Sunday, November 28, 2010

Ucapan DS Wan Azizah jadi bualan

SALAM! Ucapan DS Wan Azizah, presiden PKR, di Kongres parti itu pada 27 Nov lalu menarik perhatian ramai. DS Wan Azizah mempertahankan suaminya, DS Anwar Ibrahim, dengan kata2 berikut:

"Apa yang tidak pernah dialami oleh Sdra Anwar? Ditangkap, diISAkan,dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke dalam penjara. Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita. Apakah rahsia sebenar hingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini? Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan yang hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu."

12 comments:

ikan said...

Sebagai seorang isteri saya memang menyanjung tinggi kesetiaan beliau yang senantiasa berada disisi suaminya waima apa kata atau perbuatan sumbang yg dilakukan oleh suaminya,itu adalah baik...namun apabila suami menggunakan isteri dan anak2 utk mencapai agenda utamanya iaitu utk menjadi PM, tidak dapat saya terima dan saya merasakan setiap apa yg mereka katakan serta lakukan adalah semata2 berbentuk lakonan,namun kata2 hanyalah seperti menanam tebu dibibr manakala perbuatan tidak lah semanis spt perkataan yg dituturkan..

dzimba MMIM said...

isteri mana tidak sayang suami? cuma biasanya suami la yang selalu balik lambat ,dan..... Tahu sama tahu lah.

oRang kAmpong said...

Pd aku anWAR adalah pemimpin yg lansong xdak ada jati diri.kita blh tengok sah kepimpinannya terdiri keluarga dan kenalan rapat dan juga bekas anak buah semasa jd bos dlm kerajaan dulu.klu nak banding dgn mahathir mcm bumi dgn langit.mahathir benarkan mukriz berpolitik setelah dia bersara.aziz shamsudin dan arwah megat junit pun diakhir zaman eranya bau dinaikkan pangkat full minister.klu dah kaum keluarga dan sahabat handai duk belakang kita sampai mampos pon blh merentah.2008 dia boleh ckp besarlah masa tu sape merentah.pak lah.pru 13 nanti kita tengok lak mcmmne.klu nak harapkan undi cina aku rasa anWAR baik pikir 1000 x dulu bab chinese vote veri angsekereber.aku xpikir lansong DAP,MCA dan GERAKAN blh kontrol that chinese votes.2 minggu sblm pru 12 sahabat baik aku org kuat PAS ada bgtau all the chinese still not decide sape yg diaorg nak bg undi.percayalah diaorg ni klu bab politik xdemokrasi lansong still depand pd BIG TAIKO.

NGINAP SRENGENGE said...

Benar....correct,correct,correct.

Kalau orang lain dah berak 'taik kuning'.

Dugaan memantapkan diri seseorang.

Anonymous said...

ini kongres PKR ke kongres laki bini

Anonymous said...

DSAI seorang pemimpin yang kental mulai beliau hidup dalam kampus. Semasa memimpin ABIM beliau bertugas dengan jujur tanpa ada unsur2 politik tapi hanya untuk Allah swt tetapi telah mula hilang 'pegangan'nya dan menyeleweng bila di'jemput' olih Tun Mahathir menjadi pemimpin UMNO. 'Perjuangannya' telah mula dipengaruhi olih unsur2 politik kerana diseronok dapat laluan yang 'mudah' kerana mendapat kuasa dan 'perlindungan khas' dari PM pada masa itu. Politik telah merosakkan 'pendiriannya' dan bila di'buang' olih PM hingga sampai jawatan DPM maka sifat 'dendam' telah menyular dalam jiwanya. Beliau patut lupakan politik kerana niatnya dah tak telus dan jujur supaya rakyat tidak terus terpesong dengan gelagatnya!

azlan said...

dgr khabar wan azizah mengakui teks ucapan itu ditulis oleh dr mohd nor manutty.

apa muslihat wan azizah bila menyatakan demikian??

Anonymous said...

Dato,

PKR adalah PARTI KELIRUKAN RAKYAT.Tak kan Dato buat2 tak tahu kot.?

wawa

mananbuyong said...

Assalam, I am most perplexed that Anwar's position as 'Ketua Umum' in a political party that practices democracy has never been a big issue. Not big enaugh to call his bluff.

Semua yang memegang jawatan dalam mana mana party politik yang meng'amalkan democracy - sepanjang yang saya ketahui - melalui proses pemilihan dimana ahli menggunakan hak mereka, setakat yang di-peruntukkan dalam perlembaga'an masing masing,untuk memilih pemimpin.

Maka amat janggallah apabila jawatan tertinggi yang di-pilih, saperti Presiden PKR,ada pula Ketua Umum yang tidak di-pilih menguasainya.

Entah lah!
Ketua Umum DSAI tidak pernah di-calon,kan dalam Mesyuarat party

Anonymous said...

Politik mainan manusia2 yang agak 'ambitious' dan akan buat apa saja yang mereka perlu untuk mencapai cita2 mereka. Ramai pemimpin kita tak jujur dan rasuah tapi nak dibuktikan susah sebab mereka berkuasa. Ucapan Wan Azizah bukan dituju kepada Raja2 Melayu kerana Raja2 distatus yang tinggi dalam perlembagaan. Ucapan Wan Azizah selaras dengan slogan BN 1 Malaysia supaya rakyat Malaysia dapat bersatu dan hidup dalam harmoni. Maka tidak patut diseleweng ucapan beliau untuk kepentingan diri!

Labu Labi said...

Wan Azizah cuba menyingkap sirah Nabi Muhammad. Bagaimana baginda dicerca dan dimaki hamun mengharungi segala dugaan untuk menegakkan ugama Allah. Wan Azizah cuba menyamakan pengorbanan Anwar Ibrahim dengan Nabi Muhammad? Otak Wan Azizah ni dah mereng agaknya. Pada aku Anwar Ibrahim ni lebih ke macam Ayah Pin.

sarol said...

TAHAP PEMIKIRAN SESEORG ADA BATASNYA.bG AKU ANWAR MNUSIA BIASA JE,DIA SEBENARNYA KELIRU DGN JIWA SNDIRI,PERASAAN EGO TELAH MYEBABKAN DIA TERPEDAYA DGN SYAITAN SKELILING.DITAMBAH PLAK SOKONGAN AHLI KELUARGA, SHABAT2 YG SMEMANG MGHARAPKAN SSUATU KEAJAIBAN YG TIDAK MGKIN DIPROLEHI HANYA KBIJAKSANAAN ANWAR BMAIN DGN KATA2.SHARUSYA SHABAT2 SKELILING ANWAR,MYEDARKAN AKAN KSILAPAN ANWAR YG SMAKIN TERUK, BKN TERIKUT RENTAK KHANCURAN BANGSA DAN NEGARA..UNTUK UMAT ISLAM,KAMU SEDARLAH ANWAR BOLEH DIIBARATKAN PEMECAH BELAH AGAMA.APAPUN AKU RESPEK DGN ANWAR BIJAK BERMAIN KATA2 SHINGGA PARA ILMUAN ISLAM YG DAHAGAKAN PUJIAN TERPEDAYA DLM PERMAINAN POLITIK KOTOR ANWAR..YANG SEDIHNYA,ANAK BANGSA KITA SNDIRI AKAN TERGADAI SEPERTI SINGAPORE,MANAKALA PULAU PINANG BOLEH DIANGGAP SINGAPORE KEDUA..PIKIR2LAH