SALAM! Betulkah berita yang mengatakan Datuk Zaid Ibrahim buat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan jawatan timbalan presiden PKR? Berita itu terkandung dalam satu kenyataan yang diedar kepada penulis blog dan pengarang sekitar pukul 3 pagi tadi. Kenyataan yang tidak bertandatangan itu juga menyatakan Zaid turut melepaskan apa juga jawatan yang dipegang dalam parti. Bagaimana, ia tidak menyebut samada akan kekal dalam parti atau tidak. Nada dalam kenyataan itu mencerminkan rasa keciwa dan tidak puas hati beliau dengan cara pemilihan dalam parti dibuat. Kenyataan berbahasa Inggeris itu, antara lain, menyebut:
"Over the cause of the party elections. events have shown that the leadership condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country," the statement said.
Kenyataan itu, secara ringkas, bermaksud bahawa Zaid keciwa dengan proses pemilihan dalam parti. Katanya lagi, kepimpinan parti juga merelakan tindakan yang tidak sihat dalam proses pemilihan dalaman. Beliau percaya kaedah yang digunakan oeh PKR tidak akan berjaya membawa reformasi yang berkesan kepada negara ini.
Monday, November 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kita tahu siapa Zaid Ibrahim,orang yang mendapat kekayaan semasa dalam UMNO,ibarat kata "Melayu mudah Lupa" ingatkan dapat membantu didalam memperjuangkan orang-oranh Melayu tetapi sikat Hepokrit yang megalir didalam jiwa inilah sebenar Zaid Ibrahim.Perlu Muhasabah diri.
KAN DIA PUN ASAL UMNO ?
YANG IKHLAS BERJUANG DAN ADA JATIDIRI HANYA PAS....TAK DAK YANG LOMPAT ,BERASUAH , PAYAH PUTUS ASA , DLL.
JANGAN FIKIRLAH TENTANG ZAID.BIAPI DI NAK JADI APA.BIAQ DEPA FIKIR.KAN DIA PEGUAM.BOLEH KEKIRI ATAU KEKANAN KUT SUKA DEPA.KITA FIKIR APA DIA NAK JADI LEPAS NI.LANTAQPI....
Post a Comment