereta yang dibakar di tepi jalan. Dan saya nampak asap berkepol akibat pembakaran yang menjadi-jadi. Tetapi saya sekeluarga terselamat dari malapetaka itu. Kami tinggal di quarters yang berbilang bangsa. Semasa perintah berkurung berkuatkuasa, saya dan kawan-kawan main bola di padang. Ada Melayu, Cina, India. Kami berkawan. Maka, apabila 13 Mei dicadang supaya diwartakan sebagai Hari Muhibbah, saya sokong. Saya melaluinya.

2 comments:

oRang kAmpong said...

Sy percaya rakyat semua kaum akan setuju dan mengalu-ngalukan usaha itu.dia org xrasis lansong.yg rasis DAP.buktinya kita bolih tengok kat NASI KANDAR RESTORAN. semua kaum blh makan makanan mamak.pas klu ada kemalangan jln raya.xkira sape mangsa semua org akan tolong.mne yg nak tolonglah.xpecaya tengok video kemalangan 2 bas diplus highway yg mengorban 12 nyawa.masa peristiwa 13 may tu sy pun masih bersekolah disebuah kampong di pahang.kome xtau lansong dato.yg saya nampak anak2 askar gi sekolah naik truk askar yg ada jaring dan dikawal dgn senapang.cikgu xada ckp apa pun.Lerr ni bau tau rupanya habat sgt DAP ni.

Anonymous said...

Eloklah tu.. Tapi ada public holiday? nanti kena bayar triple. Seronok!!

azienmat