Sunday, January 10, 2010
Soalan untuk Datuk Hishammuddin, KDN
MENTERI Dalam Negeri Datuk Hishammddin Hussein adalah antara individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin ketenteraman awan di negara ini. Beliau memberitahu semua yang dia dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha menjamin keamanan negara. Jika ada soalan-soalan yang ingin diajukan kepada beliau, saya harap saudara/i boleh turunkan di sini. InsyaAllah, saya akan sampaikan soalan atau keluhan kita bersama kepadanya. Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Salam tuan,
Soalan: Rakyat tidak melihat sebarang bentuk tindakan oleh Menteri dan KDN dalam beberapau yang sensitif, terutama dalam ketenteraman awam dan agama. Hanya amaran demi amaran sahaja yang diutarakan. Mereka yang pada awalnya menduga tindakan yang bakal diambil akhirnya mengambil peluang dari kelemahan dan kasihan menteri. Apa komen YB. Dato Hishamudin?
jangan dok tanya lebih kat dia..satgi dia keriauuu..
Kalau di zaman Tun Dr Mahathir sudah ada beberapa orang yang melampau dah di kenakan ISA.
Tetapi Menteri dan KDN hanya memberi amaran demi amaran. Siapa takut amaran!
Masukkan mereka yg buat hal ke dalam dgn ISA.
Insyallah, negara akan aman dan selamat!
Sampaikan kepadanya bahawa saya sudah tidak sabar untuk mengundi lagi.
yb
Harap maklum bahawa jawatan Menteri Dalam Negeri telah dipersendakan dengan gelaran "Menteri Amaran" kerana sikap YB Menteri yang tidak sudah-sudah memberi amaran demi amaran. Adakah pelantikan YB Menteri ke jawatan ini semata-mata kerana YB Menteri adalah sepupu kepada YAB PM maka kesetiaan YB Menteri dan agensi-ageensi di bawah pengawasan YB tidak perlu dukhuatiri dan bukan atas kesesuaian dan kelayakan YB Menteri ke jawatan ini? Jika dilihat senario-senario yang berlaku kebelakangan ini, sukar untuk menafikan andaian sedemikian. Jika YB Menteri rasa tidak dapat memenuhi tanggung jawab yang dipikul, lebih baik YB Menteri memohon kepada YAB PM ditukarkan ke portfolio yang lain. Sebagai menteri, YB harus mampu membuat pertimbangan di antara kepentingan politik dan negara.
press secretary?
Boss,
1 Kenapa perkara ini dibiarkan sampai dibicara dalam mahkamah
2 Tindakan terlalu lewat - terlalu banyak bercakap dari bertindak pantas
3 Rakyat langsung tak takut pada kerajaan sekarang, sebaliknya kerajaan jelas gerun dengan suara rakyat terutama non Malay sampai kelihatan terlalu mengambil hati golongan ini dan membiarkan umat Islam dan bangsa Melayu semakin marah...
4 Bila nak berbincang dengan The Herald Catholic dan nasihatkan Murphy Pakiam mengenai akibat mungkin berlaku jika tuntutan untuk mengguna nama Allah diteruskan...
5 Datuk Hisham terlalu lembut untuk post di KDN... that is public comment.
Tolong ambik tindakan segera. Tak perlu beri amaran berulang2. Imej penguatkuasaan keselematan negara sekarang ditahap terendah dalam sejarah.
"Saya memberi amaran bahawasanya pihak kerrajaan tidak akan sesekali teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang2 negarra."
Berapa banyak kali daa.....
Pakai tape recorder ka...?
ANon 8:11
Wht abt the press sec?. Not understand!
kenapa diam saja semasa mahkamah bicara kes ini, undang2 tak bolih selesai kes ni kerana undang2 bukan manusia ada perasaan, dan kes ini adalah brkenaan ugama dan budaya.
Saya setuju dgn komen JAM BH.
1. MDN terlalu lemah dan takut. Mungkin beliau teringat aksi menghunus keris tatkala perhimpunan Pemuda Umno dulu yg dikecam hebat.
2. Org Islam merasakan terhimpit kerana kerajaan terlalu menjaga hati kaum lain utk meraih undi mereka saperti org Islam di Singapura yg takut bersuara.
3. Mana Nazri 'mulut celupar & kurang ajar' tu. Senyap aje, takkan berani 'kurang ajar' dgn TDM je.
Salaam Hormat Datuk AAT,
Soalan saya, mungkin terlambat, kepada Datuk Seri Hishamuddin...
1) Kenapa YB Datuk Menteri KDN tak mahukan rancangan ini dikendalikan live...setidak-tidaknya soalan direct boleh dibincangkan dengan YB Datuk Menteri sendiri
2) Apakah tahap ancaman (Threat level) anasir luar yang memerlukan YB Datuk Seri Menteri mengguna khidmat Unit Tindakan Khas PDRM sebagai pengawal, sedangkan umum tahu menjadi amalan SOP PDRM untuk sediakan UTK hanya bagi PM dan TPM...jika YB Menteri juga memerlukan pengawal pengiring UTK adakah ini kerana ancaman terhadap YB Menteri atau keadaan keselamatan dalam negeri makin meruncing?
Salam.
Mungkin perlu sedikit unsur 'dictatorship', sebagaimana Tun Dr Mahathir telah lakukan sebelum ini?
Soalan: Boleh kah Dato' Sri Hishammuddin dengan rela hati tolong undur diri dari Kabinet supaya tidak memudharatkan lagi kepimpinan sepupu Dato' Sri iaitu PM Najib Razak serta saf kempimpinan UMNO? Sebagai Naib Presiden dan Menteri Dalam Negeri Dato' Sri mempamerkan kelemahan didalam kepimpinan UMNO yang kita sanjungi. Hari ini, tidak ada nampak perbezaan diantara Menteri Dalam Negeri dengan Menteri Pelancungan. Terima kasih.
Awat UMNo dah takde orang lain ke nak ganti YB Dato Hishamudin?
Dulu kat Kementerian Pendidikkan tak settle. Mai TSMY mengapa boleh settle?
Sebenarnya ini semua kegagalan YB Dato Hishamudin untuk mencapai harapan rakyat dan penyokong2nya.
Munkin ada orang bertuah dilahirkan dalam keluarga terpilih... jadi tak layak pun boleh jadi layak!
Beliau mesti sedar, segala tindakan nya diperhatikan rakyat. Olih kerana beliau di kementerian tersebut, implikasinya ialah kepada kerajaan dan teristimewa YAB Perdana Menteri.
Post a Comment