Monday, August 30, 2010

Pemimpin KL-Jakarta perlu kerap berjumpa



SALAM! Dalam satu pertemuan di majlis bukber (buka bersama) di restoran Natrabu di Jakarta Jumaat lalu, saya sempat berbuah dengan beberapa wartawan Indonesia. Saya terbang ke Jakarta untuk satu pertemuan dengan SCTV, sebuah stesen televisyen swasta. Selepas itu saya berbuka puasa dengan kawan2 sambil membincangkan insiden protest di depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Antara pengamal media yang saya jumpa ialah Pak Syaiful dan Pak Mukhlis dari Antara. Pak Didik Budiarto juga hadir sambil memberi perspektif kepada insiden protes itu. Saya juga sempat ditemubual oleh dua wartawan portal yang beroperasi di Jakarta. Antara kesimpulan yang saya buat berikutan pertemuan singkat itu ialah:

1 - kita harus menyediakan seorang pakar perhubungan awam atau atase media yang ditugas untuk berbicara secara langsung dan kerap dengan pengamal media di Indonesia;

2 - lebih banyak wartawan dari Indonesia perlu dijemput ke Malaysia agar mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri negara jiran mereka, iaitu Malaysia;

3 - hubungan peringkat tertinggi kedua buah negara perlu ditingkatkan supaya keakraban ini dapat dilihat dengan lebih jelas.

Kita melihat insiden penangkapan nelayan dan pegawai penguatkuasa Indonesia tempoh hari sebagai cuma satu insiden yang berlaku. Sebaliknya, mereka melihat insiden itu sebagai satu dalam puluhan insiden yang mana Malaysia dilihat sebagai agresif dan mementingkan diri sendiri sahaja. Dan ada media Indonesia yang berpendapat bahawa insiden terbaru ini sebagai satu lagi provokasi terhadap negara besar itu.

Friday, August 27, 2010

Jakarta bukan Ibu Kota Najis Dunia!

SALAM! Sejak seminggu dua ini, saya ada mendengar beberapa jolokan negatif terhadap ibu negara Indonesia, Jakarta. Sejak protes di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, di mana beberapa rakyat Indonesia memijak, membakar dan menghina bendera Malaysia, sudah ada jolokan2 yang negatif diberi kepada Jakarta. Dan jolokan2 ini bertambah teruk selepas ada pula pembuangan najis manusia ke dalam kawasan kedutaan kita. Ini ialah satu tindakan yang amat jijik dan memalukan. Antara jolokan yang diberi itu ialah: Jakarta - IbuKota Najis Dunia; Jakarta - Shit City; Indonesia - the Land of the Faeces. Saya faham mengapa jolokan2 begitu diberi. Rakyat Malaysia marah, geram dan keciwa dengan sikap sebilangan kecil rakyat Indonesia yang mengambil tindakan sedemikian rupa terhadap kedutaan kita di Jakarta. Tindakan-tindakan liar itu juga dilihat sebagai perbuatan yang tidak bertanggongjawab kerana ia juga memalukan pentadbir negara itu. Tindakan liar mereka yang terbabit tidak langsung mencerminkan tata susila dan kehalusan budi pekerti majoriti rakyat Indonesia. Setiap kali saya ke Jakarta atau di mana saja di Indonesia, saya menerima layanan baik, sopan dan mesra. Saya membuat kesimpulan bahawa tindakan "kurang cerdik" mereka yang berkumpul di depan kedutaan kita di Jakarta dan membaling najis ke persekitaran kedutaan sebagai satu perbuatan biadap yang dilakukan oleh mereka yang kurang faham atau kurang perihatin. Mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan mereka akan merugikan negara dan menjejaskan hubungan baik dua negara serumpun ini. Saya bertanya beberapa rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia apa pula pandangan mereka terhadap protes ini. Rata-rata mereka malu dan mengecam tindakan kumpulan yang berkumpul di situ. "Ini bukan budaya orang Indonesia. Saya malu," kata salah seorang dari mereka.

Begitulah ceritanya. Tindakan liar segelintir rakyat Indonesia menjadi pencetus gelaran2 baru bagi negara itu yang kaya dengan sejarah dan tamadun yang disegani. Saya yakin protes ini akan ditangani dengan bijak oleh pemerintah Indonesia. Saya harap kerja mencemar kedaulatan negara kita akan dihentikan segera.

Tuesday, August 24, 2010

Pas-Dap tak sehaluan isu hudud: tapi no hal!


SALAM Ramadhan! Lim Kit Siang kata DAP dan PKR takkan terima Hudud sampai bila-bila pun; Karpal Singh pun kata begitu; Mursyidul Am PAS kata Hudud ialah tonggak perjuangan parti itu. Jelas pandangan pemimpin-pemimpin ini berbeza sekali, bagai langit dan bumi. Tetapi mereka semua duduk semeja dan berpakat dalam usaha mendapat pengaruh politik untuk mentadbir negara. Walaupun kata-kata mereka jelas menunjukkan mereka tidak sehaluan dalam hal ini, apa yang nyata ialah sikap kompromi pemimpin PAS dalam isu ini. Dalam pakatan mereka, apa yang jelas ialah suara DAP begitu kuat dan dihormati. Parti2 lain dalam PKR perlu akur bahawa pemimpin sebenarnya ialah DAP, satu-satunya parti politik tanahair yang berjaya mempengaruhi PAS. Dalam hal ini, Umno, satu-satunya parti yang memegang teraju pentadbiran negara, dipandang serong oleh sebahagian pemimpin PAS, walaupun kedua-dua parti dianggotai hampir 100 peratus ahli yang beragama Islam. Ini tidak menghairankan. Dalam politik, apa pun boleh jadi.

Thursday, August 5, 2010

P Kamalanathan MP yang sah


SALAM! MP Hulu Selangor P Kamalanathan ialah wakil Parlimen mewakili pengundi di kawasan itu yang sah - itu keputusan yang dibuat di mahkamah hari ini. Memang pilihan pengundi Hulu Selangor itu tepat sekali. Dan sekarang sudahpun disahkan oleh Mahkamah. Sebenarnya, tiada suara yang lebih kuat dari suara rakyat. Sejak memenangani pilihanraya kecil di situ, calon muda ini memang sibuk ke sana ke mari melayan pengundi. Inilah yang pengundi mahu. Jika YB Kamalanathan sudah menunjukkan ciri-ciri untuk berkhidmat untuk rakyat, maka keputusan mahkamah hari ini seharusnya memperkuatkan lagi semangatnya. Syabas YB. Ramai orang melihat dan akan menilai prestasi anda. Jangan hampakan mereka yang membeli tiket untuk YB ke Parlimen. Setakat ini, YB sudahpun menunjukkan kesediaan untuk pergi merata-rata berjumpa dengan pengundi. Teruskan!