Thursday, January 7, 2010

Syamsul, Ram, Juana masuk Gaza


SAHABAT seperjuangan dalam dunia kesukarelawanan saya, Syamsul Akmar dari Yayasan Perdana Global, menghantar satu pesanan melalui Blackberry pagi tadi. "Saya dah masuk Gaza. Kira-kira jam 8 pagi waktu Malaysia." Alhamdulillah! Selepas beberapa hari mengharung pelbagai rintangan, mereka berjaya juga. Jika niat kita ikhlas dan baik, kita akan diberi laluan juga akhirnya. Moga-moga objektif NGO Viva Palestine itu berjaya menyampaikan bekalan kepada mereka yang terperangka di Gaza. Saya boleh bayangkan betapa gembira dan rasa syukur dapat masuk ke situ. Saya mengalaminya tahun lepas apabila berada di Gaza selama hampir 10 hari. Al-Arish, Rafah, Gaza...semuanya kenangan yang memberi pengajaran betapa usaha kecil juga boleh memberi manfaat besar kepada yang memerlukan. Syabas Syamsul dan Viva Palestine! Syabas Ram dan Juana!

Gambar: Syamsul dan A Bakar di pameran Gaza Yayasan Salam di London tahun lepas.

1 comment:

anuarhashim said...

Alhamdulillah. Bersyukur kita pada Allah kerana telah sampai juga pasukkan Global Perdana dan Viva Palastine untuk menyerahkan bantuan kepada rakyat Palestine yang sangat memerlukan bantuan .Walaupun kecil bantuan yang diberikan ianya sangat bermakana bagi saudara kita di Gaza.Syabas juga kerana mereka bersabar menghadapi segala rintangan ,terutamanya ketika menghadapi kerenah dan terpaksa berdepan dengan kekuatan dan keangkuhan saudara kita yang satu itu.Begitulah sikap yang ditunjukkan olih saudara kita itu yang hidup berdekatan ,berjiran dengan Gaza..tapi lebih terbuka hatinya pada pandangan dan buta matanya pada kekejaman yang dilakukan olih musuh yang memerangi saudara sebangsanya sendiri.
Semuga kita mendapat iktibar sambil bersyukur atas usaha yang
telah berjaya dilakukan olih kumpulan Yayasan Perdana Global dan Viva Palestina itu diRahmati Allah .