Friday, August 27, 2010

Jakarta bukan Ibu Kota Najis Dunia!

SALAM! Sejak seminggu dua ini, saya ada mendengar beberapa jolokan negatif terhadap ibu negara Indonesia, Jakarta. Sejak protes di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, di mana beberapa rakyat Indonesia memijak, membakar dan menghina bendera Malaysia, sudah ada jolokan2 yang negatif diberi kepada Jakarta. Dan jolokan2 ini bertambah teruk selepas ada pula pembuangan najis manusia ke dalam kawasan kedutaan kita. Ini ialah satu tindakan yang amat jijik dan memalukan. Antara jolokan yang diberi itu ialah: Jakarta - IbuKota Najis Dunia; Jakarta - Shit City; Indonesia - the Land of the Faeces. Saya faham mengapa jolokan2 begitu diberi. Rakyat Malaysia marah, geram dan keciwa dengan sikap sebilangan kecil rakyat Indonesia yang mengambil tindakan sedemikian rupa terhadap kedutaan kita di Jakarta. Tindakan-tindakan liar itu juga dilihat sebagai perbuatan yang tidak bertanggongjawab kerana ia juga memalukan pentadbir negara itu. Tindakan liar mereka yang terbabit tidak langsung mencerminkan tata susila dan kehalusan budi pekerti majoriti rakyat Indonesia. Setiap kali saya ke Jakarta atau di mana saja di Indonesia, saya menerima layanan baik, sopan dan mesra. Saya membuat kesimpulan bahawa tindakan "kurang cerdik" mereka yang berkumpul di depan kedutaan kita di Jakarta dan membaling najis ke persekitaran kedutaan sebagai satu perbuatan biadap yang dilakukan oleh mereka yang kurang faham atau kurang perihatin. Mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan mereka akan merugikan negara dan menjejaskan hubungan baik dua negara serumpun ini. Saya bertanya beberapa rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia apa pula pandangan mereka terhadap protes ini. Rata-rata mereka malu dan mengecam tindakan kumpulan yang berkumpul di situ. "Ini bukan budaya orang Indonesia. Saya malu," kata salah seorang dari mereka.

Begitulah ceritanya. Tindakan liar segelintir rakyat Indonesia menjadi pencetus gelaran2 baru bagi negara itu yang kaya dengan sejarah dan tamadun yang disegani. Saya yakin protes ini akan ditangani dengan bijak oleh pemerintah Indonesia. Saya harap kerja mencemar kedaulatan negara kita akan dihentikan segera.

3 comments:

Jam said...

boss,

macam kes ganyang malaysia hari tu, sebenarnya kumpulan yang mencetus demo ini dibayar certain group... there is hidden agenda and the media just suck up to the issue that memang can sell.

majority rakyat indonesia dont care... dia orang jadi marah hanya selepas diapi-apikan.

we need to check sapa biayai demo ini, why they do this? ada orang nak undermine pentadbiran najib and indonesia president... sebenarnya its so easy as kita memang punya sejarah persahabatan yang kukuh tapi amat mudah digugat...

Anonymous said...

Mmg orang2 Indon tu nak provoke org kite supaya bertindak serupa. But I don't think we'll go that low. Anyway, elok juga bagi diorg publisiti besar2, worldwide kalau boleh. Supaya dunia dapat lihat betapa memalukan aksi2 mereka. Mungkin bila dah cukup malu, mereka akan sedar.

Mohd. Ramesh

Ozz said...

Dato',
Sebenarnya pada kawan-kawan saya "bule"@ "mat saleh" di Jakarta ini, sudah lama menggelarkan "Jakarta The Shittiest Hole in Asia". Tapi pedulikan apa yang barat nak katakan pada kita semua. Sememangnya barat itu sombong dan bongkak dengan pemikiran dan mereka. Saya cuma kuatirkan adanya "tangan ketiga" yang halimunan yang sememangnya tak mahu Malaysia-Indonesia berbaik dan bersatu hati.