Tuesday, January 12, 2010

Dah panas macam ni baru nak berdialog

SALAM! Hari ini kita dengar ramai orang yang buat dialog sana sini. Dialog agama pun ada. Mungkin ini berpunca dari isu penggunanaan Kalimah Allah dalam majalah The Herald. Elok sangat bila ada dialog tu. Orang-orang politik dialog sana sini. Mungkin ada "political milage" atau khasiat politik hasil dialog ini. Masing-masing mahu dilihat sebagai ada main peranan untuk mencari penyelesaian isu panas hari ini. Ada juga yang buat kesimpulan bahawa orang politik juga mungkin ada peranan memulakan kecoh dalam isu ini. Apa pun, kita jangan main api. Apabila berlaku kekecohan, masing-masing tuduh menuduh. Saya bersekolah di St Gabriel's di Kg Pandan dari sekolah rendah hingga ke menengah. Di sekolah itu, kami hari-hari dialog. Setiap hari di perhimpunan sekolah, semua murid Islam berbaris untuk mengamin doa yang dibaca oleh Ustaz Ahmad. Di perhimpunan yang sama, murid-murid Kristian berbaris di sebelah kami mengamin doa yang dibaca oleh Mr Wee atau cikgu yang bertugas. Tak kecoh, tak ribut, tak bakar apa-apa pun. Yang ada, bila kami kongsi rokok yang diseludup masuk oleh Yogibear. Yang terbakar hanya hati cikgu disiplin yang merotan kami di majlis perhimpunan mingguan. Ngah, Yogi dan Kambing (namanya Kam Peng tetapi kita tak pernah sebut dengan betul) ialah antara yang selalu kena sebat. Dulu semua okay. Hari ini, kalau kita tak berhati-hati, semua boleh KO!

8 comments:

Anonymous said...

Aku pun ada pengalaman. Dulu sekolah kat St. Joseph, Kuching. Ikut bapak masa tu kerja polis. Walaupun sekolah mission, kami pada masa itu berdoa pakai kedua-dua agama masa perhimpunan.Kristian dan Islam. tapi belajar kat sekolah mission nih memang bestlah. Kawan ramai, pelbagai bangsa. Ini barulah satu malaysia.

Anonymous said...

Level of public dialogue continues to be low and monopolised by piecemeal thinking.

Law professor Shad Saleem Faruqi says Herald issue is tricky as "There are so many rights being exercised when the Herald took this matter to court – fundamental rights, State rights, human rights, religious rights. As the court has been given the power by the constitution to decide on such cases, this institution cannot be excluded."

What hope of insightful dialogue when people idol worship the constitution?

He misses the point that the constitution was drafted by man to protect the Malays, position and power.

Jahamy said...

Tok Mat,

Sebenarnya, seruan untuk berdialog ni lama dah dibuat. Sebenarnya, Bar Council sendiri ada buat inisiatif untuk menubuhkan Inter-Faith Council yang mana telah di tentang atas pelbagai alasan oleh orang kita sendiri. Konon nya IFC ini akan "menyamakan" Islam dengan agama-agama lain.

Ini satu masalah,kita ni pun seolah-olah perlu di lindungi dalam semua hal- seolah-olah endangered species. Seharusnya kita berani berhadapan dengan akal, budibicara, hikmah dan ilmu. Malangna pihak berkepentingan tidak mahu Melayu keluar daripada kepungan perlindungan mereka. Jadi apa macam bro?

Tapi seperti kata Datuk, biasa lah, bila dah huru=hara baru semua nak jadi jaguh ! Politikus tau saja lah..mana ada wawasan jangka panjang dalam pemikiran mereka. Asyik fire-fighting dan tiada pendekatan asas atau fundamental.

Salam.

Zezen said...

Salam tuan.

Did I see you on TV3 last nite ?

Anonymous said...

Further thoughts:

There is more a need for intra-faith dialogue than inter-faith dialogue.

At least among the churches, there is considerable division and dissension, unhappiness with the people now in charge. They have all been carried away by piecemeal thinking. Religious leaders for example instead of advising people to choose wisely according to one's conscience play favourites.

So, their first priority should be to examine themselves and choose wise leaders. If each of our communities are led by wise men capable of dialogue with self, society and God, they would have avoided tensions instead of trying to solve them piecemeal after the event.

We in Malaysia are not an advanced society to be organized along ideals. Our ethnicity is strong and is there for a purpose, which is to protect identities until inter-ethnic differences are resolved.

But the Oppoistion's rhetoric continues to hold sway over the people.

Objectivity is the only answer to rhetoric. Will 1Malaysia and KPI break the hold?

politikutara said...

terkini dun siputeh...akan berlaku pilihanraya...singgah sat..

zainal mohd jais said...

Dato',
Saya nampak KDN ada konflik:
Jika dipadam api yang masih kecil, rakyat tak percaya api tu boleh membakar - kerajaan akan dituduh zalim.

Jadi kena biar dulu api tu besar, biar rakyat faham itu merbahaya, baru bertindak. Cara ini meyakinkan rakyat - kerajaan betul.

Tapi pengalaman hindraf menunjukkan kalau kita berani dan komited dengan tanggungjawab, kita kena bertindak cepat, walaupun rakyat tak faham.

Lambat bertindak, api merebak, 'rakyat terbakar, kerajaan pun terbakar'.

KDN mesti sentiasa jelas, fokus dan tidak terperangkap.

Anonymous said...

Salam semua.
Tolong tolong pantau belia belia yang dijemput utk ditermuramah di stesen media antarabangsa eg Al Jazeera/BBC/CNN.

Temuramah/bual tempoh hari di mana wakil dr Pertubuhan Penuntut Islam Malaysia diminta mengulas pendirian pertubuhannya mengenai isu Allah dan Herald gagal memaparkan satu penampilan yang meyakinkan (an this is an understatement!).