Monday, August 30, 2010

Pemimpin KL-Jakarta perlu kerap berjumpa



SALAM! Dalam satu pertemuan di majlis bukber (buka bersama) di restoran Natrabu di Jakarta Jumaat lalu, saya sempat berbuah dengan beberapa wartawan Indonesia. Saya terbang ke Jakarta untuk satu pertemuan dengan SCTV, sebuah stesen televisyen swasta. Selepas itu saya berbuka puasa dengan kawan2 sambil membincangkan insiden protest di depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Antara pengamal media yang saya jumpa ialah Pak Syaiful dan Pak Mukhlis dari Antara. Pak Didik Budiarto juga hadir sambil memberi perspektif kepada insiden protes itu. Saya juga sempat ditemubual oleh dua wartawan portal yang beroperasi di Jakarta. Antara kesimpulan yang saya buat berikutan pertemuan singkat itu ialah:

1 - kita harus menyediakan seorang pakar perhubungan awam atau atase media yang ditugas untuk berbicara secara langsung dan kerap dengan pengamal media di Indonesia;

2 - lebih banyak wartawan dari Indonesia perlu dijemput ke Malaysia agar mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri negara jiran mereka, iaitu Malaysia;

3 - hubungan peringkat tertinggi kedua buah negara perlu ditingkatkan supaya keakraban ini dapat dilihat dengan lebih jelas.

Kita melihat insiden penangkapan nelayan dan pegawai penguatkuasa Indonesia tempoh hari sebagai cuma satu insiden yang berlaku. Sebaliknya, mereka melihat insiden itu sebagai satu dalam puluhan insiden yang mana Malaysia dilihat sebagai agresif dan mementingkan diri sendiri sahaja. Dan ada media Indonesia yang berpendapat bahawa insiden terbaru ini sebagai satu lagi provokasi terhadap negara besar itu.

4 comments:

Anonymous said...

mari kita akan segera tahu betapa nikmatnya semua perlengkapan anggota tubuh yg kita miliki.Untuk itulah,sudah seharusnya kita selalu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT,syukur atas semua Rahmat dan kurniaNya yang berlimpah ruah,yang nampak mahupun yang tersembunyi dari kasat pandangan mata..seharusnya marilah kita saling kasih megasihani antara satu sama lain terutamanya semangat kejiranan,janganlah kerna isu yang remeh jalur Gemilangku dibakar dan diberi habuan najis,wahai sahabatku ingatlah kita peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dengan kaum kafir Makkah,sehingga ekonomi,diplomasi diputus,hubungan diisolir.Tetapi kerna keimanan dan ketaqwaan serta kesabaran dan do'a,semua krisis dapat diatasi dengan sukses dan akhirnya kemenangan berada di tangan Nabi Muhammad S.A.W= Sani Tg.Malim.

Anonymous said...

http://zahrainmp.blogspot.com/2010/08/nasib-melayu-di-pulau-pinang.html

Anonymous said...

Dato',

Kedutaan Malaysia selalu mempunyai Atase Penerangan. Oleh itu sepatutnya Atase tersebut bersikap proaktif dan bukannya retroaktif. Malangnya tidak ramai dari Atase tersebut yang benar-benar "go the extra mile." Ini kerana melalui pengalaman saya sendiri dibeberapa negara. Kalau tidak Atase seharusnya Duta sendiri boleh memberikan taklimat kepada pengamal media dinegara mereka bertugas mengenai fakta-fakta berkaitan Malaysia. It all boils down to creativity, commitment and initiative!

Berhubung isu menjemput pengamal media negara luar untuk melawat Malaysia, saya kira ianya bukan satu masalah kerana Tourism Malaysia menjemput ramai travel writers setiap tahun keMalaysia untuk membuat liputan mengenai produk-produk pelancongan. Dalam masa yang sama pihak media luar negara juga mempunyai journalists atau stringers berpengkalan diMalaysia. Seharusnya mereka juga dapat memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku disini.

Dizaman ICT ini maklumat mudah diperolehi. Hanya cara ianya di intrepitasi sahaja mungkin berbeza dan ini akhirnya memberikan gambaran yang berbeza yang kadangkala "skewed" untuk kepentingan seseorang atau entiti.

Mike Harlem said...

Pada umumnya saya setuju dengan pemerhatian yang telah diutarakan. Memang ada pun pihak2 tertentu dari dalam dan luar yang ingin menangguk di air yang keruh. Maka itu kita harus waspada. Satu mekanisma perlu diwujudkan untuk mengawasi jalinan persahabatan kedua2 negara. Mekanisma ini mesti diberi mandat tinggi untuk menangani isu-isu semata secara spontan dan cepat. Selaras itu saya berpendapat bahawa kekerapan pertemuan sahaja tidak mencukupi. Struktur sedia ada dalam hubungan duahala Malaysia-Indonesia serta kualiti setiap pertemuan itu perlu diperbaiki mengikut keperluan dan peredaran semasa. Oleh itu senarai (bilangan) pertemuan sedia ada mesti dikaji semula keberkesanannya demi menepati matlamat/objektif serta di selaraskan. Segala kerenah yang tidak menyumbang kepada kejayaan semestinya dibenteras demi mengelak pertemuan yang "menghabiskan beras" dan pertemuan yang bergelar "kos rantai lebih mahal dari beruk" semata. Bukanlah beruk itu tidak layak rantai yang berharga mahal (terutama jika beruk itu terlatih dan cukup produktif dalam memetik buah kelapa) tetapi haruslah berhemah dalam perbelanjaan.
Wassalam.