Tuesday, August 24, 2010

Pas-Dap tak sehaluan isu hudud: tapi no hal!


SALAM Ramadhan! Lim Kit Siang kata DAP dan PKR takkan terima Hudud sampai bila-bila pun; Karpal Singh pun kata begitu; Mursyidul Am PAS kata Hudud ialah tonggak perjuangan parti itu. Jelas pandangan pemimpin-pemimpin ini berbeza sekali, bagai langit dan bumi. Tetapi mereka semua duduk semeja dan berpakat dalam usaha mendapat pengaruh politik untuk mentadbir negara. Walaupun kata-kata mereka jelas menunjukkan mereka tidak sehaluan dalam hal ini, apa yang nyata ialah sikap kompromi pemimpin PAS dalam isu ini. Dalam pakatan mereka, apa yang jelas ialah suara DAP begitu kuat dan dihormati. Parti2 lain dalam PKR perlu akur bahawa pemimpin sebenarnya ialah DAP, satu-satunya parti politik tanahair yang berjaya mempengaruhi PAS. Dalam hal ini, Umno, satu-satunya parti yang memegang teraju pentadbiran negara, dipandang serong oleh sebahagian pemimpin PAS, walaupun kedua-dua parti dianggotai hampir 100 peratus ahli yang beragama Islam. Ini tidak menghairankan. Dalam politik, apa pun boleh jadi.

No comments: